January 26, 2020

PECUTAN TERAKHIR SEBELUM HARI MENGUNDI


CUTAN TERAKHIR SEBELUM HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 462),
BBB:  01 Jamadil Akhir 1441H. = 26 Januari 2020M.  (Ahad).
Hari ini Ahad, 28 November 1999, ialah hari terakhir berkempen sebelum tibanya hari mengundi esok. Jadi hari ini adalah pecutan terakhir bagi kempen. Walaupun pada pagi kempen terakhir, pada setiap subuh aku tetap berada di Surau Al-Umm bersolat danmengikuti tazkirah. Keselamatanku dipantau oleh Unit Amal.
Pulang dari Surau Al-Umm ke MTD di Al-Mawaddah. Pagi ini akan diadakan gerakgempur terakhie di Pasar Kajang yang menjadi pusat berkempen. Garakgempur terdiri dan ahli-ahli Pas dari MTD Basngi dan cawangan-cawangan yang lain berhimpun di Pasar Kajang . Turut dibantu oleh  Keadilan  dan DAP Kajang. Di Pasar Kajang dibuka kaunter sebagai centre kegiatan.  Dari sini diselaraskan pengeluaran pamflit dan berbagai maklumat dan siaran. Calon pada pagi ini sejak pagi bergerak dari gerai ke gerai secara menyeluruh di Pasar Kajang. Usaha menemui peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung berterusan sehingga jam 10.30  pagi.  Pesanan  terakhir meminta semua pihak keluar mengundi dan diharap dapat mengundi Pas yang mewakili parti Alternatif di Kajang. Kempen biasanya tidak bertembung dengan kempen MCA yang calonnya ialah Chong Tow Choong.
Dari Pasar Kajang konvoi bergerak pulang ke Bangi dan menumpukan kempen di Pasar Bandar Baru Bangi, Peniaga dan pengunjung di Pasar Bandar Baru Bangi semuanya terdiri dari orang Melayu, maka kempen di sini tidak disertai DAP. Sebagaimana di Pasar Kajang, di Pasar Bandar Baru Bangi calon mengnjungi setiap warung di pasar dan menemui semua pengunjung yang datang ke Pasar Bandar Baru Bangi di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi dengan pesanan agar memberi undi kepada calon Pas.. Kempen di sini berterusan sehingga jam 12.00 tengahari.
Setelah mengunjungi Pasar Basah Bandar Baru Bangi, bergerak ke Cheras Batu 10, di sini terdapat dua jemputan kahwin, calon hadir ke dua-dua jemputan kahwin di sini dan mengambil kesempatan menemui orang ramai di Cheras yang datang khenduri kahwin di sini. Kempen di Cheras ini disertai AJK Pas Cheras dan ahi-ahli di sini. Bersolat zohor di surau di Cheras di sini dan bergerak pulang ke Pusat Gerakan di MTD Al-Mawaddah di Bangi.
Selepas solat Asar di MTD, al-Mawaddah, kumpulan keluar bergerak ke Taman Mesra, salah sebuah cawangan  yang aktif dan mempunyai  bilik gerajan  di bangunan di cawangan di sini. Di Taman Mesra ini temu janji dibuat menemui komuniti India di sini. Mereka adalah bekas pekerja di Estate Golden Hope yang mengharapkan diperjuangkan nasib mereka, terutama bagi mendapat tanah dari rumah dan pampasan terhadap mereka yang telah diberhentikan kerja, kerana syarikat plamtation berkenaan tidak lagi berfungsi, Berikutnya lawatan dibauat ke kawasan kediaman mereka dan berjanji perkara yang menjadi aduan mereka akan dibawa ke atas, khususnya jika pihak Pas mendapat kemenangan dalam pilihanraya esok.
Dari Taman Mesra rombongan bergerak ke Kajang Jaya, taman perumahan di sebelah kiri Jalan ke Semenyih. Di sini bertemu dengan pengundi-pengundi d Pekan Sari Kajang Jaya.
Dari Kajang Jaya, rombongan bergerak pulang ke Bandar Baru Bangi dan  singgah di Fasa Empat Tambahan dan bersolat di Surau . Turut didirikan solay hajat memohon pertolongan dari Ilahi. Surau di sini mempunyai hubungan yang baik dan calon mengajar di surau di sini yang pengerusinya antaranya Tuan Haji Zakaria.
Dari Empat Tambahan ke Pekan Sari West Country menemui peniaga-peniaga dan pengnjung-pengunjung pasar malam di sini..
Dari West Cauntry pulang ke MTD bagi mengatur lawatan ke pusat-pusat mengundi yang berlangsung mulai pagi esok,
Sekian.

No comments:

Post a Comment