CERAMAH KAEDAH POPULAE
(Fikrah Bangi : 445),
BBB: 13 Jamadil Awwal 1441H. = 09 Januari 2020M. (Khamis).
Semakin dekat pilihanraya, maka semakin hangat
diperkatakan terutama mengenai isu Anwar dan simpati terhadap Wan Azizah.
Ceramah adalah mekanisme popular yang digunakan oleh parti-parti pembangkang.
Parti Pas paling banyak mempunyai tokoh-tokoh penceramah yang menarik minat
pendengar. Forum Perdana TV Satu yang memulakan program yeng bermula sejak 1990an dengan panel i Dr. Hasan Al pegawai yadbir , Dr.. Haron Din tokoh akademik dari UKM dan
Ustaz Ismail Kamus, pegawai kerajaan.. Selepas sekian lama Forum Perdana
mendapat sambutan, ternyata ketiga-tiga tokoh ini berpihak kepada parti
pembangkang – Pas. Walaupun peranan mereka disekat dari media letronik, mereka
terus popular di tengah masyarakat.
Ceramah yang diadakan mereka, baik secara bersama atau berseorangan
terus mendapat sambutan. Forum Perdana TV Satu itu terus popular hingga
sekarang.
Selaun dari mempunyai tokoh berceramah di atas, Pas mempunyai penceramah-penceramah popular yang
lain. Mereka seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob,, Nasruddin Mat
Isa, Salahuddin Nasir, dan ramai lagi. Mereka berceramah di pentas-pentas Parti
Alternatif yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak
dan dijemput ke seluruh negara. Paling kerap mereka dijemput ke Selangor.
Antara mereka tidak ada yang tidak datang ke Hulu Langat, bahkan antara mereka
berulang kali dijemput ke lokasi berlainan.
Selain dari apa yang disebut dalam artikal
lepas, tentang jemputan terhadap mereka di Hulu Langat, maka pada bulan Ogos 1999, iaitu beberapa
bulan sebelum pilihanraya yang mesti diadakan selepas temoh penggal lima tahun.
Misalnya pada 8 Ogos 1999, pertemuan muslimat
Hulu Langat Pas diadakan di Markas Pas di Semenyih yang dihadiri begitu ramai
muslimat yang menjadi tenaga kempen di Hulu Langayt. Ceramah diadakan dan
disampaikan oleh ADUN Pulau Condong ,
Kelantan. Beliau merupakan pakar stretegi parti. Walaupun perhimpuan diatur
oleh Muslimat Pas Semenyih, ianya dihadiri oleh ahli-ahli muslimin dari Hulu Langat., Tiga hari berikutnya ceramah
diadakan di rumah persendirian yang disampaikan oleh Dr. Haron Din bersama
Ustaz Salahuddin Nasir..
Pada 14.8.1999 ceramah diadakan di Restoran
Ayu, Batu sepuluh yang ceramah disampaikan oleh Dr. Hamirdin Isnin selaku Setia
Pas Hulu Langat dan beberapa penceramah yang lain. manakala pada 15 Ogos ceramah diadakan di Sungai Tekaii yang disampaikan oleh pimpinan Pas Hulu Langat.
Manakala padsa 29 Ogos dirasmikan
sekolah Pasti Bandar Rinching dan
berceramah.
Demikian antara program ceramah yang disusun
bagi bu[an Ogos 1999. Ia merupakan program yang melibatkan sati inividu, jika
dilihat secara luas, maka kempen pilihanraya 1999 begitu hebat. Ini belum
dilalui secara kumpulan melalui Pakatan Rakyat ada masa itu.
Pada masa itu fokus ialah bagi mmenjatuhkan BN
yang dianggap tidak adil, terutama terhadsap Anwar Ibrahim dan Wan Azixah. Pada
masa itu tidak timbul kerjasama terutama dengan DAP. Mereka sebenarnya dapat
dijinakkan melalui kerjasama dan hubungan yang baik. Pendekatan sedemikian
adalah lebih baik dari berkonfrontasi yang menjauhkan mereka dari Islam
Sekian.
No comments:
Post a Comment