DITEMANI KAWAN-KAWAN SETIA
(Fikrah Bangi: 446),
BBB: 14 Jamadil Awwal 1441H. = 10 Januari
2020M. (Juma`at).
Sejak aku dilantik menjadi ketua Cawangan
Pas bagi kawasan 1/3 Bandar Baru Bangi, tiba-tiba aku kena bergerak, bukan saja
di dalam cawangan, bahkan lebih dari BBB, hingga peringkat Hulu Langat, negeri,
bahkan hingga peingkat Pusat di Taman Melewar, di Gombak.
Pergerakan aku tidak keseorangan bahkan
dari awal terus diiringi oleh kawan-kawan setia. Bahkan merekalah yang memberi
semangat dan setia mengiringiku.
Antara pengiring-pengiring setia peringkat
awal ialah mereka yang mengangkat aku menjadi Ketua Cawangan. Antara pengiring
awal bagi pergerakanku ialah Ustaz Ya`cob Mohd. Nor yang juga dilantik menjadi
timbalan Ketua Cawangan. Bersama Ustas Ya`kob yang sering mengiringku ke
ceramah dan pertemuan di cawangan-cawabngan. Bahkan hingga peringkat negeri dan
Pusat seperti di Taman Melewar, ialah saudara Sulaiman Sajillan. Tuan Haji
Ya`cob tinggal paling dekat dengan
rumahku, Beliau adalah Pegawai Tadbir di UKM. manakala saudara Sulaiman Sajillan
tinggal berselang jalan yang termasuk di dalam kelompok rumah
di dalam kawasan 1/3 BBB. Saudara Sulaiman Sajilanm adalah tenaga akademik di
UPM. Oleh kerana dekat dengan rumahku maka kami mudah keluar bersama.
Bila pegerakan kami semakin meluas kawasan,
pengiring bertambah. Antara pengiring yang baru ialah saudara Azemi Ahmad.
Beliau adalah pegawai Perpustkaan UKM. Pada peringkat awal beliau tinggal di
Taman Mewah, Bukiut Kajang. Beliau bergiat di surau di taman berkenaan yang
kami sering berkunjung di surau di situ yang dikenali dengan Surau al-Hidayah.
Kami sering ke sana, bahkan pernah mengajar di surau ini dan mempunyai hubungan
dengan para jama`ah di surau di sini. Saudara Azemi juga adalah seorang pengamal
perubatan dan pembimbing di Dar al-Shifa` di BBB. Ketiga pengiring bergilir,
bahkan bersama bergerak hingga ke kawasan Hulu Langat, peringkat negeri dan ke
Taman Melewar.
Dua orang lagi yang kemudian turut menjadi
pengiring, ialah dua orang yang mempunyai hubungan ipar, antara keduanya, iaitu
saudara Ahmad Sulaiman dan saudara Shukur Atan Saudara Ahmad Sulaiman ialah pekerja
di UKM, demikian juga dengan saudara Shukur Atan. Beliau – saudara Shukor
seorang yang hebat berpidato, sedangkan saudara Ahmad lebih pendiam dan dengan setia mengiringku,
Seorang lagi pengiring yang datang lebih
kemudian, tetapi lebih kekal kemudiannya, ialah saudara Azizi Adnan. Beliau
berasal dari Ampang dan apabila bandar
Kajang Utama dibuka sekitar 1995 beliau membeli rumah di Kajang Utama.
Perkenalan dengan saudara Azizi berlaku apabila
pihak Pas membuka pejabat di sini yang dikenali dengan Global Ecopass.
Sebuah syarikat dari kalangan pemodal-pemodal yang membelikedai di sini secara
saham, kemudian mereka dengan sukarela menjadikan bangunan itu sebagai pejabat
Pas. Aku sering dibawa dan datang ke pejabat di sini bersolat dan mengajar dan
menyertai kegiatan yang diadakan oleh Pas di sini. Oleh kerana ada pejabat Pas ini saudara Azii pernah datang
menyertai kegiatan di sini. Seawal Ogos 1999 aku mengenali saudara Azizi,
tetapi tidaklah segera rapat dan kemudian menjadi penmgiring setia dan rapat
hingga ke hari ini.
Kami sering bergerak dengan menggunakan
kenderaanku, iaitu sebuah kereta vo;vo yang berusia pada masa itu lebih sepuluh
tahun yang aku beli di pasar jualan kereta hujung minggu di Petaling Jaya berharga
RM30,000 yang dijual pemiliknya Cikgu Zakaria Hitam. Volvo ini digunakan untuk bergerak dari tahun
1997 hingga 2015.
Dengan kawan-kawan setia ini kami
bergerak dengan penuh semangat
menyebarkan pengaruh Pas di Bangi, Kajang dan Hulu Langat.
Sekian.
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
ReplyDeletesenang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL