SENTUHAN FIKRAH DIKEMBANG KEPADA WAWASAN
(Fikrah Bangi: 419),
BBB: 14 R. Akhir 1441H. = 11 Disember 2019M.
(Rabu).
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perlu
kepada sentuhan fikiran bernas yang dapat dijadikan induk fikiran yang dapat
dikembangkan kepada wawasan. Darinya terhasil kreativiti dan inovasi yang di
atas landasan ini dijadikan panduan
untuk bekerja seterusnya mencapai visi dan misi yang diharapkan. Cetusan
pendapat bernas penting, walaupun pada peringkat slogan yang dilihat di
dalamnya ada kebernasan fikiran dan menjadi landasan diikuti. Sentuhan fikrah
mungkin bersifat besar misalnya bagi organisasi dan persatuan atau mungkin
sebagai panduan berseorangan yang menjadi garisan dan panduan baginya bekerja
dan menghasilkan visi dan misi yang digariskan. Bagi organisasi besar sentuhan
fikrah yang bernas dapat menyatukan visi
dan misi organisasi berkenaan. Kita lihat PH sekian lama mencari slogan bagi
parti itu yang dijangka dapat menyatukan arah dan fikiran masyarakat dan semua
pihak bekerja ke arah itu. Misalnya mutakhir parti itu memilih `Kemakmuran
Bersama` ditawarkan kepada rakyat dan negeri-negeri di Malaysia. Slogan ini
biarpun bukan sesuatu ungkapan yang baru – Ingatkan kepada Commonwealth` yang
diiberi jolokan kepada persatuan negara-negara bekas jajahan British. Walau
bagaimana slogan ini dapat diterima sebagai slogan PH yang kini sedang
diwarwarkan, walaupun hasilnya mungkin
dapat dicapai atau sebaliknya.
Pas yang sekian lama berusaha merapatkan
hubungan dan kerjasama dengan Umno, menyedari melalui kerjasama banyak hasil
yang dapat dicapai, sebagai contohnya kemenangan PRK berturut-turut dari awal
tahun 2019 seperti yang berlaku di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan
Tanjung Piai (kerjasama antara MCA – BN). Menyedari significant ini kedua-dua
pihak – khususnya Umno dan Pas mencari sentuhan fikrah yang dapat
merealisasikan visi dan misi Pas dan Umno – termasuk BN. Akhir-akhir ini mereka
menemui ungkapan atau slogan yang dikira bernas yang dapat mnyatukan harapan
dan kerjasama antara Pas dan BN. Mereka menemui ungkapan sebagai `Muwafakat
Nasional` Dilihat kepada slogan ini lebih berpihak kepada Umno-BN yang di dalam ungkapan ini membawa istilah
`Nasional` dari kata asal `Barisan Nasional`, sebaliknya imej Pas dalam slogan
ini agak kabur. Istilah Islam tidak kelihatan. Istilah muwafakat tidak sangat
membawa konsep Islam . Muwafakat adalah bererti `Kerjasama sahaja. Mengapa tidak diambil istilah `Kesejahteraan
Nasional` atau `Sejahtera Nasional` yang
merangkumi konsep Islam yang bermaksud Sejahtera, digandingkan dengan Nasional
yang diambil dari Barisan Nasional. Walau bagaimana kedua-dua slogan ada
kelemahan. Kemakmuran Bersama adalah istilah yang sudah klisye diangkat dan
digunakanm oleh PH, manakala Muwafakat Nasional menenggelamkan imej Pas di
dalam imej Barisan Nasional yang lebih berpihak kepada Umno. Walau bagaimana kedua-duanya
pada peringkat slogan, belum dibuktikan dari segi praktikal saebagaimana
digariskan oleh pihak-pihak berkenaan.
Sebagai contoh yang lebih kecil, menjelang
pilihanraya pada 2008, selepas Penulis kal;ah di dalam pilihantaya 2004 bagi
DUN Bangi, selepas sebelumnya memenangi DUN Kajang (1999-2004), Penulis bersama
dengan jawatankuasa Parti memikirkan apakah sentuhan fikiran yang dapat
dikatakan bernas yang dapat digunakan, bahkan menjadi identi perjuangan di
Bangi yang bercirikan Islam. Sebagai saluran bagi mencetuskan idea Penulis yang
pada masa itu menjadi AJK Perhubungan bagi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi,
mencetuskan dalam mesyuarat AJK untuk mengadakan Sambutan Bandar Baru Bangi ke
30 (1977-2007) sesuai bandar itu berusia 30 tahun.
Sambutan diadakan pada 30 Julai -01
September 2007. Di dalam sambutan ini Penulis telah mencetuskan di dalam
Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi ini ialah ungkapan `Bangi Bandar Ilmu`.
Ungkapan ini mungkin tidak besar, tetapi ianmya dikembangkan menjadi slogan dan
wawasan bagi perjuangan seterusnya,
bahkan hingga kini di Bandar Baru Bangi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment