MENDAFTAR CALON PILIHANRAYA
(Fikrah Bangi: 450),
BBB{ 16 Jamadil Awwal 1441H. = 14 Januari
2020M. (Selasa).
Saelepas pembubaran parlimen pada 29.11. 1999 dan pemilihan parti untuk
calon bagi pertandingan pada 18.11. 1999
di Taman Melewar yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga
Setiausaha Agung Pas Pusat – Ustaz Hasan
Shukri, maka tarikh dan peristiwa yang
penting selepas itu ialah pendaftaran calon yang akan bertanding dalam
pilihanraya – Iaitu Hari Mengundi ialah pada 29.11.1999. Sebagaimana
dimaklumkan bahawa mereka yang bertanding bagi Parti Alternatif, termasuk Pas di Hulu Langat pada
peringkat Perlimen ialah Dr. Mohd. Nor Nawawi dari Keadilan, manakala tiga DUN
di bawahnya ialah:
1) Dr. Shafie bin Abu Bakar bagi DUN Kajang,
2) Cikgu Fadhil
bagi DUN Dusun Tua, dan
3) Tuan Haji Zainuddin bin Lampus bagi Dun
Beranang
Perkara yang penting bagi pencalonan ialah
mengambil borang bagi pencallonan – Borang berwarna merah jambu, dari Pejabat
Daerah, Hulu Langat. Borang berkenaan perlu diisi dengan sempurna dan tepat,
jika tidak, misalnya berlaku kesilapan atau tertinggal butir-butir penting
tidak sempurna, maka ianya terbuka untuk dibantah oleh lawan, pada hari
pencalonan. Sebab itu borang yang dibeli dari Pejabat Daerah ini diisi dengan
teliti oleh calon dan dibantu oleh jawatankuasa dan jika perlu oleh lawyer.
Borang yang diisi ini disemak berulang kali oleh calon dan berbagai pihak
seperti saksi dan jawatankuasa parti hingga pasti tidak berlaku kesalahan.
Tidak teliti mengisi borang menyebabkan calon ditolak dan pihak lawan boleh menang
tanpa bertanding. Dengan aturan ketat ini sememang ada calon yang ditolak (kini
lebih mudah).
Hari penamaan calon adalah hari penting
dalam mana calon akan diarak dan diiringi oleh penyokong-penyokong dari
berbagai cawangan dan orang ramai yang menyokong.
Pada hari pendaftaran calon pada 20.11.1999
adalah dilakukan di Dewan Bandaran Kajang dekat dengan Stadium Kajang (kini
bangunan ini sudah tiada) Penyokong-penyokong parti Pas dan Alternatif telah
membuat keputusan lebih awal untuk bergerak dari medan Masjid Kajang, beratur
membawa sepanduk menuju ke Dewan, dari medan masjid menyusuri jalan –
menyeberang ke jalan yang sebelah kanannya bangunan pemancar Radio Malaysia.
Pada pagi itu penuh kawasan dengan penyokong mengarak calon-calon ke Bangunan Dewan MPKj. Aku pada
hari itu memakai baju Melayu berwarna hijau dan berkopiah putih diiringi
kumpulan seraya bertakbira dan juga menyanyikan lagu-lagu bersemangat sebagai
memberi sokongan dan kekuatan jiwa dan mental kepada calon, sambil menunggu
waktu mendaftar.
Manakala pihak calon BN bagi peringkat
parlimen Hulu Langat dan juga ketiga-tiga Dun bergerak dari kanan yang pada
seberang jalan (Jalan Tukang) ialah Pejabat Umno di sebelah kiri dan Pejabat
MCA sebe;ah kanan , tepi sungai tidak jauh dari situ. Mereka sebenarnya merasa
konfiden untuk menang, kerana tiada dalam tradisi sejarah di Hulu Langat, parti
lain dari BN memenangi pilihanraya. Bahkan Penulis pernah bertembung dengan
calom MCA yang bertanding di DUN Kajang Chow Tow Choong, pernah berkata di depasn Penulis sebagai calon Pas bagi DUN
Kajang, bahawa dia berkata, ``Dia berbau kemenangan`, dengan penuh keyakinan di
kawasan kajang yang 50% pengundi Melayu dan 50% Cina dan lain-lain kaum.
Peroses pencalonan pada hari itu adalah berjalan lancar dan tiada berlaku
penolakan. Semua pihak berpuashati dengan proses pencalonan yang berlaku dangam
a masing-masing bergerak bagi mendepani tugas yang paling penting,
iaitu berkempen bagi mempastikan kemenangan calon-calon masing-masing.
Sekian.
No comments:
Post a Comment