January 27, 2020

MENDEPANI KEMUNGKINAN


MENDEPANI KEMUNGKINAN
(Fikrah Bangi: 463),
BBB:  02 Jamadil Akhir 1441H. = 27 Januari 2020M. (Isnin).
Tiba puncaknya dari kempen pilihanraya dan pada malam Isnin – esoknya 29 November 1999 ialah hari mengundi, hari penentuan kalah atau menang. Sejak terlibat dengan politik selepas dipilih sebagai Ketua Cawangan Jalan 1/3, BandarBaru Bangi pada 21 Mei 1999 hingga menjelang hari mengundi di atas, iaitu tempoh aku terlibat dalam politik kurang seminggu 6 bulan, bukan tidak terfikir, mengapa aku terlibat dengan politik.
Aku telah sebutkan bahawa terseret diriku menghadiri perhimpunan  politik pada  4 April 1999 kerana sama tidak menyenangi pilitik pemerintah pada masa itu yang dilambangkan oleh Shahnon Ahmad sebagai Shit itu. Kebencian mungkin tinggal kebencian ,  kalau aku tidak dipengaruhi oleh kawan-kawan sejama`ah di Surau Al-Umm seperti Tuan Haji Husin Junoh, Haji Ya`kob Mohd Nor, Sulaiman Sajilan, Haji Banhawi dan beberapa yang lain yang membawa kepada penubuhan cawangan Pas di Seksyen Satu di sini.
Setakat menjadi Ketua Cawangan, mungkin tidak mengubahkan situasi diri, juka tidak terseret kepada menjadi calon pilihanraya sebagaimana diumumkan oleh Ustaz Hasan Shukri PJ Selangor dan Setiausaha Agung Pas Pusat pada 18 November 1999 sebagai calon pilihanraya DUN Kajang.
Aku sedar dengan terlibat sebagai calon pilihanraya, banyak risiko yang aku mendepani. Antaranya:
Aku terpaksa menarik diri dari hasrat untuk menyambung kontrekku sebagai pensyarah di UKM, setelahj dua tahun sudah menjadi pensyarah kontrek. Ini berert berakhir jawatanku di UKM yang aku amat suka berada di UKM. Walau bagaimana aku diminta meneruskan tugas membimbing beberapa pelajar Ph. D, dan Sarjana yang aku menjadi penyelia sehingga mereka tamat.
Aku ter[aksa dan dikehendaki menarik diri dari Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu dan Sastera pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan yang aku mengetuinya sejak zaman Pengarahnya Tuan Haji Isa dan kemudian Tuan Haji Tarmizi yang aku begitu mesra dengan mereka.
Aku juga terpaksa dan dikehendaki menarik diri dari menjadi Panel Hadiah Sastera Malaysia yang aku menganggotainya sejak 1967 lagi.
Di dalam hati kecilku kuat berpendapat, bahawa kemungkinan kalah dalam pilihanraya adalah kemungkinan yang tinggi, kerana tiada sejarah Pas memenangi pilihanraya di negeri Selangor sebelum ini. Lagi pula Dun Kajang tidak pernah ditandingi Pas. Kerusi DUN Kajang biasanya bertukar antara Dap dan MCA. Kini Chong Tow Choong calon dari MCA bertanding bagi penggal kedua. Apakah kemampuan diri yang baru setengah tahun terlibat dengan politik dan Pas sendiri buat kali pertama bertanding di DUN Kajang.
Terbayang dalam minda, aku melibatkan diri dengan politik merosakkan sejarah diri, lebih-;lebih lagi jika kalah. Sebaik-baiknya aku meneruskan diri sebagai pensyaraha, karier yang mulia kerana bergiat di dalam bidang ilmu dan meneruskan diri di dalam bidang penulisan yang aku libatkan diri sejak 1960an lagi. Dengan terlibat dengan politik karierku dalam bidang keilmuan dan penulisan akan terganggu.
Walau bagaimana kerana telah melangkah di dalam politik, bahkanm dipilih menjadi calon Pas bagi DUN Kajang, maka komitmen yang telah dibuat mesti diteruskan Kerja keras telah dilakukan, khususnya selama seminggu berkempen. Aku amat berpuashati dengan kerjasama yang aku dapati.
Kerjasama dari Jawatankuasa Poas Hulu Langat dari Dr. Rusli Che` Mat, Dr. Hamirdin Isnim, Tuan Haji Yunin, Shukur Atan, Abdullah Acheh, khususnya pengiring-pengiring seperti HajiYa`cob Mohd Nur, Sulaiman Sajilan, Ahmad Sulaiman, Azemi Ahmad dan Azizi (baru) dan ramai  lagi. Pimpinan Persatuan Penduduk dan surau-surau amat memberi simpati.
Dari  DAP kita terhutang budi kepada Cikgu LeeKim Sim (Ngo), En. Yee, En. Lim dan satu kumpulan veteran Dap di Semenyih diketuai En. Lee dan ramai lagi, juga dari Keadilan  yang belum jelas kepimpinan di Kajang. Kita juga mendapat sokongan dari komuniti India di Bangi, Semenyih dan Kajang.
Dengan sokongan mereka kita meneruskan azam dan menjadi calon Pas bagi DUN Kajang yang hari mengundinya ialah pada 29 November 1999  – Isnin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment