January 5, 2020


FADZIL NOOR PEMIMPIN KREATIF
(Fikrah Bangi:  441),
BBB: 9 Jamadil Awwal 1441H. = 05 Januari 2020M. (AH
Pemimpin menonjol pada dekad 1980an ialah Ustaz Fadzi Noor.Ustaz Fadzil Noor (lahir1937), ini berkelahiran geri Kedah yang mendapat pendidikan awal di Kedah (Sekolah Melayu dan Maktab Mahmud) dan menyambung pengajian di Mesir. Pulang menjadi pendidik dan bergiat di dalam ABIM. Bersama dengan angkatan muda ABIM dan pimpinan muda Pas dan berjaya mengenepikan pimpinan Dato` Asri dan menggantikan dengan Yusof Rawa sebagai Presiden Pas. Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknogi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lkumpur.
Ustaz Fadzil Noor terkenal sebagai seorang yang petah berucap yang sering disulami di dalam ucapannya dengan unsur humor dan sindiran yang tajam. Beliau merupakan salah seorang Presiden ABIM yang terkenal yang mengambil pendekatan yang bercanggah dengan Anwar Ibarahim yang memeilih Umno sebagai wadah perjuangan politik. Sebaliknya Udtaz Fadzil Noor memilih Pas sebagai wadah perjuangan politiknya.
Fadzil Noor diberi amanah menjadi Presiden Pas tanpa bertanding pada Muktamar Pas ke 35  di Markas Pas Pusat di Taman Melewar. Kenaikan Fadzil Noor dalam suasana politik negara sedang hangat.Anwar Ibrahim yang disifatkan naik dengan mendadak sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menghadapi kemelut yang berhubung dengan moral. Beliau menghadapi  hukuman penjara dan dipukul semasa di dalam penjara sehingga lebam matanya (imej lebam mata ini dijadikan simbol perjuangan ). Pada masa yang sama Perdana Menteri Pada masa itu menghadapi kemerosotan sokongan. Ustaz Fadzil yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN negeri Kedah secara kreatif membuat pendekatan politik baru di kalangan pembangkang, iatu Pas, Dap dan penyokong Anwar di dalam penjara dengan mengusulkan pendekatan politik menerusi gagasan yang dinamakan `Angkatan Perpaduan Ummah` Pendekatan beliau ini mendapat sokongan rakyat yang tidak senang dengan pemerintah pada masa itu.
Semasa memimpin APU Pas makin mendapat sokongan dari rakyat. Misalnya pada masa kepimpinan Ustaz Fadzil Pas menguasai Negeri Kelantan (1955) dab pada pilihabnraya 1999 Pas menguasai Terengganu. Pada masa ini melalui kerjasama antara parti-parti pembangkang Pas mulai mendapat tempat di kalangan rakyat di Pantai Barat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan beberapa negeri yang lain.
Isu Anwar Ibrahim  menjadi isu nasional. Bagi membela Anwar Ibrahim Ustaz Fadzil dan parti pembangkag  yang lain bekerjasama bagi menubuhkan parti baru yang terkenal dengan Keadilan -  -   ditubuhkan pada 4 April 1999 dilancarkan penubuhan parti baru yang dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat di Hotel Rennaissance di Kuala Lumpur dengan Wan Azizah isteri Anwar dilantik sebagai Presiden PKR.
Penubuhan parti baru – PKR mengukuhkan barisan pembangkang yang bersatu di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.  Bagi menghadapi pilihanraya pada akhir 1999 Angkatan Perpaduan Ummah menggunakan jenama Barisan Alternatif.
Dalam pilihanraya akhir 1999 itu,  Barisan Alernatif berjaya memenangi, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak. Pas mulai berkembang di negeri-negeri di Pantai Barat seperti di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan beberapa negeri yang lain. Oleh kerana makin merosotnya sokongan Dr. Mahathir menyerahkan pimpinan kepada Abdullah Badawi mulai (2013).
Si atas kewibawaan pimpinan Ustaz Fadzil Noo yang jua merupakan Ketua Pembangkang di parlimen, Pas  berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke Pantai Barat Semenanjung. Dari Barisan Alternatif ini melahirkan Pakatan Rakyat. Kejayaan sedemikian adalah hasil daya kreatif Ustaz Fadzil Noor di dalam pendekatan politik Pas bersama pembangkang-pembangkang yang lain.
Sekian

No comments:

Post a Comment