KEMPEN HARI KE TUJUH
(Fikrah Bangi: 461),
BBB, 29 Jamadil-Awwal 1441H. = 25 Januari
2020M. (Sabtu).
Kempen hari ketujuh (Sabtu 27 Nobember
1999), iaitu tinggal sehari sahaja tempoh berkempen, maka kegiatan kempen
bertambah rancak.
Pada pagi berkonvoi ke Bukit Mewah, kawasan ini
adalah kawasan multirasial. Namanya Bukit Mewah, kawasan ini kawasan elit yang
tinggal di atas bukit yang dikenali dengan Bukit Mewah. Kawasan sasaran utama
ialah sekitar kawasan kedai yang menjadi tumpuan orang ramai. Bahan-bahan yang
diedarkan kepada penduduk ialah pamflit-pamflit
tentang komitmen calon jika terpilih. Masalah kebersihan antara isu yang
dibangkitkan.
Selepas berkonvoi ke Bukit Mewah Kajang,
kumpulan kembali ke Markas MTD dan pusat gerakan pilihanraya DUN Kajang, iaitu di
AL-Mawaddah bagi mendapat bahan kempen.
Sebagaimana disebut, pada musim kempen ini,
jemputan kahwin adalah penting yang memungkinkan calon bertemu dengan orang
ramai. Pada tengahari ini ada jemputan kahwin berdekatan rumah calon dan berhampiran
dengan Surau Al-Umm, lantaran itu selepas berkonvoi ke Bukit Mewah calon dan
pengiring-pengiring ke jemputan kahwin jiran terdekat calon dan bertemu dengan
orang ramai yang hadir ke jemputan kahwin berkenaan.
Selepas zohor calon diiring ke Sungai
Jelok, kawasan yang berdekatan dengan Penjara Kajang. Tiba ke Sungai Jeluk calon
menziarahi Persatuan Kelab Sen Yee –
Peratuan orang-orang Cina, di Jalan Mandeling, Kajang di sini, berbincang
dengan ahli-ahli yang terdapat di kelab itu. Permasalahan yang sering berlaku
baik di Sungai Jeluk dan Jalan Mandeling di sini, bahawa jika hujan lebat maka
sungai Jeluk akan melempahj dan menenggelamkan rumah-rumah dan kedai.kedai. Kepada
penduduk Sngai Jeluk, calon mencadangkan kelak kiranya dipilih akan dibawa
aduan kepada pihak JPS dan juga MPKj agar memperluaskan laluan sungai Jeluk.
Banjir di Sungai Jeluk juga memberi kesan berlakunya banjir di Bandar Kajang.
Perkara ini diambil serius oleh pihak calon, maka sekiranya calon dipilih
tindakan akan diambil agae sungai jelak yang melalui Bandar Kajang akan
diperluaskan. Pada hari ini juga kaum Ibu di Sungai Jeluk menjalankan kempen
dari rumah ke rumah, sedangkan calun bersama pengiring-pengiring menumpukan kempen di kedai-kedai di Sungai
Jeluk.
Selepas kempen di Sungai Jeluk valon dan
rombongan bergerak pulang ke Markas MTD di Al-Mawaddah.
Selepas itu calon bersama pengirin-pengiring
bergerak ke Surau Al-Falah di Jalan 6 Bandar Baru Bangi dan bermesra dengan jama`ah, selepas
menunaikan solat di Surau Jalan enam (kini
didirikan solat Juma`at), calon bergerak ke Surau al-Ehsan dan menjadi imam
solat Isya` di Surau Al-Ehsan di sini dan bertemu dengan penduduk setempat.
Dari berjama`ah di Surau Al-Ehsan calun dan
pengiring-pengiring bergerak di Jalan Reko, pada masa ini kedai makan rancak
dengan pengunjung-pengunjung yang keluar makan, maka calon dan pengiring –pengiring
menemui dan berkempen kepada
pengunjung-pengunjung di kedai-kedai
makan di Jalan Reko berkenaan.
Dengan kunjungan ke kedai-kedai perniagaan diJalan
Reko, kempen berakhir bagi hari ke tujuh.
Sekian.
No comments:
Post a Comment