January 31, 2020

ERTI KEMENANGAN, BERMULA PERUBAHAN


ERTI KEMENANGAN: BERMULA PERUBAHAN
(Fikrah Bangi: 467),
BBB: 06  Jamadil Akhir 1441H. =31 Januari 2020M. (Juma`at).
Keputusan pilihanraya November 1999, tidak saja dimenangi oleh Pas di Kajang, tetapi turut sama dimenangi oleh 3 lagi Dun Pas, ialah di Sungai Burung yang ADUNNya ialah Dato` Dr. Hasan Ali, Ustaz Ismail Kamus di Ampang dan  Ustaz Salihin Muhyi di Sungai Besar. Cuma Kajang adalah satu-satunya DUN yang 50% Melayu dan 50% bukan  Melayu dimenangi Pas.Turut memenangi beberapa Dun oleh DAP yang diketuai oleh YB Teng Chang Khim dengan beberapa ADUN yang lain. Pada peringkat negeri Kelantan dan Terengganu dimenangi oleh Pas, manakala Pulau Pinang oleh DAP.
Dengan keputusan  pilihanraya 1999, walaupun tidak menggugat pemerintahan BN dari segi pemerintahan, tetapi berlaku perubahan yang jelas. Penulis berpendapat perubahan berlaku bermula dari 2000 (akhir 1999) bukannya dari 2018 oleh Pakatan Harapan, apa yang berlaku kini adalah lanjutan yang belum mantap dan akan berlaku lagi perubahan ke arah yang lebih mantap. Rakyat telah melakukan eksperiman dan akan mengubahsuai, mana yang dilihat tidak wajar.
Perubahan sebenarnya berlaku pada zaman akhir pemerintahan Dr. Mahathir pada penghujung bagi penggal pertama pemerintahanya. Ironinya Dr. Mahathir yang banyak membawa perubahan, maka pada penghujung penggal pertamanya berlaku `arus balik` mencanggahi zaman pemerintahannya. Dr Mahathir adalah watak utama pembawa perubahan dan kemajuan di Malaysia. Perubahan dari segi minda dan perubahan dari segi fizikal. Beliau mau perubahan yang dibawanya berjalan lancar dan tidak mau diguhat. Dengan dinamika ini kadang-kadang ia bertembung dengan watak yang dianggap selari dengan kemahuan pembawaan yang ditampilnya. Akibatnya ada yang terpaksa berundur seperti Dato` Musa Hitam dan Ghafar Baba. Pada akhir bagi penggal pemerintahannya  beliau bertembung dengan watak yang boleh mengganggu dinamika yang dibawanya dan watak ini juga tersingkir pada akhir penggal pertama pemerintahannya.
Malangnya watak tersingkir ini mendapat simpati yang tinggi dari masyarakat. Ini merupakan faktor yang pertama dan utama kepada perubahan  yang mula berlaku pada era 2000 yang membawa kepada pengundurannya pada 2003.
Faktor yang kedua pentingnya ialah yang membawa kepada bersatunya parti pembangkang kerana menentang BN pada aakhir dan awal 2000. Antara tujuan bagi membela Anwar dan Wan Azizah, menbawa kepada tersetus kreativiti politik yang membawa kepada kerjasama antara Pas, DAP dan Keadilan yang baru ditubuh 4 April 1999. Dari pakatan ini tertubuhnya Barisan Alternatif yang membawa kepada kemenangan BA di dalam pilihanraya 1999 yang mengurangkan majoriti BN di Parlimen.
Perubahan bermula di negeri Selangor, negeri yang maju dan negeri yang banyak menerima kemasukan penduduk dari negeri-negeri lain. Di sini merupakan pusat keilmuan yang ramai datang menuntut ilmu dan dengan keilmuan membawa kepada kesedaran dan mencetuskan perubahan. Di Selangor juga menjadi wadah perkembangan Islam secara intelektual dan ramai intelektual cenderung kepada Islam dan melibatkan diri sebagai agen perubahan, termasuk di dalam politik
Dapatlah dikatakan perubahan politik yang bukan BN adalah bermula di Selangor. Ia adalah bersifat multi rasial. Golongan intelektual mencanggah dengan suasana politik konservatif  (BN) yang dipegang dan diamal di Selangor. Pergolokan mula berkaku misalnya pada zaman Menteri Besar Muhammad Taib dan Abu Hassan yang benar-benar menerima tempias perubahan pada penghujung penggal pertama pemerintahan Dr. Mahathir.
Significant dari segi politik, bahawa berlaku kerjasama antara Pas dan Dap yang selama ini dianggap berseteru. Ini diperkukuhkan dengan Parti keadilan rakyat. Ini dapat dipelajari bahawa  atas kepentingan bersama parti yang dianggap bermusuh dapat berkerjasama. Sebenarnya dari segi dakwah berbaik adalah lebih bermanfaat dari bermusuh. Melalui kerjasama sebenarnya dapat dibendung elemen yang tidak disenangi di samping menggunakan sikap berbaik ini untuk berdakwah.
Kerjasama ini bukan setakat di dalam pilihanraya, tetapi juga di dalam pemerintahan berikutnya yang membawa kepada perkembangan  Varisan Alternatif kepada dimensi yang lebih luas..
Sekian.

No comments:

Post a Comment