January 2, 2020

KELUARNYA ANWAR TIDAK JEJASKAN ABIM


KELUARNYA ANWAR TIDAK JEJASKAN ABIM
(Fikrah Bangi: 438),
BBB:  06 Jamadil Awwal 1441H.= 02 Januari 2020M. (Khamis).
Ramai yang merasa kecewa dengan keluarnya Anwar Ibrahim dari ABIM dan masuk Umno. Anwar melihat peluang dan masa depannya cerah dengan memasuki Umno. Beliau menjangka  peluang baginya berkhidmat lebih cemerlang terbuka dengan pemimpin yang duinamik -  Dr. Mahathir. Pendukung-pendukung ABIM merasa kecewa, melihat potensi beliau memimpin gerakan Islam  terbantut dengan menyertai gerakan kebangsaan yang dilihar tidak selari dengan perjuangannya selama ini. Dia dilihat masuk ke dalam kawasan yang tidak bersesuaian baginya  dan bukan dikuasainya sebagaimana di dalam ABIM.
Tetapi perginya Anwar sebenarnya tidak menjejaskan ABIM, ibarat kata pepatah, ``Patah tumbuh  hilang berganti.`` ABIM sebenarnya diperkukuh dengan berbagai elem,en.
Selama ini ABIM diperkukuh dengan kader-kader yang setia dan ramai di antara mereka layak dikehadapankan bagi mengambil alih pimpinan ABIM. Pemimpin-pemimpin dari peringkat awal lagi ialah seperti Ghazali Nawawi, Fadzil Noor, Mohd. Nor Manuty dan  Siddiq Fadhil,. ABIM mempunyai barisan pertahanan yang kukuh dari pendukung-pendukung yang setia seperti Kamnaruddin Ja`afar, Kamaruddin Mohd. Nor, Fuas Hassan, Anwar Tahir dan bebeRAPA LAGI.
ABIM  juga mendapat dokongan dari p[impinan institusi semasa seperti Ramli Ibrahin, Presiden PMUKM,  saudara Abdul Halim juga Presiden PMUKM, Idris Jusy dan kalangan exco persatuan mahasiswa berkenaan.
Antara  kalangan yang besar memberi sokongan kepada ABIM ialah dari kalangan pelajar luar negara , baik semasa di luar negara dan pulang ke negara ini. Antara mereka berkhidmat di universiti-universiti di negara ini. Mereka seperti Hatta Ramli, Khalid Samad, Zulkefly Ahmad, Hassan Ali, dan ramai lagi.
Mereka semua adalah menyemarakkan gerakan Islam yang dapat disifatkan secara intelektual. Walau bagaimana mereka tidak berkonfrontasi dengan Anwar.
Gerakan yang mereka lakukan ialah dengan menyampaikan kuliah dan pengajaran di institusi yang mereka berkhidmat menurut perspektif Islam. Mengeluarkan pendapat mengenai isu-isu keislaman. Bahkan organisasi ABIM mempunyai  institusi pemikirannya, iaitu Institut Kajian Dasar  (IKD) yang diketuai oleh Kamaruddin Ja`afar yang banyak mengeluarkan buku-buku ilmiah dan juga banyak menganjurkan seminar-semibar. IKD juga menjalankan kerjasama dengan berbagai-bagai pihak di dalam berbagai-bagai penyelidikan.
Walau bagaimana melihat Anwar yang meletakkan dirinya di dalam kelompok Umno, walaupun kelihatan bintangnya cerah, tetapi beliau  kelihatan berada di dakanm kelompok yang asing. Beliau dilihat bukan sama dengan kumpulan sesama merak-merak yang lain.
Tahun  1980an dan 1990an dapat dikatakan tahun-tahun yang gemilang dengan perkembangan pemikiran dan keilmuan Islam, Ianya disemarakkan oleh kegiatan-kegiatan ABIM dari berbagai peringkat, termasuk kalangan muslimat ABIM, pengajian-pengajian tinggi yang umumnya berorientasikan Islam dan parti-parti politik Islam.
Namun dilihat dari segi politik Umno yang kukuh dengan pegangan kebangsaan, adalah berseteru dengan seperti Pas, sedangkan majoriti intelektual muslim berpihak kepada  Islam, jika pun tidak kepada PAS. Bayangkan betapa kekoknya berada di dalam situasi Anwar antara menjaga  pendapat bersesuaian dengan Umno bila bercakap tentang Islam.
Sekian.

No comments:

Post a Comment