December 7, 2019

PERLUNYA SENTUHAN FIKRAH MENJANA WAWASAN BESAR


PERLUNYA SENTUHAN FIKRAH MENJANA WAWASAN BESAR
(Fikrah Bangi: 416),
BBB:10 R. Akhir 1441H. = 07 Disember 2019M. (Sabtu).
Adalah dikatakan bahawa kemiskinan yang sebenar ialah kemiskinan idea – yang bermaksud ilmu. Jika ada ilmu bagi seseorang yang dapat menggerakkan mindanya, maka berlaku dinamika yang menggerakkannya ke arah kemajuan dan mencapai kejayaan.
Tanpa ilmu segala-galanya tertutup dari cahaya penglihatan dan seorang atau kelompok akan terus berada di dalam kebiasaan yang tidak menggerakkan mereka kemana. Petani tradisional akan terus berada di dalam kepompong dan kaedah lamanya, tiadanya pembaharuan di dalam menghasilkan tanaman.
Sebaliknya sebuah idea yang bernas, sudah tentulah dijana melalui ilmu, maka dia dapat merubahkan keadaan dan suasana kelilingan. Dengan adanya idea yang menghasilkan jentera, maka kaedah pertanian bertular kepada kerja yang lebih maju dan menghasilkan pendapatan yang berganda.
Sebenarnya kehidupan perlu kepada fikrah bernas yang dapat menghasilkan revolusi kemajuan. Perang Dunia Kedua dapat ditamatkan melalui rekaan bom hidnogen yang digugurkan ke atas Kota Nagasaki dan Hiroshima. Dengan wujudnya sentuhan genius yang dapat merekakan kapalterbang, maka berlaku revolusi perhubungan. Untuk pergi haji, tidak perlu lagi menggunakan kapal laut seperti sebelum tahun 1970an. Revolusi pengangkutan membolehkan manusia makan pagi di Kuala Lumpur dan makan malam di London. Revolusi digital menjadi bsegalanya terbuka dan segera.
Kemiskinan fikrah membuatkan orang Melayu mundur dan apabila mereka didedahkan dengan keilmuan, maka sebahagian daripada masyarakat Melayu dapat diubah dan maju di dalam kehidupan.
Perubahan di dalam masyarakat memerlukan kepada sentuhan fikrah yang dapat mengubahkan mereka. Di dalam bidang keilmuan juga memerlukan fikrah yang dapat merubahkan. Politik Melayu cukup selesa dari zaman kemerdekaan hingga 2018 apabila mereka lalai dan diajar dengan keklalahan. Kini mereka struggle untuk survival dan mencari sentuhan fikrah yang dapat menyelamatkan mereka yang mutakhir mereka menemui formula Maufakat Nasional yang kini mendepani ujian. Sebahagian daripada mereka bergantung kepada konsep Keadilan yang sebelum ini mencapai kejayaan, tetapi kini menghadapi goncangan dan hilang kepercayaan selepas parti memperlihatkan siri perbalahan yang tidak kesudahan. Meskipun merekla mendakwa dengan konsep Keadilan  RAKYAT AKAN TERUS MEMBERI KEPERCAYAAN, TETAPI YANG NYATA RAKYAT MAKIN MERASA MUAK DENGAN KEADILAN YANG TERUS BERCAKARAN. Keyakinan juga terus menurun terhadap Bersatu dan Amanah yang dilihat tidak rapat dengan jiwa Melayu.
Apakah formula politik bagi masayarakat Melayu dan umat Islam. Rakyat melihat dan menunggu apakah solusi politik yang mau dibawa oleh semua pihak. Apa jua yang dibawa rakyat akan membuat penilaian dan membuat keputusan
Tetapi , pokoknya tidak mudah mencari sentuhan fikrah yang rakyat berpuuashati dan sanggup bekerja kerananya.
Sebuah fikrah yang  bermutu dapat diolah secara kreatif dan inovatif yang mencirikan masyarakat dengannya. Mereka sanggup mendukung dan bekerja bersamanya.
Ini adalah cabaran yang dihadapi negara dari segi politik, ekonomi dan kemasyarakatan kerana , walaupun sudah maju dari segi ilmu, tetapi tidak mampu menyentuh fikrah bermutu yang mampu menjana wawasan, keyakinan dan perubahan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment