AKU TERLIBAT DENGAN POLITIK !
(Fikrah Bangi: 442),
BBB: 10 Jamadil Awwal 1441H. = 05 Januari
2020M. (Isnin).
Sebenarnya sepanjang pengajianku dari
peringkat menengah hingga ke universit, tidak ada hasratku untuk menjadi orang
politik. Fokus diriku yang sukar di dalam kehidupan adalah menumpukan sepenuh
perhatian di dalam pengajian, kerana menyedari, bahawa melalui keilmuan adalah
satu-satunya cara memperbaiki diri, Telah aku ceritakan, betapa sukar untuk
menamatkan pengajian pada peringkat menengah (thanawi (1962).
Sebagai kesan dari pembacaan bagi menghadapi
pengajian bagi menapat ilmu, timbul
minat aku mencntai bidang penulisan. Aku mulai menulis dan menghantar tulisan
kepada penerbitapenerbitan, walaupun tidak mendapat tempat. Bidang penulisan
ini aku teruskan bersama saemasa belajar persendirian hingga peringkat STPM dan
diterima masuk ke UKM (18.5.1070) sebagai pelajar sulung dan graduan sulung
dari universiti itu. Bersama dengan fokus terhadap ilmu, maka serentak dengan
itu juga aku kembangkan bidang penulisan. Tulisanku mulai mendapat tempat sejak
memasuki UKM. Tulisanku mendapat tempat di dalam penerbitan-penerbitan terkenal
seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Budaya dan
berbagai-bagai penerbitan akhbar tannah air. Hasil penulisan, terutama semasa
menjadi mahasiswa dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan dalam
pengajian.
Aku tidak terlibat di dalam politik
tanahair, bukan bererti aku tidak mengikuti pekembangan politik tanahair. Aku
mengikuti perkembangan melalui media akhbar dan letreonik. Mengikuti
perkembangan politik adalah penting, lantaran aku terlibat dengan politik
kampus sebagai antara pemimpin yang menubuhkan Persaatuan Mahasiswa UKM dan
memimpinya untuk dua poenggal. Walau apa pun tumpuan terhadap ilmu adalah
paling utama, kerana selepas lulus ijazah pertama (Sastera dabnn Sejarah) dan
Ihazah Sarjana dengan kepujian bidang sastera. Masa adalah dihabiskan masa bagi
menyambung pengajian pada peringkat sarjana (176/77) dan peringkat PH. D (1990)
Tumpuam utama juga terhadap bidang pengajaran selepas mendapat ijazah sarjana –
dilantik pensyarah (1977). Tugas juga ditumpukan pada menyelia tesis pada
peringkat sarjana dan bila mendapat Ph. D. Penyeliaan juga dilakukan terhadap
pelajar PH. D khususnya bila dilantik sebagai Profesor Madya (1992).
Aku terseret kepada politik adalah secara
tidak dirancang. Ini ialah diakibatkan suasan politik amat hangat sekitar
1990an. Khususnya apabila Anwar Ibrahim yang mnenjadi Timbalan Perdanba Menteri
dikaitkan dengan skandal yang membawa kepada penahanan beliau dan dipukul semasa di dalam penjara
hingga lebam matanya. Perlu diingat Anwar adalah model pemimpin pelajar sejak kami
memimpin PMUKM dan mengharapkan idealisme yang diperjuangkan semasa menjadi
pemimpin pelajar akan dipraktikkan , khususnya selepas be;iau menjadi Perdana
Menteri Malaysia.
Episod yang dilalui Anwar amat mnemberi
kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kebencian terhadap pemerintah mneningkat
tinggi, khususanya selepas Anwar dipukul
di dalam penjara. Terhasilnya Angkatan Perpaduan Ummah dan kemudian lahirnya
Barisan Alternatif bagi menentang pemerintah adalah dari kesan simpati terhadap
Anwar dan bagi membela Wan Azizah yang menderita mengalami tekanan akibat dari
kemelut yang dihadapi Anwar – suaminya di dalam penjara.
Sokongan terhadap Anwar terutama dari
kalangan pemuda menggerak Wan Azizah dan penyokong-penyokong ke arah mengadakan
pertemuan bagi membentuk sebuah parti politik bagi membela Anwar dan Wan
Azizah.
Berita pengepungan terhadap rumah ANWAR
BAGI MENANGKAPINYA sebelumnya banyak sampai kepadaku diceritakan kepadaku oleh
anak lelakiku yang baru pulang dari menamatkan pengajian di Amerika.
Beliau turut sama menjadi pengawal di
rumah Anwar.
Tersentuh dengan peristiwa yang menyayat
hati itu aku menyatakan kesanggupan untuk sama hadir dalam pertemuan bagi
menubuhkan Parti Keadilan, sebagai pernyataan sokongan.
Pertemuan adalah diadakan pada 4 April 1999 bertempat di Hotel
Rennaissance, Kuala Lumpur. Aku menghadiri perhimpunan dan pertemuan bagi
mengadalan persetujuan bagi membentuk
Parti Keadilan Rakyat sebagai sokongan. Aku hadir dan dari peristiwa ini aku
anggap aku mulai terlebat di dalam politik,
tetapi tidak semestinya mengikuti parti berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment