HAKIKAT
(Fikrah Bangi: 413),
BBB:
07 R.Akhir 1441H. = 04 Disember
2019M. (Rabu).
Kita bercakap adalah perkara hakikat, iaitu
perkara yang benar. Sesungguhnya Kewujudan adalah perkara yang benar. Kalau
tidak benar, maka tidaklah wujud kebenaran. Percakapan tentang kebenaran adalah
percakapan tentang akidah. Bahawa kewujudan adalah dari Yang Benar yang di
dalam akidah adalah Tuhan – Allah. Dia adalah
bersifat Kamal yang dengan kekamalanNYa, tercermin pada segala ciptaanNya.
Sempurna, Benar dan Indah.
Segala kewujudan adalah dari Yang Maha Berkendak, Berkuasa dan Berilmu.
Segala kewujudan tidak terpisah deari maklumatnya, kerana ia adalah hasil dari
kemahuan, keilmuan dan KekuasaanNya. Dia Mengetahui secara qidam segala berwujud secara tanjizi qadim dan
mengetahui sejak azali termanifestasi sesuatu secara tanjizi hadith.
Allah mengetahui tentang ciptaan alam sejak
qadim dan azali. Ciptaannya adalah sempurna. Dia mengetahui sekecil maklumat
tentang bakal terbinanya Masjid Al-Umm, sedang manusia, dalam jahil, proses sejarah adalah masih di
luar jangka mereka. Dia mengatur segala dengan Sempuna , Baik dan Indah
sebagaimana diatur belum manusia terjamgka sejarah bakal melakarkannya, sebagaimana sebuah
Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiya Allah `anhu daripada Nabi Salla
Allah `alayhi wa salamm Baginda bersabda bermaksud:
``Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan,
maka dia didoronmg ke arah ketepatan
dengannya. Riwayat Bukhari.
Masjid Al-Umm sebuah entiti dalam keselutruhan ciptaanNya
sejak azali Dia bergerak ke arah realiti secara tanjizi hadith menurut
ketentaun Pencipta sebagaimana Kehendak, Iradat dan IlmuNya.
Ilmu makhluk amat terhad dan terbatas,
diketahuinya dari sebab musabbab, bahkan di luar jangkaan. Dia terserlah bagi
hamba yang terhad maklumat adalah dari perjalanan sejarah yang diatur dengan
indah oleh Allah.
Maklumat d tentang UKM dan Masjid Al-Umm,
hanya mulai tersingkap hasil dari perjuangan Memartabatkan Maruah Melayu yang
menjelang kemerdekaan, maukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan. Ianya
bermula dari Penyata Razak (1956) yang menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan.
Kemelut perjuanmgan dilalui yang antaranya berlaku penangguhan yang menyemarakkan
perjuangan. Sehingga 1970 tiada saiapa yang mengetahui, walaupun UKM mulai
didirikan (18.5.1970) tentang Bangi dan Masjid Al-Umm. Tetapi Tuhan mengatur
perjalanan sejarah secara indah sejak azali.
Segalanya bergerak sebagaimana di dalam titik Hakikat.
Segalanya terdorong kepada kebenaran
sebagaimana diketahui, diingini dan qudratNya segala bergerak menurut yang
diaturkan. Hakikatnya segala yang berlaku menurut perancangan kebenaran. Kita
hamba sebenarnya melalui perjalanan sejarah adalah berusaha mengarah kepada
Kamal, Sebenar dan awbagaimana tergaris secara hakikat..
Penyerlahan tentang Bangi – termasuk UKM
dan Tapak bagi Masjid Al-Umm secara tanjizi hadith, apabila keputusan dibuat
oleh kalangan pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan, Universiti Kebangsaan, Bandar
Baru Bagi dan Tapak bagi Masjid Al-Umm, apabila jawatankuasa memilih Bangi
sebagai tapak bagi UKM dan Bandar Baru Bangi sebagai pemangkin bagi kemajuan
UKM,
Namun status bagi Masjid Al-Umm yang jelas di dalam maklumat Ilahi sejak
azali, masih lagi kabur. Tetapi sebagaimana diketahui Ilahi sejak azali – dan diluar
jangkaan para penghuni (UKM dan Bandar Baru Bangi) masih dalam
ketidakketentuan, walaupun dari segi hakikatnya jelas di sisi Tuhan sejak Tanjizi
qadim bakal termanifestasi secara tanjizi hadith.
Sekian.
No comments:
Post a Comment