January 1, 2020

2020


2020
(Fikrah Bangi: 437)
Indah sebutan
Indah bilangan
pada hakikatnya ia hanya
Satu perpindahan dan penentuan masa
Seperti hari, minggu, bulan, tahun, dekad
Abad, alaf, melinium dan apa kiraan
Ke hujung dan berterusan.

2020
satu dari batu tanda masa
Sebelumnya ada yang meletak harapan
Ada yang menganjaknya kerana kegagalan ?

2020
 batu tanda masa yang datang
 dan bakal  pergi dan menghilang
tiada  sebarang  keistimewaan
tanpa mengikatnya dengan azam dan pengisian.

2020
Dengan ketibaan
Syukur pada Tuhan
Yang masih memanjangkan usia
Ke luar jangka – lebih dari  itu
Masih dikurnia rasional mental
Kesihatan tubuh badan
Memungkin minda terus berfikir
Mencatat dari penemuan , walaupun kecil
Menandakan diri masih aktif
Meneruskan pencarian
Mencatat  dapatan.

2020
Dengan kurniaan masa bersisa
Apakah yang lebih mulia
Dari  terus mencari ilmu
Mengukuh  perjalanan
Membuat kebajikan
Saat itu pasti tiba
Mohon pengakhiran yang baik
Hujah hari penentuan
Menerima ganjaran
Damai dan tenteram.

Bandar Baru Bangi,
05 Jamadil Awwal 1441
01 Januari 2020.

No comments:

Post a Comment