HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 464),
BBB:
03 Jamadil Akhir 1441H. = 28
Januari 2020M. (Selasa).
Hari ini Isnin 29 November 1999 bersamaan 21
Sha`ban 1420H. adalah hari mengundi seluruh negara. Hari penentuan nasib menang
atau kalah bagi calon-calon yang bertanding.
Sebagaimana biasa setiap pagi aku ke Surau Al-Umm menunaikan
solat subuh berjama`ah dan mengikuti tazkirah. Aku dikawal berterusan oleh Unit
Amal, lebih ketat pada pagi mengundi pada pagi ini.
Pada pagi ini aku berpakaian bush jacket,
selepas makan pagi keluar bersama isteri ke Markas Al-Mawaddah – Markas yang
memainkan peranan utama bagi kegiatan pilihanraya bagi DUN Kajang, di sini
berlangsung seg ala kegiatan, pengaturan strategi dan penyusunan jadual yang
dilakukan di MTD di sini. Bangunan ini tidak jauh dari Sekolah Rendah Bandar Baru
Bangi dan tidak jauh juga dari rumahku.
Dari Markas MTD Al-Mawaddah calom dan isteri pada
pagi ini sebaik tiba waktu mengundi calon dan isteri diarak oleh petugas-petugas dan
penyokong-penyolong ke Sekolah Rendah
Bandar Baru Bangi di Jalan Dua. Calon dan isteri adalah mengundi di sini. Sudah
tentulah calon berjabat tangan dan bermesra dengan mereka yang datang mengundi.
Petugas-petugas terutama di pondok panas dan di pondok Pas yang memberi khidmat
dan maklumat mengundi kepada mereka yang datang
bertakbir dan mengangkat sepanduk dan mengebarkan bendera Pas yang
berwarna hijau itu. Manakala pihak lawan
dari BN yang menyokong calon MCA juga beratur dan mengebarkan bendera BN
yang berwarna biru itu. Suasana adalah meriah dan bersemangat. Adalah hak bagi
calon masuk dengan izin pegawai pilihanraya untuk memerhati perjalanan
mengundi, sambil melihat pekerja-pekerja
yang mewakili parti di dalam dewan mengundi.
Selepas
mengundi dan memerhati perjalanan mengundi di Sekolah Rendah Bandar Baru
Bangi, calon bergerak dengan diiringi penyong yang bertakbir keluar untuk
melawat ke semua Pusat Mengundi seluruh DUN Kajang.. Pusat mengundi pertama
selepas Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, ialah di di Batu Lapan, Jalan
Cheras, Kajang. Tempat yang ramai penguni dan mempunyai cawangan yang aktif dan
banyak kegiatan dilakukan ialah Pusat
Mengundi di Taman Mesra, iaitu di kompleks kedai PKNS yang di sini adalah Pejabat PKNS terawal
yang menguruskan pembangunan Bandar Baru Bangi. Di sini susana lebih meriah
dengan postar dab sependuk dan kegiatan
penyokong-penyokong. Dari Taman Mesra calon diiringi penyokong-penyokong
bergerak ke Taman Sikamat, yang sama
aktif markas dan MTD sebagaimana di Taman Mesra. Pusat mengundi adalah di
Sekolah Kebangsaan Taman Sikamat. Baik di Taman Mesra dan juga Taman Sikamat
adalah kawasan yang tinggi dengan pengundi Melayu dan merupakan kawasan yang
kuat menyokong Pas. Kedua kawasan ini sering dilawati calon sebelum
pilihanraya.
Cuaca
pada hari ini adalah baik, dan suasana makin panas, tetapi orang ramai bagai
berpesta berpusu-pusu tiba. Calon mengambil kesempatan bertemu mereka dan
bersalam dan mengharapkan memberi
sokongan.
Dari Taman Sikamat calon bergerak bersama
pengiring-pengiring menuju ke Cheras Utara,
kawasan yang luas dan ramai dengan pengundi.. Ia melibatkan sempadan
dengan bangunan Latihan Polis dan dan
Batu sepuluh. Kegiatan di sini diketuai Tuan Haji Ghazali Hassan. Beliau adalah
ketua dan penggerak utama Pas di Cheras Utara dan Batu sepuluh. Termasuk kawasan Cheras, ialah Taman Rakan –
kawasan Melayu dan Sungai Long – kawasan China dan Taman (Bandar) Tun Hussein Onn.
Pada waktu tengahati dan pengundi-pengundi
sedang ramai keluar mengundi, maka dari Cheras Utara Calon bergerak untuk
melawat pusat-pusat mengundi di Bandar Kajang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment