KIMANIS MENGEJUTKAN !
(Fikrah Bangi: 455),
BBB:
23 Jamadil-Awwal 1441H= 19 Januari 2020M. (Ahad).
Penulis sebenarnya sejak dari awal tidak
memberi perhatian pada pilihanraya kecil (18.1.2020) bagi Parlimen Kimanis,
kerana menjangkakan pilihanraya itu dengan mudah dimenangi oleh Warisan di
bawah pimpinan seorang wira yang membela dan memimpin Sabah yang berpihak pula
dengan PH yang memerintah negara.
Namun keputusan pada malam tadi menunjukkan
bahawa Umno yang diwakili calonnya Datuk
Mohamad Al-Amin (mendapat12,706)
mengalahkan calon bagi Parti Warisan Datuk Karim (mendapat 10,677) dengan majoriti bertambah
kepada 2029 berbanding dengan
pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 dengan
majoriti hanya 156 undi menunjukkan
walaupun di bawah tekanan kuat dari PH dan Warisan, namun rakyat menolak Warisan dan PH . Nampaknya daripada 10 pilihanraya kecil dipertandingkan
selepas pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018, BN menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan secara seturut pada peringkat mutakhir Umno (BN) telah memenangi 5 kerusi
secara berturut. Kerusi berkenaan ialah Cameron Highlands,
Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis. Sindrom Tanjung Piai, nampaknya merentasi dari Semenanjung ke Sabah.
Janji-janji yang dibuat kerajaan nampaknya tidak memberi kesan kepada pengundi Kimanis.
Sebaliknya rakyat makin memberi isyarat yang makin jelas, bahawa Kerajaan
Warisan di Sabah tidaklah sebenarnya kukuh, demikian juga dengan kerajaan PH
pada peringkat Persekutuan.
Apakah sebab sebenarnya rakayat menolak pendekatan
PH dan juga Warisan ?
Kita
masih kekal berpendapat sebab utama
penolakan rakyat ialah kerana MARUAH ! yang tidak boleh dibeli dengan
pembangunan dan pemberian yang bersifat material.
Jika dilihat kerusi-kerusi yang PH dan
Warisan kalah ialah kawasan-kawasan yang majoriti adalah Melayu dan bumiputra.
Tiada siapa dapat menafikan imej dan maruah Melayu dan bumiputra kini adalah
merudum. Terbaru isu Maszlin Malik yang dimalukan dengan arahan meletakkan
jawatan dari Menteri Pendidikan.
Apa yang dilihat pemimpin-pemimpin yang
tidak amanah ialah Melayu dan bumiputra. Usaha mereka untuk mengumpulkan
kekuatan agar tidak terus menuju kehancuran dilabelkan sebagai perkauman ! Ini
terus diulang-ulang agar penyatuan sedemikian dipandang serong, bahkan salah ?
Berpegang kepada Islam yang mengikat Melayu dan bumiputra dikelirukan dengan dilabelkan sebagai extreme, bahkan istilah
Islamiphobia itu seolah ditujukan kepada mereka. Di Semenanjung Umno dan BN
kalah dan di Sabah Umno dan BN asalnya menang, tetapi dikalahkan dengan cara lompatan ahli kepada Warisan. Maruah
pemimpin-pemimpin Umno dan bumiputra di sana juga terhina.
Maruah Melayu dan bumiputra di Sabah ini
nampaknya sama dirasai.. Inilah yang membawa kepada kesatuan pendirian antara
pengundi-pengundi pilihanraya kecil di Camaron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung
Piai dan kini Kimanis. Mereka sudah menunjukkan kekuatan di 5 kerusi
pilihanraya kecilsecara setutut. Ini isyarat kepada pilihanraya akan datang.
Apa yang menakut, bahkan membimbangkan,
bahawa mereka dapat membaca secara tersirat program secara grand design yang sedang diatur yang akan menggugatkan
kedudukan Melayu dan bumiputra. Kini mereka sedang menyanggah grand design yang
sedang diatur dan dilaksanakan. Sekiranya ada pilihanraya lagi, kita percaya
sanggahan akan terus dilakukan sehingga tiba pilihanraya ke 15.
Semua pihak perlu sedar, masalah maruah
adalah masalah yang besar yang tidak boleh dijual beli.
PH danm Warisan perlu menyedari kebimbangan
yang dihadapi Melayu dan bumiputra di Negara ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment