MELANTIK JAWATANKUASA SURAU
(Fikrah Bangi: 434),
BBB: 02 Jamadil Awwal 1441H. = 29 Disember
2019M. (Ahad).
Untuk menerima kehadiran tahun baru,
khususnya tahun 2020 yang mempunyai significant dari segi angka, maka antara
mereka telah merangka pendekatan sejak dari sebelum tibanya tahun tersebut.
Berbagai-bagai perancangan dirangka bagi
mengisi tahun berkenaan dengan berbagai pendekatan yang positif. Negara sebelum ini sejak sedekad aebelumnya
telah menyebut bahkan dislogankan
dengan kemajuan bakal dicapai di dalam
tahun 2020, tetapi pihak kerajaan sendiri menganggap apa yang diharapkan tidak
tercapai. Kini diletakkan tempoh bagi mencapai kemajuan pada 2030.
Bagi
institusi atau jabatan yang lebih kecil ada meletakkkan harapan yang lebih
sederhana untuk dicapai, bahkan ada institusi yang memilih masa lima atau tiga
tahun dan sebagai dilakukan prerubahan
yang dianggap menjadi dinamika bagi perubahan dan kemajuan. Turut mengambil
pendekatan tersebut ialah pentadbiran masjid dan surau di bawah JAIS dan MAIS.
Adalah menjadi aturan yang diikuti oleh
masjid dan surau, bahawa setiap tiga tahun sekali dikehendaki mengadakan Mesyuarat Agung bagi pemilihan
jawatankuasa baharu bagi mentadbirkan
masjid dan surau. Pihak masjid dikehendaki mengadakan mesyuarat agung setahun
lebih awal dari surau, agar jawatankuasa yang baru akan mentadbir
jawatankuasa-jawatankuasa surau.
Demikianlah misalnya Masjid Al-Umm yang telah didaftarkan pada 10 Oktober
2018 dan mula mendirikan solat Jumaat
pada Juma`at 12 Oktober 2018 diminta
mengadakan pemilihan jawatankuasa bagi
kali pertama pada 10 Oktober 2018
bersama dengan perlantikan Nazir dan jawatankuasa mulai dari 01 Januari
2019 sehingga 31 Disember 2021.
Mulai dari tarikh perlantikan itu
jawatankuasa diamanahkan membuat persempadanan surau-surau di bawah masjid masing-masing.
Di BBB ada dua buah masjid iatu Masjid al-Hasanah dan Masjid al-Umm, maka semua
surau sebelum ada Masjid al-Umm semuanya terletrak di bawah Masjid al-Hasanah
dibahagi dua kelompok. 23 surau terletak di bawah Masjid al-Umm. Manakala 17
buah surau lagi terletak di bawah Masjid al-Hasanah. Persempadanan adalah
berdasarkan pembahagian mengikut sempadan jalan-jalan.
Selepas persempadanan diubahsuai
pendaftaran ahli kariah bagi setiap surau dilakukan (penyesuaian) . Senarai rasmi ini dikehendaki
dihantar kepada masjid untuk dihantar kepada PAID bersama dengan persempadanan.
Perkara ini dibawa kepada keputusan permesyuaratan pada peringkat masjid dan
peringkat PAID. Maka sebagaimana disebutkan setahun selepas dilantik
Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Pengimarahan, maka pihak Nazir dan
jawatankuasa diberi tugas untuk menadakan pemilihan Jawatankuasa surau-surau.
Berdasarkan aturan yang disediakan oleh
JAIS-MAIS, maka pihak Nazir dan jawatankuasa hendaklah mengendalikan pemilihan
jawatankuasa surau . Jumlah AJK dipilih adalah 22 orang dicampur dua lagi pemeriksa
kira-kira. Pemilihan dilakukan dari bulan Julai 2019. Jawatankuasa dikehendaki
turun mengadakan mesyuarat pemilihan berdasarkan giliran tarikh yang
dipersetujui. Ianya berterusan sehingga akhir Oktober 2019, Pemilihan yang
dibuat dihantar kepada pihak JAIS-MAIS bagi menentukan keputusan.
Perlantikan Nazir dan Jawatankuasa utama
adalah melalui wathikah perlabtikan yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor yang memberi tauliah di Istana Kelang – berkuatkuasa mulai dari
1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021.
Penyampaian
wathikah perlantikan Pengerusi dan Jawatankuasa surau di bawah Masjid al-Umm dilakukan oleh PAID pada 16 Disember 2019. Pihak Lawatankuasa Masjid
al-Umm cuba menurut kaedah perlantiakan yang dilakukan oleh JAIS-MAIS iaitu
dengan melakukan secara formal, iaitu dengan menjemput semua pengerusi (lama) menerima
wathikah pada Sabtu 28.12.2019. Ini bererti Pengerusi lama mempunyai 3 hari
untuk mengadakan upacara penyerahan wathiqah kepada Pengrusi Jawatankuasa dan ahli 2020-2022. Berikut dari uapacara
penyerahan wathijag oleh Nazir diadakan sedikit jamuan dan bergambar.
Pada dasarnya peralihan kuasa berjalan
lancar dengan sedikit masalah yang dapat
diperbaiki.
Penyampaian wathiqah pada awal Januari 2020
ini diharap memberi semangat baru kepada
jawatankuasa baru yang akan lebih berusaha bagi memajukan surau masing-masing.
Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment