December 26, 2019

YANG HILANG DAN BERTERUSAN


YANG HILANG DAN BERTERUSAN
(Fikrah Bangi: 432),
BBB: 29 R.Akhir 1441H. = 26 Disember 2019M. (Khamis).
Semarak politik di kampus yang disertai orang luar di samping warga kampus  hilang mendadak oleh kerana Akta Universiti –Kolej mulai dikenakan pada tahun 1974 berikutan dari perlantikan Dr. Mahathir menjadi Menteri  Pelajaran di bawah Perdana Menteri  Datuk Hussein Onn. Kegiatan mahasiswa lebih kepada kegiatan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan lidah rasminya Mahasiswa Negara, manakala di UKM dengan kegiatan Persatyuan Mahasiswa UKM  dengan lidah rasminya ialah Gema Siswa. Pada masa ini USM dan UPM telah ditubuhkan – termasuk ITM. Mereka kadangkala bergiat bersama di dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan bersama. Para pensyarah yang sebelum itu lantang dengan ideologi yang dianut masing-masing menyepi dan tertumpu pada kegiatan akademik menurut bidang masing-masing. Terdapat NGO dari kalangan pelajar seperti  Persatuan  Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menjadi wadah bagi pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian dariuniversiti, mereka bergiat di dalam NGO ini, termasuk Anwar Ibrahim yang menjadi aktivis pelajar di Universiti Malaya, tetapi kemudian beliau dan pengikut-pengikutnya menubuhkan Angkatan Belia Islam (ABIM). Ngo ini jelas mengambil Islam sebagai wadah perjuangannya.
Walau bagaimana di tengah masyarakat Malaysia berlaku kerancakan kegiatan politik tanahair. Sejak 1980an lahirnya berbagai parti politik yang merancakkan kegiatan politik tanahair.  Dap sebagai maklum ditubhkan selepas penubuhan Malaysia yang diketuai oleh Lim Kit Siang, bermula dari Melaka, tetapi Dap pada permulaan kurang mendapat sambutan, kerana ada yang mengaitkan penubuhan sebagai tajaan dari Pap, kerana Lim Kit Siang bergiat di dalam Pap di Singapra.. Parti ini kemudian mendapat sambutan di kalangan masyarakat Cina.
Di Selangor seoarang anak jati Kajang, Tan Chee Khoon, menubuhkan parti  Keadila Sosial dan mendapat sokongan pengundi di Kuala Lumpur dan agak lama bertahan. Tan Chee Khoon lantang menyuarakan pembelaan rakyat di Parlimen. Tetapi parti ini tidak berkembang ke luar dari Kuala Lumpur. Mca sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan kaum Cina tidak sunyi dari menghadapi kemelut politik, sehingga Lim Choog Yu yang pernah memimpin Mca keluar dari Mca dan menubuhkan parti Gerakan dan mendapat sokongan masyarakat terutama di Pulau Pinang. Parti ini lama memerintah Pulau Pinang dan mendapat dokongan berbagai kaum termasuk Melayu di bawah  ketua ideologisnya Syed Hussein al-Attas.
Parti-parti yang dianggap kiri, turut berkembang sekitar 1980an, iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang mempunyai lidah rasmi akhbar PSRM, tokoh politiknya antaranya ialah Ahmad Boestamam yang pernah menjadi ahli Parlimam. Beliau keluar masuk penjara, kerana komitmen tinggi terhadap perjuangannya. Antara tokoh ideologisnya ialah Kassim Ahmad dan pengikut-pengikutnya. Sebuah parti lagi ialah Parti Rakyat Malaysia, parti ini dikaitkan dengan tokoh akademik Syed Husin Ali. Beliau juga sering keluar masuk penjara di Kemunting,  Perak, tetapi beliau lebih komitmen dengan dunia akademik di Universiti Malaya..
Parti yang dianggap kanan dan tua ialah Pas yang ditubuhkan pada 1951, sebagaimana maklum Pas sendiri menyertai Kerajaan MAGERAN yang ditubuhkan pada zaman Datuk Abdul Razak (1970-74). Parti ini dipecat dari kerajaanm yang memerintah pada zaman Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Pimpinan parti ini berpecah apabila pimpinan Muda telah menggulingkan Asri Muda dari kepimpinan parti.
 Umno sendiri tidak sunyi dari pergolakan, umpamanya berlaku perebutan jawatan Presiden Umno antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah  danm dimenangi oleh Dr. Mahathir yang membawa Tengku  Razaleigh  menubuhkan Parti Semangat 46.
Pendek kata dalam dekad 1980an berlaku kerancakan politik negara yang kelihatan amalan demokrasi terlaksana.
Dinamika politik ini berada pada puncaknya apabila Dr Mahathir mengambil kepimpinan negara pada tahun 1983.
Sekian.

No comments:

Post a Comment