December 20, 2019

SIDANG KEMUNCAK NEGARA_NEGARA ISLAM KUALA LUMPUR PENTING


SIDANG KEMUNCAK NEGARA-NEGARA ISLAM KUALA  LUMPUR PENTING
(Fikrah Bangi: 428),
BBB:  23 R. Akhir 1441H. = 20 Disember 2019M. (Juma`at).
Sidang Kemuncak Negara-Negara Islam Kuala Lumpur yang berlangsung semalam, menjelang 2020 adalah penting dan bersejarah. Sidang yang dihadiri oleh berpuluh-puluh kepimpinan negara Islam yang antaranya Tun Dr. Mahathir selaku penganjur dan Tuan Rumah, Presiden Tayyip Erdogan Presiden Turki, Hassan Rouhani Presiden Iran, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani Emir Qatar dan pemimpin-pemimpin yang lain memperlihatkan solidariti umat Islam di dalam menghadapi cabaran global umat Islam.
Sidang yang dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah itu mengharapkan perpaduan umat Islam bagi menangani cabaran semasa umat Islam. Dunia Islam  selama ini sepi dari suara sekata terhadap penindasan terhadap umat Islam yang berlaku seperti di Pelastin, Rohimgya dan beberapa negara Islam. Lebih parah  pertumpahan darah berlaku di negara-negara Islam seperti di Syria, Iraq dan Yaman. Tiada  tindakan tegas yang dapat dilakukan oleh umat Islam. Ini menyebabkan umat Islam semakin lemah dan tidak dihormati. Dari satu segi yang lain pihak berkuasa Barat sewenang-swenang membuli umat Islam seperti sekatan export minyak  Iran oleh Amerika, sekatan pasaran minyak sawit oleh kuasa barat terhadap pengeluar minyak sawit, khususnya Malaysia.
Umat Islam telah lama dibuli, lantaran itu umat Islam perlu bersatu dan bangkit bagi menghadapi sekatan ekonomi dan penganiayaan terhadap umat Islam. Sebagaimana kata Tayyip Erdogan, umat Islam mempunyai sumber kekayaan hasil bumi, masalahnya umat Islam miskin dari keilmuan, menyebabkan mereka tidak mampu menggunakan sumber yang ada. Umat Islam kebanyakannya masih bergelut menghadapi kemiskinan, lantaran itu umat Islam perlu dipertingkatkan keilmuan dan kesedaran agar  mereka dapat bangkit bersama. Sebagaimana kata Tun Dr. Mahathir hanya dengan kemajuan Islam jadi kuat dan dapat bangkit menghadapi cabaran global semasa.
Adalah didapati bahawa seruan Hassan Rouhani Presiden Iran yang sedang menghadapi konfrontasi dari Amerika dalam menyekat pengeluaran minyaknya, beliau mahu agar umat Islam mewujudkan sistem kewangannya sendiri yang dapat melawan dominasi kewangan Barat. Seruan Iran ini tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Kini kewangan Islam menjadi alternatif kewangan dunia dan kini sebahagian besar seperti di Malaysia sedang mempraktikkan sistem kewangan Islam. Adalah diharapkan sistem kewangan Islam yang sedang pesat berkembang diterima dan dipertingkatkan penggunaan, bukan saja di kalangan negara-negara Islam, tetapi sebagai satu alternatif penggunaan sistem kewangan dunia.
Apa yang diharapkan, bahawa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur menjelang 2020 ini bukan sekadar pertemuan, tetapi seharusnya menjadi langkah permulaan ke arah memperkukuhkan solidariti umat Islam yang darinya dikembangkan berbagai program dan tindakan bersama di kalangan umat Islam. Siadang Puncak Umat Islam di Kuala Lumpur, sebagaimana kata Tun Mahathir bukan bertujuan mengambil peranan OIC, tetapi jika OIC selama ini membisu dengan segala kemelut, peperangan di kalangan negara-negara Islam, penindsasan yang dihadapi oleh umat Islam.tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin umat Islam adalah wajar dan ianya merupakan sebagai anternatif, sementara OIC juga harus bangkit dengan penuh sedar bagi membela umat Islam yang tertindas dan dapat mengembalikan keamanan di negara-negara Islam yang bersengkita dan berperang sesama sendiri.
Hasil dari Sudang Kemuncak Negara-Negara Islam Kuala Lumpur hendaklah diteruskan. . Pemimpin-pemimpin umat Islam berpengaruh dari Malaysia, Turki, Iran, Qatar hendaklah meneruskan harapan suci. Jangan jadikan Persidangan Puncak Kuala Lum,pur sebagai pertemuan biasa dan berlalu, tindakan yang efektif hendaklah dilakukan, agar kepimpinan dan negara umat Islam dihormati.
Sekian.

No comments:

Post a Comment