KEMPEN HARI KETIGA – 23 NOVEMBER
(fikrah Bangi: 456),
BBB:
24 Jamadil Awwal 1441H. = 20
Januari 2020M. (Isnin).
Walaupun pada musim pilihanraya, jadual
pagiku tidak berubah. Pada waktu subuh ke Surau Al-Umm, surau terawal di BBB.
Di sini kami bersolat yang kadang-kadang aku sendiri menjadi imam dan ada
jadual tazkirah seperti membaca Tafsir Fi Zilal al-Qur`an Syed Qutb. Kemudian
diikuti rutin biasa keluar membeli akhbar hingga lima jenis akhbar. Jika sebelumnya membuat sidang akhbar, biasanya
diikuti oleh pemberita--pemberita akhbar Cina – Akhbar pemerintah seperti
Utusan Melayu dan Berita Harian tidak mendapat tempat, Berita keluar dalam
akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh, maka bila berita keluar
akhbar-akhbar berkenaan turut dibeli.
Pada masa aku menjadi calon pilihantaya
Kajang, aku masih terikat dengan Jabatanku dulu di UKM. Pada pagi ini aku
terikat dengan tugas yang telah dijadualkan sebelumnya, iaitu Viva pelajar
ijazah lanjutan. Bila aku berhenti dari khidmat UKM aku masih mempunyai
pelajar-pelajat Ph. D dan Master yang aku diminta meneruskan penyeliaan. Pagi
ini aku dikehendaki menjalankan viva terhadap pelajar Ijazah Sarjana –
Pelajarku Saudara Azhar Wahid, bersama pemeriksa Dr. Solehah Ishak – Ketua Jabatan
Persuratan Melayu. Masa pagiku pada hari itu digunakan untuk Viva. Kini Dr.
Azhar adalaha Pensyarah di UPSI.
Dari UKM pergi ke Markas Mawaddah dan berjumpa dengan pengunjung-pengunjung
dan penyokong rai kehadiran mereka. Mereka yang datang ini tentulah dari
kalangan penyokong kita. Antara program selepas zohor ialah temujanji dengan
Persatuan Peniaga-Peniaga dan Penjaja Cina di Pejabat mereka di Kajang. Dengan
pengiring-pengiring kam,i ke pejabat mereka. Di Pejabat Mereka berhampiran
dengan Sungai Chua, kami mengadakan dialog dan mendengar harapan mereka, agar kiranya
kami menang, peluang peniaga-peniaga dan
penjaja ini dapat dibela dan diberi perhatian. Kami mengambil ingatan terhadap
kemahuan mereka dan mengharapkan sokongan daripada mereka, sebagaimana harapan
kami terhadap pekedai-pekedai seluruh
pekedai di Pekan Kajang yang telah kami lawati sebelum penamaan calon dengan penyertaan
seorang tokoh politik oang Cina.
Selepas berdialog dengan peniaga-peniaga
dan penjaja Cina di Kajang, kami pulang ke Markas bagi meneruskan program seterusnya.
Salah satu pusat perniagaan penting yang
baru tumbuh di BBB ialah perniagaan secara Pasarraya. Pasar raya pertama wujud
di BBB ialah Pasaraya Warta yang bangunannya adalah di belakang Pejabat Daerah
, Hulu Langat di BBB. Tempat ini paling popular dan ramai dikunjungi pengunjung
bagi membeli belah. Acara kami pada petang ini ialah berkunjung dengan
pengiring-pengiring bertemu dengan orang ramai, khususnya pengundi-pengundi
pada tingkat pertama dan tingkat di atas. Kini Pasaraya Warta masih wujud, tetapi
namanya telah ditukar kepada nama Pasaraya Giant.
Selepas solat maghrib pada petang itu aku
dan rombongan ke Jalan Reko menghadiri `Ceramah Kelompok`, iaitu salah satu
cara berkempen. Seorang pemilik rumah
atau premis menjemput orang ramai, khususnya jiran-jiran ke rumah atau premis
dengan diadakan jamuan, penceramah dan calon dijemut dan memperkenalkan diri
kepada hadirin dan berkenalan dan mengharapkan sokongan daripada mereka
Selepas menghadiri ceramah kelompok itu, aku
dibawa berjumpa dengan penyokong-prnyokong dan pengundi-pengundi di Taman Tenaga, berhampiran dengan Hentian
Kajang dan selepas itu bergerak ke Taman Melor, iaitu ke markas yang di sini adalah kuat dengan penyokomg-penyokong. Setelah itu
bersama petugas-petugas di sini aku diiring pulang ke rumah jam 12.30 malam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment