KEBANGKITAN ISLAM DAN KESAN
(Fikrah Bangi: 440),
BBB: 08 Jamadi-Awwal 1441H. = 04 Januari 2020
(Sabtu).
Bermula dari 1970 dapat dikatakan zaman
kebangkitan Islam. Kejayaan Iran mengalahkan Amerika dan menurunkan
pemerintahan Diraja (Shah Pahlawi) yang menjadi boneka Amerika, mencelikkan
umat Islam bahawa, revolusi Islam dapat mengalahkan kuasa besar seperti Ameriak
(1969). Pada masa yang sama beberapa negara Islam yang kaya dengan minyak
dilihat mampu mencabar Barat seperti Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein,
Libya di bawah pimpinan Muammar Ghaddafi dan beberapa negara Islam yang lain.
Hasil dari kemenangan dan kekuasaan umat Islam telah membangkit semangat umat
Islam.
Kalangan intelektual Muslim memperlihatkan
Islam dengan perspektif yang baru, bahawa Islam bukan sekadar agama untuk
beribadat, tetapi ia adalah `A way of laife`. Kebangkitan Islam memberi kesan kepada
pendekatan keilmuan di pengajian-pengajian tinggi mendekati keilmuan menurut
perspektif Islam. Sebagai akibatnya memberi kesan kepada gerakan-gerakan
mahasiswa di universiti-universiti di negara ini, sebagai yang berlaku di
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa universiti yang
lahir selepas kedua universiti itu seperti
ITM, UTM. Kesan dari kesedaran keislaman ini mempengaruhi gerakan
mahasiswa, seperti PKPIM, PMIUM, PMUKM. Sebagaimana telah dibincang kesedaran
keislaman ini menjiwai pergerakan seperti ABIM. Kesedaran keislaman turut
mempengaruhi politik tanahair seperti Umno yang mendukung kebangsaan dan Pas
yang mendukung keislaman.
Sebagaimana telah dibincangkan
pemimpin-pemimpin pelajar dan pemuda khususnya ABIM adalah pendukung-pendukung
Islam yang tinggi komitmennya terhadap Islam. Sebahagian besar dari mereka ini
cenderung kepada parti yang memperjuangkan Islam. Mereka antaranya ialah Fadzil
Noor yang pernah menjadi Presiden ABIM. Jadi jika Anwar sebagaimana telah
dibincangkan memilih Umno, maka Fadzil Noor memilih Pas. Antara pemimpin pemuda yang memilih Pas ialah
seperti Kamaruddin Ja`afar, Anwar Tahir, Ramli Ibrahim, Abdul Halim dan
beberapa yang lain. Sebahagian dari pelajar yang pulang dari luar negara turut
memilih Pas sebagai wadah perjuangan mereka. Antara mereka ialah Hatta Ramli,
Khalid Samad, Zulkefli Ahmad, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali, Amiruddin Hamzah dan
Rusli Che Mat.Manakala sebahagian dari pimpinan muda yang kelihatan bukan asal
dari aliran agama turut sama bersama dengan Pas seperti Mat Sabu, Salahuddin
Ayob, Mahfoz Omar dan lain-lain. Hingga kepada 1990 Pas kelihatan didukungi
oleh ahli-ahli dari berbagai aliran. Mereka dari pendukung Pas yang asli
seperti Asri Muda, Hassan Shukri, Andul Hadi Awang, Harun Taib, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haron Din,
Taib Azamuddin dan beberapa lagi.
Walaupun Pas hingga ke tahun 1990an terdiri
dari tenaga muda yang berbagai aliran, tetapi kelihatan mereka masih bersatu,
walaupun dilihat pendukung asal yang umumnya mendapat didikan dari Asia Barat
kelihatan agak konservatif dan golongan muda yang mendapat didikan luaran
kelihatan pragmatif, manakala yang mendapat didikan tempatan berada di antara
dua aliran, tetapi pada masa tidak memperlihatkan perpecahan.
Walau bagaimana pada akhir 1980an, berlaku
perpecahan pendapat antarayang dilihat cenderung kepada Umno yang dipimpin oleh
Asri Muda dengan golongan muda yang dianggap radikal. Pemilihan yang diadakan
di Dewan Bahasa dan Pustaka itu, membawa kejatuhan kepada Asri dan diganti oleh
pimpinan Muda, yang diketuai oleh Fadzil Noor. Pertentangan yang berlaku pada
masa itu antara yang mau menegakkan Islam syumul dengan pihak yang dilihat
masih terpengaruh dengan perjuangan kebangsaan yang memang wujud di dalam Pas
terutma pada peringkat perjuangan awal Pas seperti yang dipimpin oleh
Burhanuddin Hilmi, Zulkili Muhammad
membawalah kepada Asri Muda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment