December 2, 2019

PANDANGAN WUJUD YANG BENAR


PANDANGAN WUJUD YANG BENAR
(Fikrah Bangi: 411),
BBB: 05 R.Akhir 1441H. = 02 Disember 2019M. (Isnin).
Bagi menjaga ketepatan pembicaraan sama ada dari permulaan membawalah kepada  pengakhiran, maka pandangan wujud yang benar dan tepat hendaklah dipastikan kebenarannya agar ianya tidak bercanggah dari segfi pendirian atau kontradik dari segi pemikiran yang membawa kepada keraguan dan kecelaruan dari segi penghasilan.
Pandangan  wujud adalah penting, misalnya, jika pandangan wujud bersifat ilusi, dengan pandangan bahawa alam ini adalah sesuatu yang ilusi dan tidak wujud, maka yang wujud hanyalah Yang Esa, maka pandangan ini  merosakkan kaedah pendekatan dan pembicaraan.
Pandangajn wujud yang menjadi pegangan, bahawa  kewujudan adalah dua, (ithnainiyatul wujud), iaitu wujud yang hakiki, iaitu wujud Pencipta  yang Mencipta wujud ini dan wujud yang kena cipta. Pencipta adalah bersifat dengan  `Segala Kesempurnaan dan yang kena cipta adalah manifestasi kewujudan Pencipta Yang Sempurna. Kesempurnaan Yang Mencipta adalah ideal bagi yang kena cipta dan selalu terarah mendekati, mencontohi dan  menjadi kualiti yang harus diikuti dan diteladani agar apa yang dihasil mendekati kesempurnaan, walaupun pada hakikatnya tidak mungkin kesempurnaan yang tepat tidak mungkin dicapai oleh makhluk. Pandangan  yang bersifat ithnayniyatul wujud ini adalah bertepatan dengan pangangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah dari segi falsafah kewujudan.
Takmilah  pandangan wujud sebenarnya perjalanan yang panjang bagi yang menapak dan memulai perjalanan menuju Takmilah dari segi kewujudan yang sebenarnya biar betapa lama dan jauh perjalanan yang dijejaki dan dilalui, maka ianya tidak akan sempurna. Takmilah dari segi pandangan wujud bermula dari kekosongan yang terhimpun dari berbagai kelemahan. Misalnya kelemahan dari segi keilmuan. Bayangkan bahawa kewujudan adalah pancaran Pencipta Yang Maha Tahu dengan segala rahsia ciptaanNya, Bayangkan rahsia ciptaannya ada yang bersifat nyata yang dapat dihayati dengan panca indera yang amat terhad dari segi dapatan. Kewujudan yang bersifat fizikal yang terdiri dari seluruh alam ciptaan yang tidak diketahui jumlah kewujudan dan rahsia kandungan, Kewujudan selain yang bersifat syahadah, maka  di sana kewujudan yang bersifat konsepsi yang didekati secara keilmuan dan kewujudan yang paling agung dan mistri, ialah kewujudan yang bersifat ghaib yang tidak diketahui hamba melainkan Allah. Terlalu luas kewujudan yang seharusnya diterokai oleh manusia yang dapat dinisbahkan kepada ilmuan, seniman , sasterawan, kerohanian dan sebagainya. Inilah ruanglingkup yang dapat dibicarakan dengan minda yang cetek dan amat terhad yang dapat dimengerti dan dihayati. Maka hasil-hasil yang ditemui adalah pencarian-pencarian dan penemuan-penemuan yang tidak sempurna. Maka manusia di dalam menuju takmilah sebenarnya mereka yang dahaga di dalam perjalanan dan yang dicari sempurna adalah ketidaksempurnaan. Jika dikatakan ianya adalah penemuan, maka ianya adalah sempurna di dalam ketidak sempurnaan.
Di dalam hal ini sebagaimana dikatakan pada peringkat permulaan bahawa pandangan wujud yang sempurna adalah penting. Jika asas perjalanan di dalam  pandangan wujud sempurna ini sudah  dapat dipastikan, maka, kerana ia bertolak dari asas pendangan wujud sempurna, maka ianya bagai bertolak pada lebuhraya kebenaran, maka ke mana saja pergerakan, maka ianya tidak lari dari hadap atau arah yang dituju.
Pada hakikatnya, semua yang  bergerak di dalam menuju Takmilah adalah pengkelana yang rindu yang dalam kerinduan dan penuh mesra mereka adalah rela dan mesra bergelomang dengan  apa yang dialami dan dicari, di kreatif dan diinovasi.Yang dituju manusia adalah mencari sempurna yang tidak sempurna, mencari keluhuran yang tidak sempurna dari segi keluhuran dan mencari keindahan di dalam ketidakindahan. Ianya adalah dinamika yang menggerakkan manusia kepada apa yang diistilah kemajuan – amat terhad sifatnya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment