HARI KEDUA BERKEMPEN
(Fikrah Bangi: 454),
BBB:
22 Jamadil Awwal 1441H. = 18 Januari 2020-M. (Sabtu).
Hari kedua berkempen ialah pada hari Isnin
22 November 1999 bersamaan 14 Sya`ban 1420. Kempen biasanya berlaku pada
sebelah petang ke malam, selepas penduduk pulang dari kerja. manakala sebelah pagi lebih banyak membuat persediaan
di UPU atau di cawangan untuk berkempen
pada sebelah petang ke malam. Aku pada setiap pagi sebagaimana biasa ke
Surau Al-Umm berdekatan derngan rumah bersolat subuh dan mengikuti tazkirah dan berikutnya membeli
akhbar-akhbar harian., Selepas itu ke UPU dan bilik gerakan di Al-Mawaddah,
mendapat taklimat dan persediaan pada sebelah petang.
Namun sebelum tengahari, aku ditemani Imam
Kamaruddin dan beberapa lagi ke Kampus UKM, tempat biasa bagiku berkempen dan
bertemu pegawai-pegawai dan pekerja di
Pusanika, tempat perhimpunan mahasiswa dan juga tempat membeli belah dan
makan-makan. Selepas itu ke Pejabat di JPM dan FSKK, tempat kerjaku selama ini
. Turut menziarah ke beberapa jabatan dan fakulti yang lain. Kebanyakan pegawai
dan tenaga pengajar di UKM ini ialah mereka yang biasa dan kenalan. Ziarah
adalah sebagai mengukuhkan hubungan dan mengharapka sokongan daripada mereka.
Pada sebelah petang, sesudah solat `Asar
kami dan pengiring-pengiring bergerak ke
Pasar Petang juga malam di Jalan Reko. Pasar di sini di tepi deretam kedai ke kawasan
perumahan. Pasat di sini sederhana besarnya. Pendudsuknya adalah multirasial
yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Kebanyakan mereka mesra dengan
kami dan banyak memberi sokongan. Kami menghabiskan masa sepetang di sini
berinteraksi dengan penduduk yang keluar membeli di Pasar Petang dan malam di
Jalan Reko ini. Pada petang ini juga kami menziarah, mangsa kebakaran di
perumahan jalan reko berkenaan dan melahirkan simpati dan berjanji untuk
membawa masalah mereka ke pihak berkenaan.
Selepas pulang mandi dan rehat sekejap, aku
ke Markas Gerakan di Al-Mawaddah. Di Seksyen Dua Bandar Baru Bangi itu kami dan
pengiring bergerak ke Kajang. Kami solat maghrib di surau di Kampung Muhibbah, Kajang dan berinteraksi
dengan para jama`ah di situ dan dari situ bererak bersama pengiring ke Saujana
Impian, solat isyak bersama jama`ah dan baca Yasin bersama mereka mohon hidayah
dan pertolongan dari Allah. Kemudian
berkejar ke Jalan 6 Bandar Baru Bangi bersama pekerja-pekerja yang membantu
kempen bertempat di Marhas di situ.
Daripada Jalan 6 Bandar Baru Bangi ke Bukit
Mewah, Kajang menyampaikan ceramah di situ bertempat di Dewan Serbaguna di siti. Kawasan ini adalah kawasan
multerasiall, kemudian dengan pengiring-pengiring berkejar ke UPU Cheras dan
berceramah di sini. Kawasan ini mempunyai penyokong-penyokong yang kuat yang
diketuai oleh Tuan Haji Ghazali yang
merupakan pemimpin setempat dan ketua cawangan Pas di sini. Di sini
terdapatPejabat Pas yang kuat dan juga mempunyai UPU. Kawasan berdekatan dengan
Masjid Kuning ini tidaklah begitu mesra
dengan kami. Tapi dikawasan di sini
terdapat sebuah pengajian Pondok. Antara yang tidak sealiran dengan pemimpin
masjid, lebih ramai yang datang berjamaah di surau di Ponduk di sini.
Kami lebih mesra dengan jama`ah di pondok
iini dan sebelum ini pernah ke sini berjamaah, bahkan berucap di sni
Opleh
kerana tempat ini lebih biasa dan mesra kami agak berlamaan bersama program di
sini. Dari Cheras Batu 10, kqmi bertolak
pulang ke Bandar Baru Bangi dan singgah di Taman Seri Inran, Pemimpin di Sri
Intan di sini tidak begitu mesra dengan Pas, tapi kita cuba mendekati mereka melalui pimpinan taman berdekatan dengannya,
iaitu Taman Melur, iaitu Tuan Haji Abdul
Aziz adalah penyokong kuat kita.
Dari Taman Seri Intan, kami bertolak pulang
ke rumah dan tiba jam 2.00 pagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment