January 16, 2020

MEMANTAPKAN KEMPEN


MEMANTAPKAN KEMPEN
(Fikrah Bangi: 452),
BBB:  20 Jamadil Awwal 1441H. = 16 Januari 2020M. (Khamis).
Tempoh misalnya sepuluh hari selepas penamaan calon misalnya tentulah tidak cukup  bagi sesebuah parti dan calon untuk berkempen. Sememangnya parti dan calon tidak seharusnya mengharapkan dalam tempoh tersebut dapat mengukuh parti dan memperkenalkan calon. Seharusnya sesebuah parti dan tokoh telah lama bekerja dan melakukan  kerja-kerja memantapkan parti dan mengukuhkan kedudukan calon. Calon terjun biasanya sukar untuk menang, apa lagi yang tidak berorganisasi dan tidak berperti. Kerja seharusnya diatur lama oleh parti yang dilakukan oleh markas dan cawangan-cawangan. Contoh calon bebas yang tidak berparti sukar untuk menang dalam pilihanraya.
Parti yang bertanding seharusnya sudah dikenali dan pestasi calon juga diketahui.. Sesungguhnya kekukuhan parti selain dari sudah dikenali. Parti berkenaan mempunyai infra-struktur yang mantap dan mempunyai  pemimpin dan pentadbiran yang teratur. Parti mempunyai cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang kuat bekerja di dalam memperkenalkan parti dan calon yang bertanding.
Bersama kekuatan parti calon berkenaan sewajarnya mempunyai dokongan NGO dan persatuan yang lain. Semasa kita hendak bertanding di Kajang, kita mempunyai hubungan dan sokongan yang baik dari NGO. Misalnya Cikgu Lee pemimpin NGO di Kajang banyak membimbing kita berhubung dengan kegiatan yang seharus dilakukan. Bagaimana mengadakan pertemuan,bahkan perhimpunan yang mendapat sokongan orang ramai. Beliau mengajar bagaimana membuat hubungan dengan pemberita-pemberita, isu-isu yang sesuai yang layak dibuat kenyataan akhbar dan bagaimana membuat kenyataan akhbar. Dari tunjuk ajar beliau hasilnya kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemberita-pemberita  dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan selalu mendapat liputan. Hubungan yang baik perlu dilakukan dengan persatuan penduduk. Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, komuniti India di Kajang dan Pekan Bangi. Kita  menyertai peraytaan dan amalan-amalan budaya mereka seperti Tahun Baru Cina dan Perayaan Ponggal. Bagi mendekati orang Cina perlu mengunjungi premis-premis perniagaan mereka. Di Kajang misalnya melalui En. Yee Jawatankuasa DAP Kajang, kita dibawa menemui setiap peniaga di seluruh kedai Kajang dan Persatuan Peniaga mereka. Peniaga-peniaga tidak bermasalah dan menerima baik kedatangan kita.
Kunjugan yang penting yang harus dilakukan ialah ke pasar-pasar malam, pasar tani dan pasar-pasar moden. Menjelang pilihanyara semua tempat yang demikian menjadi tempat kunjungan bertanya khabar dengan pengunjung-pengunjung dan berterima kasih kepada pengendali pasar. Perlu bertanya masalah-masalah yang dihadapi mereka bagi tujuan untuk membawa masalah mereka untuk diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
Bagi calon muslim seperti di Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan yang lain di Kajang, kunjungan ke masjid-masjid dan surau-surau  da nberjamaah dengan mereka adalah penting. Dengan demikian kita dapat berkenalan dengan jama`ah. Di dalam kehidupan masyarakat, seorang calon biasanya mendapat jemputan kahwin, maka peluang jemputan adalah digunakan, bukan saja bagi menunaikan jemputan, sebaliknya pada pertemuan dan kehadiran jemputanb-jemputan yang lain memberi peluang untukberkenalan dengan orang ramai. Perayaan-perayaan yang ada misalnya Hariraya `Idul Fitri,  Idul Adhha, Tahun Baru Cina dan sebagainya hendaklah disertai,  bahkan pihak parti wajar mengadakan sambutan dan membuat jemputan kepada orang ramai.
Di samping itu, wajar mengunjungi orang sakit dan bertanya khabar dan menyampaikan buah tangan. Kalau dapat memohon keizinan bagi menziarah hospital setempat dan m membuat kunjugan khusus
Sebenarnya berbagai cara dapat dilakukan bagi mendekati  untuk menemui masyarakat dan menjalankan kempen, terpulang kepada kreativiti pemimpin dan parti.
Sekian.

No comments:

Post a Comment