KEWAJARAN MENGAMBIL TEMA BANGI BANDAR ILMU
Fikrah Bangi: 420),
BBB: 14 R.Akhir 1441H. = 11 Disember 2019M.
(Rabu).
Mengambil tema `Bangi Bandar Ilmu` yang
dicetuskan pada sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi, adalah sesuatu pilihanyang
wajar. Ianya dapat dijadikan sebagai imej ketara bagi BBB berbanding dengan
bandar-bandar yang lain.
Sebagaimana maklum kelahiran BBB pada tahun
1977 adalah merupakan pemangkin bagi kemajuan UKM. Sebagai sebuah universiti
terkenal sejak dari masa itu bersama
wujudnya Universiti Malaya dan diikuti selepas UKM ialah USM dan UPM, maka
pembukaan UKM turut sama membawa nama UKM. Dengan Bangi Bandar Ilmu pada peringkat
permulaan, ia adalah Banfar Ilmu bagi UKM,. Ini iualah kerana pada peringkat
awal bandar ini dihuni oleh tenaga pengajar dari UKM dan sebahagian dari UPM
dan pekerja-pekerja bagi UKM.
Walaubagaimana imej Bangi Bandar Ilmu bukan
sahaja kerana ianya menjadi kediaman para akademik dan para pekerja universiti,
tetapi dalam perkembangan lanjut kawasan koridor selatan bagi negeri Selangor ini berkembang
pesart dari segi pembangunan fizikal, iaitu selepas wujud lebuhraya PLUS yang
asalnya ke Bangi dari KL (1977) dan di sambung ke Seremban serta seterusnya ke
Johor Bharu. Dari perkembangan fizikal ini turut meningkatkan kedudukan Bangi
sebagai tempat strategik, ialah dengan Pembukaan KLIA pada 1999. Jadi Koridor
Selatan Negeri Selangor ini bukan saja menjadi kawasan yang strategik dan
berada di bawah kawasan tiga segi emas, malah ianya bertambah maju dan terkenal
dengan pembukaan Putrajaya pada awal tahun 2001. Jadi Bangi berada pada
pertengahan jalan dari Kuala Lumpur ke Seremban dan Johor, tetapi menjadi pintu gerbang bagi kemasukan dunia luar ke
Malaysia dan ibu negera Putra jaya.
Walaupun dilihat dengan pembukaan Putrajaya melindungi imej BBB, tetapi
sebenarnya ianya menjadi pemangkin bagi kemajuan BBB. Ini dapat dibuktikan pada
awal pembukaan BBB 1977 dan sedekad berikutnya, BBB tidak begitu menarik orang
ramai untuk dijadikan tempat kediaman, tetapi dengan pembukaan Lebuhraya Plus,
pembukaan KLIA dan Putrajaya semuanya menjelang tahun 2000, maka BBB menjadi
tempat kediaman yang strategik. Tidak jauh bagi mereka yang sering ke luar
negeri untuk ke KLIA, tidak jauh bagi mereka yang bekerja di Putrajaya untuk
berulang antara BBB dan Putrajaya, bahkan untuk ke Kuala Lumpur.
Hingga pada awal 2000, penduduk BBB telah
bertambah kepada melebihi 150 ribu orang.
Kawasan Bandar Baru Bangi yang pada asalnya berkembang kepada 4 Seksyen
bertambah kepada 16 Seksyen. Dan pusat bandar yang penting ialah Seksyen 9.
Hingga kepada masa BBB dipopularkan sebagai Bandar Ilmu (2007) sesudah usia 30
tahun, maka pada masa itu BBB dan sekitarnya, bukan saja menjadi tempat
kediaman yang popular, tetapi tumbuh dan lahirnya berbagai-bagai universiti sama
ada di BBB seperti UKM, Uniten, Mara-French Insitut, German Mara Insiurtut
(GMI), Open Universiti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Infra-Struktur dan
universiti-universiti yang berada di sekeliling BBB seperti Universiti Putra
Malaysia, Universitiu Multi-Media, Universiti Nilai, Universiti Nottingham, bahkan
jumlah pengajaian tinggi di sekitar Bangiu dan kelilingnya adalah
sebanyak 20 buah universiti.
Pada masa yang sama lahir berpuluh-puluh
pusat penyelilidikan di sekitar Bangi, terutama skesyen 12 Bandar Baru Bangi
seperti penyelidikan tanah, Pusat Alam Sekitar (Hijau), Pusat Kajian Kelapa
Sawit, Petronas, pusat Latihan Sukan, GENOM, di pinggir Bangi, Pusat
Penyelidikan Atom dan berbagai lagi. Bersama lahir di sekitar Bangi ialah
pusat-pusat latihan sperti Latihan Pos, Latihan Bank, Latihan Sukan dan
berbagai-bagai lagi. Sehingga awal 2000 BBB yang mempunyai 16 Sksyen itu telah
penuh dengan pembangunan dan kediaman, sehingga pihak PKNS negeri Selangor
dengan kerjasama swasta membuka bandar baru sebagai perluasan bagi BBB, iaitu
Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota Kedeua-duanya dibuka sekitar tanun 2001.
Dalam erti kata yang lain BBB berkembang
kepada Greater Bangi dan penduduknya melebihi dari setengah juta orang. Kawasan
ini adalah koridor selatan bagi negeri Selangor dan menjadi salah satu kawasan
yang pesat membangun dan imej menonjol bagi kawasan ini bahawa ianya menjadi
hub keilmuan yang merupakan keluasan bagi Bangi Bandar Ilmu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment