KEPENTINGAN MASJD
(Fikrah Bangi:
414),
BBB: 08
R. Akhir 1441H. = 05 Disember 2019M. (Khamis).
Masjid adalah institusi yang amat penting di dalam Islam. . Ianya lambang
masyarakat jama`ah. Melaluinya Islam memupuk akidah, syariah dan akhlak ummah.
Masjid di samping pusat ibadat, juga pusat kemasyarkatan. Masjid adalah
institusi tertua di dalam Islam. Al-Qur`an menyebut tentang Masjidil Haram dan
Masjid al-Aqsa yang dikunjungi Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra` Mi`raj.
Walau bagaimana semasa Rasulullah s.a.w. berdakwah di Makkah, Baginda tidak
dapat menggunakan Masjid al-Haram bagi menyebarkan dakwah, kjerana ianya dikuasai
kuffar musyrikin Quraisy.. Walau bagaimana sebaik Baginda berhijrah ke Madinah, maka tugas utama yang ditumpukan
oleh Baginda ialah membina masjid. Iaitu Masjid Quba` dan Masjid Nabawi. Masjid Nabawi adalah ketiga tarafnya selepas
Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.
Penngenalan pasti tentang tapak bagi masjid
al-Umm, ialah sebaik Bangi dipilih sebagai tapak bagi Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 1972. Bersama tapak
UKM disediakan oleh PKNS ialah tapak bagi Bandar Baru Bangi,, maka pada Seksyen
Satu bagi BBB disediakan tapak untuk masjid/surau. Walau bagaimana meskipun ada
tapak, untuk mendirikan masjid atau surau bukan prioriti, lantaran pada
peringkat awal dihuni (November 1977) hanya
puluhaqn orang saja yang berpindah dan menghuni di bandar itu. Bukan
saja tiada priority bagi mendirikan masjid, bahkan kampus UKM yang mula digunakan pada sekitar Oktober 1977 itu juga tidak memberi
penekanan bagi mendirikan masjid. Prioriti pembangunan yang siap pada peringkat
permulaan ialahj Fakulti Islam UKM yang berada pada bahagian hadapan kampus
berdekatan dengan Bangunan Pentadbiran,. Di belakang dari bangunan pentadbiran
ialah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan., di samping Institut
Bahasa, Kebudayaan dan Kemasyarakatan. Bangunan Sains dan ekonomi adalah fasa
yang lebih kemudian. Beberapa asrama
diutamaklan berdekatan dengan fakulti-fakulti yang diutamakan pembinaannya.
Keperluan kepada masjid disedari dari awal,
walau bagaimana oleh kerana bangunan masjid tidak didirikan, maka bebeapa
tempat digunakan bagi bersolat Juma`at, bermula pada ruang Foyer Bangunan
Pentadbiran, tetapi selepas beberapa kali Juma`at diadakan disitu didapati
tidak sesuai, maka ruang solat Jumaat dipindah ke ruang legar FSKK, ruang ini
lama digunakan sehinggalah bangunan Perpustakaan siap, maka pada bahagian bawah
digunakan sebagai tempat mendirikan Juma`at. Bagi mereka yang mencari
keselesaan untuk bersoalat Juma`at pada hari Juma`at, maka Masjid Kajang yang
agak jauh dari Kampus UKM menjadi pilihan. Beberapa surau kampung yang
mendirikan Juma`at juga menjadi pilihan seperti surau di Teras Jernang dan West
Country, walaupun tidak begitu selesa.
Selama
lebih dari 20 tahun BBB dihuni (1977-1999), tiada kesungguhan bagi
mendirikan Masjid di BBB, BBB sebenarnya lebih bergantung kepada UKM dan
menunggu dibina masjid dikampus itu. Bila masjid didirikan di kampus itu maka
penduduk akan sama menggunakan masjid. Usaha mendirikan Masjid UKM. Setelah
menumpang kawasan Perpustakaan Serii
Lanang, maka tapak Masjid di UKM dipilih di tepi jalan berdepan dengan Dewan
Konvensyen Tun Abdul Razak. Kerja bagi membina masjid ini memakan masa yang
agak lama iaitu mulai pembinaan tapak pada 16 Mac 1976 dan siap pada 16 April
1982, iaitu memakan masa enam tahun. Walau bagaimana setelah bangunan Masjid
UKM dapat disiapkan, maka tidak timbul
kepada keperluan masjid didirikan di
Bangi, oleh kerana Masjid UKM yang dua lapis lebih dari cukup bagi menampung
mahasiswa Islam dan penduduk BBB yang pada masa itu ada dua seksyen sahaja,
iaitu Seksyen Satu dan Dua yang penduduknya
dalam lingkungan seribu penghuni, Sebahagian besar dari mereka adalah
pekerja-pekerja dan tenaga-tenaga pengajar di UKM dan sebahagian adalah tenaga
pengajar dan pekerja UPM yang diberi peluang memiliki rumah di Bangi. Pada masa
itu kemudahan jalan dari BBB ke kampus UKM telah sempurnma dengan pembinaan
jambatan yang menghubungkan BBB dengan kampus, UKM. Sebelum dari itu , pada
peringkat permulaan untuk ke UKM terpaksa melalui Teras Jernang dengan melalui jambatan kayu
yang agak uzur.
Sekian.
No comments:
Post a Comment