POLITIK KAMPUS 1970AN
(Fikrah
Bangi: 431),
BBB:
27 R. Akhir 1441H. = 24 Disember 2019M. (Selasa).
Pelajar UKM yang memulakan pengajian pada
18 Mei 1970 amat rapat dengan Universiti Malaya. Selain dari menerima
pengajian dai pensyarah-pensyarah yang
kebanyakannya dari UM, pelajar-pelajar
UKM juga menerima pengaruh politik
kampus dari UM. Pada tahun 1970 hanya dua universiti ini saja wujud di negara
ini. pada tahun 1970 hingga 1974 sebelum Akta Universiti dan Universiti Kolej
dikenakan terhadap universiti dan pelajar-pelajar politik kampus berkembang
subur dan mempengaruhi politik luar kampus.
Politik kampus adalah dipengaruhi oleh suasana pergerakan
luaran dan dalamanm kampus. Luaran dimaksudkan ialah dari politik tanahair dan
pemuikiran-pemikiran intelektual yang berkembang dari luar kampus. Kegiatan
politik luar kampus ialah kegiatan politik semasa itu. Politik tanah air
dihangatkan oleh politik pemerintah (BN),
parti Sosialis, parti Rakyat dan Pas. Pemikir luar seperti Kasim Ahmad
yang mengkaji watak Hang Tuah dan Hang Jebat. Beliau mengagungkan watak Hang
Jebat yang dianggap wira yang anti esteblishment dan dianggap membela
kebenaran.Kalangan Intelektual dari luar termasuk Abdul Rahman Embong yang
belajar di England dan mendukung faham Mois. Di dalam kampus sendiri terdapat pensyarah yang mendukung
faham kebangsaan seperti Ismail Hussein yang memperjuangkan bahasa Melayu –
kanan dan yang dianggap kiri seperti Syed Husin Ali yang mendukung parti Rakyat
yang pernah keluar masuk penjara. Antara pensyarah dari bidang sosiologi yang
mendukung faham kiri, seperti Syed Hussein al-Attas, manakala pendukung faham
Islam seperti Syed Naguib al-Attas.
Simpang siur politik dari luar dan di dalam
kampus mempengaruhi kegiatan-kegiatan politik kampus di UM dan UKM. Pada tahun
1970an ini lqhir pejuang bahasa Melayu
seperti Nordin yang memimpin Persatuan
Bahasa Melayu, golongan kiru seperti Syed Hamid, Sanusi Osman, Rustam Sani, manakala yang
mendukung faham Islam, ialah Anwar Ibrahim. Mereka mempunyai kumpulan
pengikut-pengikut yang sering mengadakan
tunjuk perasaan. Misalnya perjuangan menegakkan bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan dan rasmi juga mengwujudkan UKM adalah menjadi isu yang didukung
oleh Persatuan Bahasa Melayu UM.
Manakala isu kemiskinan rakyat, kelaparan tanah (diperjuangkan oleh Hamid Tuah
di Teluk Gong, didukung oleh pejuang sosialis dan Rakyat). Mereka juga
memperjuangkan nasib petani dan nelayan. Ahli-ahli politik luar yang
memperjuangkan nasib rakyat marhain ialah seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji
Muhammad, Harun Hasan - Pengarang akhbar
Rakyat.
Manakala pendukung aliran Islam
intelaktual, mereka bukan mendukung Islam seperti Pas, tetapi pendekatan tersendiri
melalui organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang berjenama
Islam, Pada masa ini semarak negara dan
kampus dengan berbagai-bagai aliran. Pelajar-pelajar di UM dan UKM dan orang
ram,ai senang dengan perkembangan yang mendedah kepada mereka dengan berbagai aliran politik dan ideologi.
Walau bagaimana tidak semua perjuangan yang
didukung di dalam kampus dibawa ke dalam perjuanmgan luar kampus. Misalnya saudara Nordin akhirnya menjadi
pegawai tinggi yang tiada kena mengena dengan perjuangan di kampus , dia menjadi Dato` Bandar Kuala Lumpur. Ramai dari
yang radikal dan kiri tidak menceburkan diri dalam politik, sebahagian dari
mereka terdampar sebagai pensyarah seperti Sanusi Osman, Abdul Rahman Embong, Rustam
A. Thani. Manakala pejuang-pejuang Islam terdapat pecahan-pecahan yang
antaranya mendukung Pas dan ada yang akhirnya berubah dari warna Islam kepada
yang dipersoalkan cara pembawaan.
Walau bagaimana kebebasan di universiti
banyak memberi ruang kebebasan kepada universiti dan pelajar yang memberi kesan
kepada politik tanahair, aliran fikiran dan kerencaman pendapat dan pandangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment