January 15, 2020

BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI


BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI
( Fikrah Bangi: 451),
BBB:  19 Jamadil Awwal 1441H. = 15 Januari 2020M. (Rabu).
Kekuatan sesebuah parti adalah bergantung kepada penyokong-penyokongnya.
Selain dari parti itu sendiri mempunyai ideologi dan tawaran yang menarik, ianya seharusnya mempunyai mekanisme yang dapat memperkukluhkan parti dan mendapat sokongan rakyat. Salah satu cara memperkasakan parti ialah dengan mewujudkan barisan kepimpinan dan badan parti dan cawangan-cawangan.
Pas adalah terkenal sebagai organisasi yang teratur dan mempunyai banyak cawangan  dan tenaga kerja yang mantap.  Pas mempunyai kepimpinan pihak paling atas dan mempunyai ibu pejabat pada peringkat  pusat yang terletak diibu negara. Jawatankuasa pusat mentadbir parti dari peringkat pusat. Di bawah dari peringkat pusat ialah pentadbiran peringkat negeri yang mempunyai jawatakuasa pada peringkat negeri dan pejabat pada peringkat negeri.
Bagi setiap negeri ada  kawasan-kawasan yang juga mempunyai jawatankuasa pada setiap kawasan. Kawasan biasanya menurut daerah bagi setiap negeri. Misalnya Daerah Hulu Langat, di Selangor. Bila aku dipilih menjadi calon, sebenarnya aku berterima kasih kepada pimpinan Daerah Hulu Langat, iaitu Dr. Che Rusli Che` Mat dan Jawatankuasa yang telah menyediakan infra-struktur parti yang aku dan  AJK menurut apa yang telah disediakan dan menambah serta  memperbaiki apa yang kurang.
Parti Pas di Hulu Langat sejak aku terlibat mulai dari 21 Mei 1999 mempunyai tadbiran daerah bertempat di  Markas Tarbiyyah al-Thaqafiyyah  di  Teras Jernang – kini termasuk di bawah kawasan Sepang.  Pas Hulu Langat pada masa itu sudah mempunyai cawangan dan markas cawangan. Cawangan-cawangan pada masa itu:
1)      Cawangan 1/3 berpejabat sementara di No/ 11. Jalan 1/3K, 43650 Bandar Baru Bangi.
2)      Markas Al-Mawaddah di Jalan Dua, Bandar Baru Bangi.
3)      Markas Batu 10, Taman Mesra, Kajang.
4)      Markas Taman Sikamat, Batu 12, Kajang.
5)      Markas Batu 10, Kajang.
6)      Markas Taman Rakan, Kajang
7)      Markas Pekan Bangi, Hulu Langat.
8)      Markas, Pekan Semenyih.
9)      Markas  Bukit Mewah, Kajang
10)   Markas Teras Jernang.
Markas-markas ini adalah merupakan cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan kegiatan parti, mengadakan berbagai kegiatan bagi menarik sokongan penduduk setempat, kempen mendaftar mengundi  bagi yang belum mendaftar.
Selain daripada markas-markas di atas, ada infra-struktur parti yang lain seperti MTD, pasti-pasti yang menjalankan pendidkan bagi anak-anak penduduk setempat. Pas juga mempunyai unit amal dalam mana Hulu Langat juga mempunyai Unit Amal yang aktif – termasuk di Kajang dan banyak  kerja kebajikan  dan berbagai kegiatan dijalankan. Selain daripada itu Pas mempunyai Muslimat yang mempunyai bidang-bidang kegiatan. Begitu juga dengan Pemuda.
Semasa berkempen aku dan pembantu-pembantu dan dalam menjalankan kegiatan yang lain adalah bergerak melalui cawangan-cawangan berkenaan.
Pendek kata semasa aku menjadi calon, sudah ada infra-struktur parti secara teratur dan mempunyai tenaga dan kader-kader parti yang bertungkus lumus bekerja bagi mengukuhkan kedudukan Pas di Hulu Langat, khususnya Kajang.,
Di atas landasan inilah kami bergerak dan menjalankan kempen bagi memenangi – Insya Allah DUN Kajang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment