December 13, 2019

ISLAM DAN BANDAR BARU BANGI


ISLAM DAN BANDAR BARU BANGI
(Fikrah Bangi:  421),
BBB:  16 R.Akhir 1441H. = 13 Disember 2019M. (Juma`at).
BBB sejak dihuni akhir November 1977 hingga kini adalah merupakan Bandar Melayu Islam, terletak berhadapan dengan kampus UKM dengan jalan keluar ke Highway ke Kuala Lumpur, ke KLIA dan ke Seremban adalah melalui Tol Bangi. Kawasan ini sejak awal tidak digemari untuk dihuni  sama ada penduduk Cina dan India. Ada sekitar daripada mereka sama ada bekerja dengan PKNS atau terlibat dengan perniagaan. Dengan demikian perumahan di BBB yang terdiri dari 16 seksyen adalah terdiri dari orang Melayu (98%).. BBB dapatlah dikatakan dapat mengimbangi penduduk Kajang yang 50% Melayu dan 50% lagi adalah bukan Melayu.
Bila BBB agak ramai dan memerlukan pertambahan kawasan, maka pada awal 2000 dibuka Bandar  Seri Putra dan Bukit Mahkota, kedua-dua bandar  ini sebagaimana BBB juga tidak digemari oleh orang Cina atau India. Kedua bandar ini adalah lanjutan sebagai luasan bagi BBB dan terletak paling ke selatan bagi negeri  Selangor.
BBB sebagai bandar baru tidak sangat terpengaruh dengan  kaasan tradisi seperti Hulu Langat, Serdang dan Cheras. Sebagai bandar baru mudah dibawa unsur baru. Dilihat kepada pegangan agama kawasan BBB adalah kuat dengan pegangan Islam. Di sini selain daripada wujudnya Masjid al-Hasanah tumbuh dan berkembang dengan surau-surau yang berjumlah 40 surau. Surau-surau ini giat dengan ibadat, pengajaran dan kemasyarakatan. Pemimpin dan guru-guru adalah dari pusat-pusat keislaman seperti UKM, Kuis, Maktab Perguruan Islam, ABIM dan Persatuan penduduk yang semuanya cenderung kepada kegiatan keislaman.
Dilihat dari segi politik, bahawa negeri Selangor dan Hulu Langat adalah negeri atau tempat yang tidak subur dari segi politik keislaman . Sebelum dari 1999, mana-mana yang bertanding atas politik Pas, maka bersedialah untuk hilang deposit. Demikianlah di kawasan-kawasan tradisional seperti di Kajang, Semenyih, Dusun Tua, Cheras, Serdang dan Balakong.
Dengan wujudnya kawasan baru yang tidak terpengaruh dengan ciri tradisi, maka ianya terbuka kepada perkembangan politik beraliran Islam. Keadaan ini berlaku oleh beberapa faktor.
Faktor utama pimpinan Pas pada akhir 1999 iaitu Usataz Fadhil Nor Prediden Pas beserta Dato` Nik Aziz mengambil pendekatam  bekerjasama dengan PKR yang baru ditubuh (1999) dan juga Dap yang diketuai Lim Kit Siang. Mereka bergerak atas Barisan Alternatif yang kemudsian dikenali dengan Pakatan Rakyat. Pada akhir 1999 (November) diadakan Pilihanraya Umum .. Atas kerjasama tiga parti. Kerusi-kerusi dibahagi-bahagikan antara tiga parti untuk ditandingi.
Sebelum 1999 parti Pas sudah ditubuhkan di Hulu Langat yang Yang Dipertuanya ialah Dr. Che Rusli Che` Mat. Sebagai tradisi Pas bertanding beberapa kali sebelumnya semuanya kalah dan hilang wang deposit. Di BBB sebagai satu kawasan baru turut ditubuhkan cawangan Pas. Penulis pada akhir 1999 ini baru menamatkan kontrek sebagai pensyarah 2 tahun dan bercadang untuk menyambung kontreks bagi dua tahun lagi 2000-2001. Pada masa ini Penulis didekati kawan-kawan untuk melibatkan diri dalam politrik Pas. Pada peringkat permulaan Penulis dipilih mengetuai Cawangan `1/3 BBB sebagai Ketua Cawangan dan dalam kadar yang segera dicalonkan – Pada peringkat permulaan dicadang untuk bertanding di Dun Beranang, kemudian berubah ke DUN Kajang yang BBB adalah termasuk di bawah DUN Kajang. Penulis amat berharap kepada terutama penduduk BBB untuk mendapat sokongan di samping kawasan yang lain. Hari penamaan calon ialah pada Isnin 20 November 1999. Penulis bertanding di DUN Kajang yang jumlah pengundi antara Melayu dan bukan Melayu adalah 50 %, Adalah mengejutkan Penulis menang di DUN Kajang yang keputruysannya adalah sebagaimana berikut:
Jumlah pengundi DUN Kajang adalah 29,360
Dr. Shafie Abu Bakar (Pas)  mendapat undi  10,922
Choong Tow Chong (MCA) mendapat            10,885
Menang dengan majoriti                                           37  undi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment