December 31, 2019

BERLALU 2019


BERLALU  2019-
(Fikrah Bangi:  436)

Berakhir hari ini
Jejak-jejak terlipat dalam kenangan
Membentang dari sempadan perang
Kepada pengisian kemerdekaan.
Menempuh permulaan yang pahit
Namun diri dibimbing kemahuan
Melangkah penuh azam.
Syukur dalam tempoh berkenaan
Diri melihat iltizam kepimpinan
Antara mundur maju
Terus mendepani ujian
Di pentas global
Merebut peluang.

Sebelum mengakhiri 2019
Kita memerhati sebuah amanah
Sedang di dalam ujian
Masa depan berbalam
Penuh kebimbangan
Jangan biarkan kemelut berlaku
Kita seharusnya menentukan.

Bandar Baru Bangi,
04 Jamadil Awwal 1441.
31 Disember 2019.

No comments:

Post a Comment