December 18, 2019

TINDAKAN YANG AMAT TIDAK DEMOKRATIK


 TINDAKAN YANG AMAT TIDAK DEMOKRATIK
(Fikrah Bangi: 426),
BBB: 21 R. Akhir 1441H. = 18 Disember 2019M. (Rabu).
Dilihat kepada kegiatan politik keislaman, maka negeri Terengganu adalah terawal selepas negeri Perak dari segi menubuhkan Pas di negeri itu. Seawal 1956 - sebelum merdeka Pas telah ditubuhkan di negeri itu. Iaitu dengan adanya pimpinan pondok di Dungun. Tuan Guru  Haji Zainal Abidin yang memimpin Madrasah al-Zainiyyah adalah penggerak kepada penubuhan Pas bermula di Dungun pada 20 atau 24 Jun 1956 (Wan Abbas bin Wan Abdullah). Bermula dari sini Pas berkembang ke seluruh negeri  Terengganu.
Pada tahun 1959 Pas yang mula memenangi satu kerusi di Perak pada pilihanraya pertama (1956), tiba-tiba memenangi dan menguasai Negeri Terengganu pada pilihanraya (1559). Di luar dugaan, Pas yang tidak bersedia dengan barisan pemerintahan agak gawat pada peringkat permulaan bagi memilih Menteriu Besar Terengganu dari kerajaan Pas. Pertikaian timbul, kerana kehendak negeri Menteri Besar hendaklah dari anak negeri Terengganu, sedang pimpinan parti pada masa itu ialah Ustaz  Ahmad Azam berasal dari Perak. Selepas membuat pilihan, maka seorang Adun dari Besut, iaitu Daud Samad dipilih menjadi Menteri Besar, sedangkan Ahmad Azam diberi kedudukan sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Teranggnu. Umno di bawah pimpinan Ibrahim Fikri, beserta dengan  Adun dari parti Negara menjadi pembangkang.
Selepas setahun memerintah terjadi satu peristiwa yang amat tidak demokratik, Umno dianggap main politik kotor dengan melarikan dan menyembunyikan dua Adun Pas, iaitu Haji Abdul Kadir (Padang Midin) dan Haji Said (Serada). Dengan melarikan dua Adun  ini, maka majoriti berkurang .  Kekecohan besar ini berlaku dengan undi tidak percaya yang membawa kepada tumbangnya Kerajaan Pas selepas memerintah selama setahun. Kita tidak tahu mengapa pihak Pas tidak membawa perkara ini kepada Mahkamah. Perkara ini juga belaku di Perak sekitar tahun 2008, juga dipersoalkan mengapa perkara ini tidak dibawa ke mahkamah.
Sejak 1960 kerajaan Terengganu di bawah pimpinan BN yang menteri Besanya ialah Ibahim Fikri. Pada masa itu aku sedang belajar di dalam kelas Thanawi di Madrasah Thanawiyah, Sultan Zainal Abdin, Kuala Terengganu. Selepas itu Terengganu diperintah oleh BN hingga tertubuhnya Kerajaan MAGERAN di bawah Tun Razak. Terengganu pernah kembali diperintah di bawah Menteri Besar Mahmud Sulaiman.
Walaupun Pas jauh lebih awal  memerintah negeri Terengganu, kelihatan pimpinan yang memerintah tidak berwibawa dan tidak mempunyai asas pendidikan dan politik yang tinggi, maka kerajaan yang diperintah Pas tidak mantap. Berbanding dengan Pas di Kelantan, walaupun Pas lebih lewat berkembang di negeri itu, tetapi pimpinan yang memimpin negeri itu terdiri dari mereka yang mantap. Ianya bermula dengan Kelantan dipimpinan Menteri Besar  Ishak Lutfi, diikuti Dato` Asri Muda, membawalah kepada Dato` Nik Aziz, walaupun ada kemelut politik akibat dari pertikaian antara Pas dan Berjasa membawa kepada kenaikan Mohd. Nasir dan Berjasa dan Umno di bawah Muhammad Ya`kob, tetapi Pas kembali mantap  dan kuat terutama saemasa Dato` Nik Aziz memerintah, Ianya semakin mantap sehingga kepada pemerintah kini dari Pas  Datok Mohd. Ya`kob, sedangkan rakyat Terengganu dilihat sering berubah dan bertukar selera. Kemantapan dilihat berlaku di bawah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kini  dibah Dr. Ahmad Shamsuri.
Namun adalah dijangka kedua negeri akan lebih mantap di bawah Pas pada pilihanraya akan dsatang dengan pertambahan pengaruh di negeri-negeri yang lain pada masa akan datang.
 Pas memerlukan tenaga intelektual selain dari ulama`  bagi memantapkan politik dan pemerintahan pada masa akan datang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment