March 31, 2020
KETIKA COVID-19 MENINGKAT KAMI MUNAJAT DAN BERDO`A
KETIKA COVID-19 MENINGKAT KAMI MUNAJAT DAN
BERDO`A
Mendekati
tempoh pengasingan
Dan mengawal kedekatan jarak satu meter
Dari 18 hingga 31 Mac – dua minggu
Tapi covid-19 makin meningkat
Statistik menunjukkan keadaan
Sedunia lebih 700,000 kes mangsa terlibat
Itali mengatasi China dengan kes 97,689
Dengan kematian 10,779
Sedang China kes 33,591
Dengan kematian 3,182
Amerika meningkat dengan kes 136,880
Sedang kematian di Spanyol 6,660.
Sedang di negara kita
Statistik mutakhir kes 2,626
Dengan kematian 37 orang
Sekadar 1.4%, yang pulih 479
Demikian maklumat Kementerian Kesihatan.
Kini dikenalpasti beberapa kawasan merah
Simpang Renggam, Lembah Pantai,
Sungai Lui, Hulu Langat dan Sungai Ramal
Pihak Kementerian Kesihatan, Polis
Angkatan Tentera, beberapa agensi dan
sukarelawan
Mengenyah kuman mempastikan kebersihan.
Sedang malam tadi,
Jabatan Mufti Selangor
Ambil inisiatif dari segi rohani
Menganjurkan Munajat dan Do`a
Serentak seluruh negeri selepas `Isya`
Ia adalah rintihan hamba terhadap Yang Maha Esa
Mohon diangkat wabak sedang melanda
Ia adalah akibat dosa dan ketelanjuran
manusia
Tiada Yang Berkuasa melainkan Engkau Ya
Allah
Pulihkan segera, kembalikan sejahtera
Engkaulah Yang Berkuasa
Qabulkan permohonan hamba
Amin ya Rabbal `Alamin.
(Fikrah Bangi: 522),
BBB:
06 Sya`ban 1441H. = 31 Mac 2020M. (Selasa).
March 30, 2020
SERANGAN BERFOKUS
SERANGAN BERFOKUS
Virus Covic-19 musuh dunia
Mereka bertempat di seluruh negara
Menguasai China, Itali, Iran, Spanyol.
Perancis, Amerika dan berbagai negara.
Di negara kita ketika
Meningkatnya kematian kepada 34 orang
Dan masih dalam kawalan
Strategi disusun menyerang
Secara combat dan gerilya
Ke tempat-tempat dikenalpasti
Seperti di Sri Petaling pusat wabak
Kemudian ke Simpang Renggam dibasmi.
Kini selepas melangkaui generasi ke lima
Peralatan baru ditambah
Dengan katil rawatan diganda
Termasuk di kawasan Expo Pertanian UPM
Kementerian Kesihatan, Polis dan Tentera,
Sukarelawan sama berganding tenaga
Fokus di kawasan wabak nyata
Menyah kuman dengan pembersihan
Seperti di Jalan Othman Petaling Jaya,
Sungai Ramal, Bangi
Sungai Lui, Hulu Langat
Gotong royong pembersihan
Bakal dilanjut ke tempat lain
Semoga kesan darinya
Bersama tempat-tempat berfokus lain
Menyerlahkan kejayaan
Esok Batu Sempada menyerlahkan kejayaan
Sebelum lanjutan diteruskan
Ke tengah April dan diharap
Tiada anjakan lagi isyarat kekalahan
Tetapi adalah kejayaan meyakinkan.
(Fikrah Bangi: 521),
BBB:
05 Sya`ban 1441H. = 30 Mac 2020M. (Isnin).
March 29, 2020
PERANG ! TERHADAP MUSUH YANG NYATA TETAPI TIDAK NYATA
PERANG ! TERHADAP MUSUH YANG NYATA TETAPI
TIDAK NYATA
Bernama Coronavirus – Covid 19
Mula muncul di Wuhan China akhir 2019
Merebak pantas ke Iran, Itali, Spanyol,
Korea, Jepun, German Amerika
Kini ke sejumlah 177
negara
Termasuk negara kita Malaysia
Pendek seluruh dunia terancam
Dengan kematian berganda berterusan.
Covid-19
Bukan seperti virus pernah dikenali
Seperti ebola, sars, nipah, malaria
Tetapi covid-19 tiada simpton
Pertanda awal untuk berjaga
Ianya berpindah dari pesakit
Tanpa disedari dan mengalami
Cuma tabiatnya dikenali
Dengan hayatnya tidak melebihi 14 hari
Dan berpindah dalam jarak satu meter
Melalui sentuhan dan pernafasan
Lebih cepat melalui kumpulan-pergaulan
Dan berpindah secara berangkaian
Kini masih belum ditemui
Penawar mengatasi
Kaedah digunakan jarak pengasingan
Lebih selamat tinggal di kediaman.
Kini dunia sedang bergelut – BERPERANG !
Mengatasi musuh nyata memusnahkan
Tetapi tidak nyata kepastian
Banyak mengganggu normal kehidupan
Merencat ekonom dan kegiatan.
Negara kita mengambil pendekatan
Merawat mangsa khas di hospital
Pengasingan jarak, kekal di kediaman
Menyalurkan 17 peratus KDNK
Strategi negara dan rakyat BERPERANG
Hingga musuh pupus sendirian
!.
(Fikrah Bangi: 520),
BBB: 04
Sya`ban 1441H. = 29 Mac 2020M. (Ahad).
March 28, 2020
SEKALI JUMA`AT DITINGGALKAN LEBIH DARI BANYAK PERKIRAAN
SEKALI JUMA`AT DTINGGALKAN LEBIH DARI
BANYAK PERKIRAAN
Jam 12.00 tengahari ini
Adalah waktu bagiku bersiap untuk Juma`at
Bermula pulang dari pejabat
Untuk datang kembali dalam wakltu singkat
Sedikit cuma diguna berehat
Minum setegak dua hilangkan dahaga
Lantas sunnah itu diikuti
Mengerat kuku kanan dan kiri
Mengandan misai dan janggut
Agar kelihatan terurus diri
Sunnah utama ialah mandi
Bersih diri setelah setengah hari
Agar segar berjama`ah nanti.
Tapi Juma`at ini
Covid-19 masih menyibar wabak
Menuntut menjarak diri
Dan ditegah berinteraksi
Agar wabak terhenti sendiri
Meski
walaupun sekali Juma`at
ditinggalkan
Lebih dari banyak perkiraan
Walaupun dengan zohor diganti,
Pengalaman ini amat memedihkan hati
Lantas persis kebiasaan ke solat Juma`at
Jubah putih tersangkut dalam almari
Kupakai bersama kupiah dan berserban di
bahu
Setelah mencalit sedikit wangian
Bertolak ke masjid dengan kancil tua
Persis ke Juma`at seperti biasa.
Namun berdepan realiti
Pagar masjid tertutup rapat
Kenderaan tinggal di luaran
Ke dalam melalui jendela tepian.
Di dalam ruang utama
terbentang
Yang hadir cumi imam, nazir dua bilali dan
siak
Sedang meja pengajaran dan rehal pengajian
Tidak disimpan – jama`ah beberapa orang
Bersolat sunat, berwirid dan tilawah
Al-Qir`an
Sambil menunggu waktu untuk azan.
Kumandang azan persis Juma`at
Tapi tiada Bilal mengingatkan
Tiada saf-saf berjejaran
Tiada bising pelajar di belakang
Mimbar sepi dari khutbah
Mihrab kosong dari sejadah
Dan iqanah Bilal bagi zohor gantian
[mam bertugas ke depan
Menunaikan Zohor gantian
Dengan beberapa makmum di belakang.
Berikut dari solat Zohor
Imam mengepalai solat hajat
Mohon Allah melindungi dari bala dan wabak
Khususnya dari Covid-19 mengancam
Agar diputus rantaian
Covid-19 terhapus, kembali tenteram
Juma`at kembali dapat didirikan
Sesungguhnya sekali Juma`at ditinggalkan
Lebih dari banyak perkiraan.
Fikrah Bangi: 519
BBB:
02 Sya`ban 1441H. = 27 Mac 2020M. (Juma`at).
March 27, 2020
PETANG JUMA`AT KEDUA DI MUSIM WABAK
PETANG JUMA`AT KEDUA DIMUSIM WABAK
Ini
Juma`at kedua datang bawa kesepian
Sejak petang tidak seperti biasa
Dengan
ramai jama`ah yang datang
Berjama`ah dan membaca Yasin-tahlil
Tapi petang ini aku sedikit lewat kerana
berbuka,
Tiba, ruang utama ditutup dari ke dalam
Dan aku berjama`a di sayap luaran
Hanya dibuka selepas salam
Katanya, ``Bimbang dimasuki tak dikenali.`
Semuanya ini, kerana Imam Jurunikah
Meng`akad sepasang pengantin
Di aras bawah kes wabak dipasti
L,alu imam dikuarantim
elak dari dijangkiti
Jama`ah hanya iman lain, nazir, bilal dan siak
Kemudian sama bersolat hajat
Memohon Tuhan lindungi dari wabak
Acara itulah hanya solat dan hajat
Diakhiri denganb solat berjama`ah `Isya`
Kemudian pintu pagar kembaki dikunci
Elak dari dicerobohi
Ianya amat berbeda
Sebelumnya bebas untuk dhadiri
Ini penaka
wabak Covid-19
Amat digeruni
didoa segera dibasmi.
(Fikrah Bangi: 518),
BBB: 02 Sya`ban 1441H. = 27 Mac 2020 (Juma`at).
March 26, 2020
KITA SEDIKIT KETINGGALAN
KITA SEDIKIT KETINGGALAN
(Fikrah Bangi: 517),
BBB: 01 Sya`ban 1441H. = 26 Mac 2020M.
(Khamis).
Forum yang dianjurkan oleh tv 3 melalui
saluran Awani 501 secara jarak jauh .
Forum mengenai wabak Covid-19 malam tadi
(Rabu 25.3.2020 jam 9.00 malam) adalah menarik. Forum dipengerusikan oleh pengacara Kamarul
Bahrain itu menampilkan tiga tokoh penting, iaitu Profesor Dr. Adibah Pakar
dalam bidang apademik, Prof Dr.
Bourghiba Bekas Naib Canselor Universiti Malaya dan Profesor Dr. Mahendran
Pakar Ekonomi. Forum dianjur oleh Akademi Sains Malaysia.
Memulakan forum Prof. Adibah berpendapat,
Malaysia masih ketinggalan dari segi sains dan teknologi berbanding dengan
Korea dan Singapura. Kemampuan sains dan teknologi mereka sebaik wabak
bertapak, mereka menggunakan kepakaran di dalam menjejaki wabak dan dapat
menyekatnya dari terus merebak. Berbanding dengan Malaysia, masih bertindak
secara manual di dalam mengesan wabak Covid-19 dan menghimpun satu persatu
mengenai data yang memakan masa dan meletihkan.
Pengerusi Kamarul mencelah dan mengemukakan
pendapat kepada Prof. Mahendran, bahawa Amerika salah satu negara yang teruk
mengalami wabak, asyik dengan pertumbuhan ekonomi, tapi gagal menghadapi wabak
secara efektif dan kini merebak terutama di California, Washington dan New
York. Prof. Mahenfran setuju Amerika lalai dengan ekonomi yang tidak dinafikan
penting, tetapi sains dan teknologi tidak selari dan tidak mampu menggunakannya
di dalam menyekat wabak seperti Cina, Korea dan Singapura.
Menurut Prof. Bourghiba, bahawa data memang
penting, tetapi Malaysia, tidak kurang dari data, masalahnya masih belum
menyusun data secara canggih, sehingga maklumat dapat dikesan secara teknologi
dan segera dapat diatasi. Misalnya jika kepakaran menyusun data, maka wabak di
Teluk Intan dapat dikesan hingga tidak samapai ramai doktor mengalami wabak danb
hospital berkenaan lumpuh. Malaysia perlu tingkatkan dari segi sains dan teknologi
sehingga mampu mengesan wabak dan kedudukan dari segi geografi dan beri tumpuan
memulihkannya dengan tidak perlu meluaskan area tumpuan ke luar dari kawasan
apedemik.
Saudara Kamarul membuat andaian, kiranya
Covid-19 tidak dapat dihentikan dalam tempoh yang diharapkan dan terus merebak,
apakah andaian dan kemungkinan yang perlu dilakukan. Profesor Mahendran
melihat, ekonomi penting di dalam mengatur strategi, perlu menambahkan
peralatan terutama bagi mereka yang berdepan dengan memulihkan penyakit. Prof Bourghiba yang
sentiasa optimis berpendapat, jika wabak ini dapat disekat seperti di China,
Korea dan Singapura, maka ianya adalah sebagai model yang dapat diikuti bagi
mengatasi wabak. Profesor Bourghiba, berpendapat Malaysia tidak kurang dari data yang perlu
ialah memperkemaskannya dengan menggunakan kaedah yang lebih saintifik di dalam
mengesan dan mengatasi penyakit. Pendekatan yang digunakan di Malaysia
secara mengawal dan menjauhi dari segi
kejauhan dan mengikut arahan yang dikeluarkan dapat mengatasi dari merebak. Ia
bukan tugas kerajaan saja, tetapi juga oleh rakyat.
Sebagai penutup, Profesor Adibah, mau
supaya Malaysia lebih memberi tum[uan meningkatkan fasilitis dan tenaga manusia
dan yang lebih penting menggunakan kepakaran dan penyelidikan serta sains dan
teknogi sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh China, Korea dan Singapura.
Dapat difahami, ekonomi saja tidak mampu
menahan wabak sebagaimana kecuaian yang dilakukan oleh Itali, Spanyol, bahkan
Amerika.
Satu pengajaran dapat diambil, bahawa
kemampuan dan kemajuan secara saintifik
seperti menghadapi wabak, tidak mampu dihadapi barat. Sebaliknya dapat dihadapi
oleh Timur seperti China, Korea dan Singapura. Tidak semua Barat Unggul. Kemampuan
juga dapat dilakukan oleh para ilmuan dari Timur.
Sekian.
March 25, 2020
KERISAUAN MERAPATKAN KEMANUSIAAN
KERISAUAN MERAPATKAN KEMANUSIAAN
Makin merebaknya Covid-19
Makin meningkatnya kerisauan
WHO menitipkan perkembangan
Dalam tempoh 67 hari
300,000 kes berlaku
China walaupun mulai berkurang
Mencatat
6,820 kematian
Diatasi Itali dengan 7,430 kematian
Dan USA diberi amaran oleh WHO
Dengan kes meningkat kepada 53,66o
Terutama di New York, Washington,
California dan beberapa bahagian yang lain.
Kemudian Kementerian Kesihatan Malaysia
Dengan data berjumlah 1,624 kes
Dengan kematian mutakhir 16.
Kerisauan itu merapatkan kemanusiaan
Di dalam negara mulai mencurah derma
Kerjasama dengan luar negara
Mendapat bantuan peralatan dari UAE
Pak Jokowi mencadang penawar
Dari tumbuhan tempatan
Seperti melawan Malaria
Puncak
dari kerjasama dengan negara
China
Bukan saja peralatan dan ubatan
Tetapi membawa pakar-pakar ke sini
Lantaran Malaysia menolongnya permulaan
wabak
Membawa kerjasama meningkat.
Kerisauan membawa meningkat kerjasama
Pada peringkat antarabangsa dan tempatan
Demikian indahnya kemanusiaan
Bila bertolong-tolongan.
(Fikrah Bangi: 516),
BBB:
30 Rejab 1441H. = 25 Mac 2020M.
(Rabu).
March 24, 2020
MERINGANKAN BEBAN
MERINGANKAN BEBAN
Bayangkan.
Dengan ancaman Corbid-19
Rakyat patuh dengan kawalan pergerakan
Patuh tinggal di rumah
Hingga 31 Mac kemungkinan berterusan ?
Mereka mulai terima kesan kegawatan
Lebih lagi yang tidak mempunyai kerja tetap
Pekerja gaji harian, boroh, petani, nelayan,
Pemandu teksi yang berkurang penumpang
Peniaga kecil, penjual di warung
Berbagai sektor tiada pendapatan tetap
Menghadapi gawat.
Prihatin dengan masalah
Pemerintah
membantu
Guna wang EPF yang disimpan
Beri peruntukan beli peralatan
Membasni Corbid-19 dari bereterusan
Mengagih peruntukan kepada Kerajaan Negeri
tangguh sementara bayaran pelajar berhutang
ini sebahagian dari insentif Kerajaan
Persekutuan
diikuti kerajaan negeri seperti Selangor
dan Sarawak
peruntukan meringankan beban.
Semua ini sudah pasti
Tidak dapat selesai masalah dihadapi
Sekuang-kurang
meringan beban.
Apa yang perlu semua pihak
Menghadapi kegawatan
Melibatkan semua
Perlu mengatasi gawat kehidupan
kerjasama mengatasi permasalahan
Meneroka berbagai kemungkinan
Dari pakar dan yang berpengalaman.
(Fikrah Bangi: 515),
BBB:
29 Rejab 1441H. = 25 Mac 2020M. (Selasa).
March 23, 2020
PERANG TERHADAP COVID-19
PERANG TERHADAP COVID-19
Setelah ancaman berterusan lebih tiga bulan
Dan musuh berada di mana-mana
Dari Asia ke Eropah dan seluruh dunia
Melibatkan 188 negara
Kini 318,057 positif Covid-19
Dengan jumlah yang pulih 95,892
Dan kematian
13,597
Dan Malaysia tak terkecuali
Dengan 1,306 positif dan
`10 kematian
Dunia dan Malaysia isytihar perang
Semalam ditambahkan ketumbukan
50 ribu dari kalangan tentera
Memperkukuhkan barisan.
Menentang terdiri dari Agong
Perdana Menteri, Menteri Pertahanan; Ketua
Polis Negara
Kementerian Kesihatan, Doktor, Jururawat,
Dan berbagai pihak di barisan hadapan
Dengan rakyat menyokong kuat
Patuh pada arahan pengasingan
Berjarak satu meter berjauhan
Diminta berada di kediaman
Utamakan kebersihan
Agar rangkaian Covid-19 diputuskan.
Mengatasi ancaman Covid-19 amat diperlukan
Solidariti penduduk dunia ditagihkan
Inilah rumah kita bersama
Perlukan keselamatan dan keamanan
Bagi penerusan generasi mendatang.
(Fikrah Bangi: 514),
BBB:
28 Rejab 1441H. = 23 Mac 2020M. (Isnin).
March 22, 2020
BEKERJASAMALAH !
BEKERJASAMALAH !
Semasa menghadapi sengkita
Wabak virus Covid-19 merbahaya
Tidak mengenali sempadan,
Warna kulit, bangsa, miskin dan kaya
Covid-19 merebak ke seluruh dunia
Dengan ancaman kematian meningkat
Ego kekuasaan turun mendadak
Menyedari senjata paling canggih
Tiada mampu menghapus virus ancaman
Bahkan negara maju Itali, Perancis, Spanyol
Termasuk Amerika tidak terkecuali
Tiada mampu menunjukkan kelebihan.
Berdepan ancaman dari kecil virus
Terbaik
adalah kerjasama
Buangkan ego kekuasaan dan kekayaan
Contohi Cina tempat awal virus berkembang
Berjaya menyekat dan memberi khidmat
Kepada Malaysia pernah membantunya
Juga Itali dengan menghantar pakar
Kaedah `Menyekat dari merebak`.
Dalam suasana gawat tentu ada perlumbaan
Mencari vaksyin sebagai jaguh menemui
Tetapi tidakkah lebih baik
Wujudkan kerjasama sedunia
Di bawah PBB menyelaraskan penyelidikan
Mencari penawar bagi menghapus virus ini
Dan berbagai ancaman lagi.
Tetapi di
negara kita
Sedang wira-wirawati di barisan hadapan
Menentang kemaraan virus ini bergadai nyawa
Tiada kita mendengar pembangkang
Menyatakan sokongan dan kesanggupan
Bekerjasama menghadapi ancaman bersama
Yang kita dengar ancaman mau rebut jawatan
Alangkah tidak manis pemimpin
Mementingkan diri di tengah kegawatan
Nilailah antara Yang Berjiwa Besar
Dengan Yang Kerdil jiwa
Dari segi kepimpinan.
(Fikrah Bangi: 513)
BBB: 27
Rejab 1441H. = 22 Mac 2020M. (Ahad).
March 21, 2020
JUMA`AT YANG SEPI
JUMA`AT YANG SEPI
Adalah tidak pasti
Bila terakhir
tidak kutunaikan solat Juma`at
Tetapi hari ini adalah realiti
Negara, bahkan dunia diselubungi
Ancaman coronavirus – 19.
Juma`at hari ini Juma`at yang sepi
Jika kebiasaan tengahari seperti ini
Laman masjid penuh kenderaan
Tapi hari ini
dua pintu pagar masuk keluar
Ditutup elak kemasukan
Tiada sebarang bacaan kedengaran
Yang ada hanya
petugas
dibenarkan
Imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan.
Masuk ke dalam ruang
Tiada hamparan tambahan di ruang legar
Tiada air-cond dipasang di ruang utama
Kecuali dua kipas utama berpusingan
Masjid kehilangan jama`ah
Tiada bising anak-anak sekolah.
Bila azan dikumandangkan
Mimbar sepi tiada khatib ke atas
Tongkat tersandar di tepian
Tiada khutbah disampaikan
Imam ke depan bila diiqamatkan
Dengan beberapa makmum di belakang
Mereka bersolat zohor gantian.
Beriringan solat do`a dipanjatkan
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat
Sesuatu dengan namaNya di langit dan di bumi
Engkau Maha Kaya kami maha papa
Lindungilah kami daripada bala, wabak,
Kenaikan harga, kejahatan dan kemungkaran
Kembalilah keamanan dan kesejahteraan
Ujian dan pengajaranMu cukup menginsafkan
Engkaulah Maha Berkuasa
Tumpuan kepatuhan.
(Fikrah Bangi: 512).
BBB: 25 Rejab 1441H. = 20 Mac 2020M.
(Juma`at).
March 20, 2020
MALAM JUMA`AT - COVID-19
MALAM
JUMA`AT – COVID 19
Petang
Juma`at sebegini
Jika
tidak kerana Covid – 19 mengancam
Jama`ah
solat berduyung datang
Sama
mengimarah malam sayyidul ayyam
Bersolat,
yasin, tahlil atau al-kahfi
Serta
do`a maghfirah kepada arwah
Dan
selepas `isya` sama nikmati juadah
Adalah
daya tarikan
Orang
muda anak-anak sama datang.
Namun petang ini
Bagi
mengelak dari jangkitan covid-19
Masjid
lengang dari jama`ah
Kecuali
imam, bilal dan siak
Menunaikan
kifayah.
Sayu
petang juma`at itu
Dipecah laungan azan
Namun
selepas maghrib
Dengan
jama`ah beberapa orang
Tiada
kedengaran yasin. wirid dan tahlil
Tiada
tikar di ruang legar terbentang
Tiada
lagi kemeriahan jamuan.
Ruang
sepi dan muram.
Tiada
sumbangan meriah jamuan.
Cobid
– 19
Mengganggu
rutin kehidupan
Perlu
semua menghalanginya
Dengan
pengasingan
Biar
wabak itu musnah sendirian
Dan
kita kembali mengimarahkan masjid
Dengan
berbagai kegiatan.
(Fikrah
Bangi: 511),
BBB:
25 Rejab 1441H. = 20 Mac 2020M. (Juma`at).
March 18, 2020
CATATAN ARAHAN
CATATAN
ARAHAN
Bagi menentang serangan covid-19
Wabak merebak ke seluruh dunia
Turut memakan korban di Malaysia
Terbaik antaranya pengasingan
Dan kawalan pergerakan
Antaranya mulai 17 Mac – 17 April
Ke seminggu sebelum Ramadhan
Tiada solat Juma`at didirikan
Gantinya solat zohor di kediaman
Bilal dikehendaki azan setiap waktu
Berjama`ah dengan siak dan imam.
Masjid Rumah Allah
Tempat mendapat rahmat dan fadhilat
Dengan ibadat, pengajian dan kegiatan
kemasyarakatan
Akan sepi dari imarah jama`ah
Ada kesayuan di dalam hati
Menerima arahan ini.
Masjid Al-Umm,
(Fikrah Bangi: 510),
Bandar Baru Bangi.
22 Rejab 1441H.
17
Mac 2020M.
March 17, 2020
COBID - 19
COBID -19
Adalah virus
kumpulan
berkenaan
Merebak dengan pantas
Bermula dari Wuhan China
Ke Itali, Iran ke seluru dunia
Meluas bimbang.
Adalah pengajaran paling berkesan
Mengajar manusia setengah begitu angkuh
Dengan kekuasaan dan peralatan memusnahkan
Berbagai nama mengancam.
Kini Allah menghantar tentera terkecil
Mencabar kemampuan terbesar
Sila dengan kadar segera hapuskan.
Kiranya berkemampuan.
Kini wabak
itu mengancam
Mengajar kita keinsafan
Tentang kemusnahan berlaku
Akibat ganas tangan-tangan
Dan gelojah nafsu memuaskan
Merosak tabi`i dan keseimbangan
Exploitasi demi keuntungan.
Cobid - 19 adalah amaran
Memilih antara musnah atau
Kembali kepada fitrah Sunnah Allah
Bersama dengan ikhtiar sertai do`a
Kembali harmoni kehidupan.
(Fikrah Bangi: 509),
22 Rejab 1441H.
17 Mac 2020-M. (Selasa).
March 16, 2020
ZALIM
ZALIM
(Fikrah Bangi: 508),
BBB:
21 Rejab 1441H. = 16 Mac 2020M. (Isnin).
Zalim ialah melakukan sesuatu terhadap yang lain
secara tidak adil, tidak wajar, berat sebelah dan memihak secara tidak betul.
Zalim boleh terjadi secara individu dengan individu yang lain. Misalnya seorang
yang berhutang dengan sengaja tidak mau melunaskan hutang terhada orang yang
dia berhutang. Seorang bapa atau ibu tiri menzalimi anak tiri, dan seorang
rakan niaga menzalimi rakan niaganya dengan menipu dan memiliki harta rakan
bersamanya dengan tidak adil.
Zalim dari segi pemerintahan adalah banyak
berlaku. Ianya boleh bersifat tempatan
dan bersifat secara luaran. Zalim dalam pemerintahan bersifat tempatan ialah
akibat penguasaan secara berseorangan atau berkelompok terhadap yang lain agar
tidak melawan. Banyak cerita pada zaman tradisi pihak yang berkuasa secara
zalim dan diktator menetapkan aturan dan hukuman terhadap yang melawan agar
tidak timbul tentangan terhadap yang dikuasai dan dizalimi.
Kezaliman bersifat luaran, ialah pengusaan
luar terhadap satu-satu pihak yang dikuasai dengan secara zalim supaya tidak
mereka bangkit melawan. Kezaliman sedemikian dikenali sebagai penjajahan.
Penjajah British yang datang menjajah negara ini, melakukan kezaliman terhadap
mereka yang melawan terhadapnya. Raja Abdullah Sultan Perak yang melawan British ditangkap dan diasingkan
di Pulau Seycheles. Haji Abdul Rahman Limbung yang mencetuskan pemberontakan
Tani di Hulu Terengganu ditangkap dan diasingkan ke Makkah, manakala Tok
Janggut yang memberontak di Kelantan dibunuh dan mayatnya dipamerkan secara terbuka
agar pihak yang mau memberontak, tidak berani memberontak. Pejuang-pejuang
kemerdekaan tanahair seperti Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar al-Baqir, Ishak Haji
Muhammad, Ahmad Boestamam dan beberapa yang lain ditangkap dan dipenjara.
Kezaliman dalam skala besar berlaku dengan
kerjasama antara pihak penjajah. Selepas Perang Dunia Pertama dan jatuhnya
Empayar Islam di bawah pimpinan Turki, kerajaan penjajah membahagi terutama
dunia Islam. Antaranya di bawah Rusia. Mereka memisahkan negara Islam di bawah
Rusia dan mengorientasikan umat Islam dengan ideologi komunis, maka dalam
tempoh tiga generasi tiada lagi pengaruh Islam di dalam tabir besi komunis, manakala
sebahagian lagi dari negara Islam terletak di bawah kuasa-kuasa Barat. Nilai
Islam mereka dihakis dengan ideologi Barat yang secara perlahan menghakiskan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua ada sebahagian
negara Islam cuba bangkit. Afghanistan dan negera Islam sekitarnya terus ditindas oleh Rusia, apabila Rusia
tidak mampu diserahkan kepada Amerika,
tetapi umat Islam tidak pernah tunduk dan Amerika tidak mampu menundukkan
mereka, sehingga terbaru Mac 2020 Amerika
buat perjanjian dengan Penguasa Afghanistan keluar dengan maruah tercalar.
Kezaliman dan penentangan secara berterusan dilakukan oleh
Barat terhadap Umat Islam. Amerika yang kalah berdepan Iran pada tahun 1969
terus menggugat Iran hingga kini. Mereka berusaha menyekat Iran yang kaya
dengan minyak agar tidak bangkit. Negara Islam yang kaya dengan minyak
dilakukan percaturan hingga Saddam Hussein terbunyh dan berlaku huru hara di
negara Iraq itu agar tidak pulih dan
bangkit. Keadaan yang sama dilakukan terhadai Muhammad Al-Ghadapi, sehingga
pemimpin Libya ini terbunuh dan Libya tidak tenteram hingga kini.
Percaturan sedang dilakukan oleh Barat dabn
Rusia terhadap Syria sebuah negara Islam yang kuat dengan tradisi keislaman. Di
bawah kinspirasi Amerika dan Rusia maka Syria kini di dalam kehancuran.
Sebenarnya Barat dan Rusia termasuk
Israil tidak akan menghentikan konspirasi kezaliman selagi ada negara Islam
yang kuat yang perlu dihancurkan. Mungkin kini Barat dan Rusia, Israil dan negara Barat yang lain sedang mengatur
strategi bagaimaa menghancurkan Turki sebuah negara Islam yang masih utuh.
Kezaliman bererti kejahatan. Pihal yang hasad dan cemburu
terhadap yang dihasad atas kemajuan yang dicapai tidak akan membiarkan pihak
yang dianggap lawan baginya tidak akan berhenti dari melakukan kezaliman atas
kepentingan mereka dan kita mesti melawan kezaliman, khususnya dari pihak yang memusuhi Islam.
Sekian.
March 15, 2020
NEGARA LALAI - HIBURAN DAN DADAH
NEGARA LALAI, HIBURAN DAN DADAH
(Fikrah Bangi: 507).
BBB:
20 Rejab 1441H. = 15 Mac 2020M. (Ahad).
Negara mundur yang diakibatkan oleh faktor
manusia. Antaranya kita namakan:
Negara Lalai
Negara lalai antaranya terjadi pada generasi yang mewarisi
kesenangan dari generasi sebelumnya. Generasi sebelumnya bertungkus lumus
berusaha mencari kesenangan bagi diwarisi oleh generasi turunan. Misalnya pada
zaman yang lepas orang British adalah bijaksana, Mereka mencipta, mereka
penjelajah dan menguasai banyak bahagian dunia. Hampir tiga perempat duniia
dijajah. Mereka begitu berkuasa dan berpengaruh dan negara mereka England
begitiu kaya. Pengaruh mereka berkekalan dari abad ke 17 hingga 20, khususnya
sehingga perang dunia kedua.
Kini dikatakan generasi baru tidak sebijak
generasi dahulu. Pemuda kini tidak bersemangat seperti generasi dahulu. Mereka
tidak semaju dulu, bahkan disifatkan sebagai lalai. Mereka tidak bersemangat. Ada yang menyifakan
generasi baharu adalah malas. Negara mereka tidak lagi semaju negara yang maju.
Walau bagaimana kesan dari kemajuan
mereka masih dilihat di banyak tempat, termasuk pengaruh bahasanya. Generasi
lalai bukan saja dapat dilihat kepada bangsa, tetapi keluarga bagi satu-satu
keturunan. Berapa banyak keluarga yang dulu, berkat dari usaha gmereka yang
dahulu senang lenang, tetapi oleh kerana turunan lalai dan tidak berusaha
sebagaimana generasi dulu, mereka jatuh miskin. Susah dan merana.
Kesan lalai boleh berlaku kepada sebarang
negara yang pimpinan berkuasa dan mau mengekalkan kuasa bagi masyarakat yang
lalai, ialah dengan melalaikan masyarakat. Misalnya tidak mementingkan
pelajaran bagi masyarakat. Untuk mereka lalai dan tidak sedar ialah dengan
membiar atau disengajakan mereka mabuk dalam hiburan. Misalnya bidang
komunikasi sengaja dipenuhi dengan bahan-bahan hiburan dan melalaikan secara
berterusan. Banyak kegiatan adalah bersifat hiburan yang melalaikan. Generasi
muda lebih suka berpoya-poya.. Bagi sesuatu pemerintah hendaklah secara sedar
di dalam menggunakan media komunikasi, jangan sampai ianya merupakan hidangan
yang lebih banyak melalaikan dari yang berfaedah. Keilmuan hendaklah melebihi
dari kelalaian.. Amalan hampir semua saluran tv memenuhi ruangan siaran pada
hari minggu – Sabtu dan Ahad dengan hiburan (malam), adalah tidak sihat. Ia
seolah-olah mau melalaikan generasi dengan hiburan-hiburan yang tidak berfaedah.
Dengan hiburan sedemikian seolah-olah mendidik generasi meminati segala yang
bersifat hiburan dan tidak meminati yang bersifat keilmuan dan yang berfaedah.
Apabila minda, terutama generasi muda diracun dengan elemen hiburan berterusan
adalah sebagai meracuni generasi supaya lalai dan tenggelam dengan hiburan.
Hiburan melampau adalah sebagai dadah yang
meracuni minda dan jiwa terutama generasi muda agar tidak ada generasi pelapis
yang dapat diharapkan mengambil alih pimpinan.
Dadah sendiri sebenarnya adalah sebagai cara memusnahkan generasi. Sebab
itu dadah digunakan bukan saja oleh mereka yang mencari keuntungan, tetapi ada
kesengajaan oleh pihak tertentu, khususya sendiket-sendiket bagi merosakkan
generasi, Fokus utama bagi mereka ialah terhadap generasi muda, bahkan banyak
melalui hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan. Hiburan yang melalaikan
adalah dadah bagi minda dan jiwa, manakalah dadah debenar adalah pemusnah
fizikal dan segala.
Kini sebagai trend yang membimbangkan, bahawa
kalangan pemuda jauh ketinggalan di dalam bidang pelajaran dan mereka juga
makin ketinggalan dalam bidang kerjaya. Jangan biarkan kalangan muda diracuni
dengan dadah hiburan dan dadah meracunkan.
Generasi pewaris perlu dipertingkat maju
dengan ilmu dan nilai positif, bukan dengan elemen meruntuhkan.
Sekian.
March 14, 2020
MANUSIA FAKTOR MUNDUR
MANUSIA FAKTOR MUNDUR
(Fikrah Bangi: 507),
(Fikrah Bangi: 507),
BBB:
19 Rejab 1441H. = 14 Mac 2020M.
(Sabtu).
Antara faktor mundur yang utama ialah
manusia. Daripada faktor ini banyak pekara berlaku. AntaranyaL
a) Jahil
Dengan jahil, bererti manusia tidak
mengetahui tentang sesuatu, juga bererti bodoh. Jahil musuh utama manusia.
Dengan jahil tidak dapat melakukan sesuatu yang positifr dan memberi faedah
kepada manusia. Jahil menjadikan manusia mundur dan tidak berinisiatif bahkan tidak menentang terhadap sesuatu yang
tidak baik dan tidak memberi faedah kepadanya.
Pada zaman pemerintahan British di negara
ini, membiarkan rakyat negara ini di dalam kejahilan adalah disengajakan.
Mereka tidak diberi pelajaran pada
peringkat timggi, agar mereka tidak menentang atau memberontak terhadap
kerajaan dan memudahkan mereka mengeksploitasi rakyat. Pelajaran diberi hanya
pada peringkat rendah bagi membolehkan mereka menulis, membaca dan mengira pada
tahap rendah bagi memudahkan mereka
berurusan seperti membayar cukai dan mengikut arahan-arahan. Pelajaran sedikit
lebih tinggi seperti peringkat menengah di Kolej Melayu, Kuala Kamgsar diberi hanya
kepada anak-anak aristokrat dan elit bagi melayakkan mereka menjadi pentadbir
yang lebih sedikit cerdek daripada rakuay biasa. Mereka berperanan mentadbir
bagi kepentingan penjajah British. Mereka ini diberi kedudukan yang menyanjug
penjajah dan tidak sekali-kali melawan.
Di dalamkehidupan kini, mungkin kurang
pehak yang memerntah mengambil sikap membiarkan rakyat tidak berpelajaran.
Peluang seharusnya diberi kepada yang berkelayakan,kecuali mereka yang tidak
sedar dengan peluang yang ada.
Tetapi cara memperbodohkan rakyat ialah
dengan menggunakan media massa bagi mempengaruhi rakyat agar terpengaruh dengan sesuatu yang dapat menarik rakyat.
Misalnya melalui kempen pilihanraya yang mempengaruhi rakyat berpihak kepada
yang mungkin sesuatu yang tidak wajar.
b) Malas
Malas ialah sikap manusia atau rakyat yang
tidak mempunyai inisiarif untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan atau
kehidupan yang lebih baik. Malas adalah sikap negatif yang tidak produktif.
Ianya pula diakbatkan oleh berbaga-bagai faktor. Selain dari jahil sebagaimana
telah disebutkan – tidak berilmu, malas sering diakibatkan oleh budaya hidup
yang tidak produktif. Misalnya kehidu[an dalam keluarga di kampung yang makan
minum bergantung pada keluarga dan orang tua, Jika mereka tidak bekerja mereka
tidak lapar, kerana keluarga masih menampung kehidupan. Jika tidak belajar dan
tidak bekerja, masih dapat hidup di tengah keluarga secara biasa. Sebab itu ada yang malas bekerja.
Sikap malas bekerja ini bukan saja berlaku
di kalangan masyarakat di kampung, tetapi terjadi juga di kalangan masyarakat
di bandar. Sering terjadi, apabila keluarga berjaya dan hidup senang dan ada
jaminan, kini ada anak-anak yang
setengahnya mendapat pelajaran yang layak mendapat kerja, lebih rela tidak mau
bekerja tetapi hidup bersama keluarga tanpa bekerja.. Kadang-kadang pihak
kerajaan juga memanjakan rakyat dengan berbagai subsidi dan bantuan yang
mnenyebabkan mereka malas kerja dab mengharapkan bantuan, wa[aupun fizikal mereka sihat.
Sebab itu kerajaan dalam membantu rakyat,
jangan sampai kepada tahap `mua` hingga
malas kerja.. Tiap anggota masyarakat hendaklah dimastikan kerja dan jangan harap
bantuan, kecuali yang benar-benar layar.
Jangan biarkan manusia dan rakyat di dalam
jahil dan malas, mereka hendaklah digerakkan untuk belajar dan bekerja agar
aktif dan produktif.
Sekian.
March 13, 2020
NEGARA MUNDUR
NEGARA
MUNDUR
(Fikrah Bangi: 506),
BBB:
18 Rejab 1441H. = 13 Mac 2020M. (Juma`at).
Di samping Malaysia berhasrat menjadi
Negara Unggul – Maju, jangan lupa ada lagi sati sisi yang bercanggah dengan
hasrat yang baik dan murni yang mungkin menjadi elemen yang wujud dalam pemerintahan yang sepatutnya dihindari dari
awal. Sisi yang lain yang dimaksudkan
ialah Negara Mundur sebagai lawan bagi Negara Unggul.
Ada berbagai sebab sesebuah negara menjadi
Negara Mundur. Antaranya:
1) Keadaan semula Jadi
a) Tanah tidak subur
Sesebuah negara mungkin dalam keadaan asal
dan semula jadi berada di kawasan tidak subur, bercuaca panas dan tidak
mempunyai hasil bumi yang berharga. Misalnya negara-negara padang Pasir di
Afrika yang panas dan tidak subur muka buminya dan tidak mempunyai hasil bumi
yang berharga. Keadaan ini tidak terjadi kepada Malaysia yang muka buminya
subur dan di buminya mempunyai hasil mahsul yang berharga. Terpulang kepada
pimpinan memajukannya.
b) Tidak strategik
Selain tidak subur, negara berkedudukan tidak strategik. Misalnya jauh
di tengah padang pasir. Atau berada di kutub Utara dan Selatan yang tidak
sesuai dididiami. Ini berlainan dengan Malaysia
yang berada pada kedudukan yang strategik sebagai `Jantung Asia` dan berada pada pertengahan lalu lalang.
c) Kawasan bencana
Tidak maju sesebuah negara , kerana berada
di kawasan bencana. Misalnya terdedah kepada ribut taufan yang sering melanda
yang banyak berlakunya kerosakan secara berulang.
Bencana juga disebabkan kawasan berada
dilingkaran gunung berapi yang sering meletus dan berlaku kerosakan berulang.
Kemajuan yang dilakukan berulang diikuti berlaku kemusnahan. Contoh Filipina. Namun ada
negara yang gigih menerima bencana dan berulang membangunkan seperti Jepun. Tapi keadaan negara-negara
yang terdedah kepada bencana ini terganggu kemajuan tidak seperti Malaysia yang
berada pada kawasan relatifnya selamat.
Bercana juga diakibatkan oleh tsunami seperti
di Aceh dan Jepun,walaupun bencana sedemikian tidak kerap berlaku, tetapi ianya
ancaman bagi kemajuan.
d) Wabak
Ancaman ysng berlaku di luar dugaan seperti
Wabak Covic 19 yang benar-benar menguji manusia. Akibatnya berlaku gangguan
bagi perkembangan ekonomi, komunikasi dan pelancongan. Banyak kesukaran berlaku jika berterusan.
Semua pihak sedang berusaha bagi menghapuskan wabak ini,
Selain dari faktor fizikal muka bumi, cuaca
dan berbagai-bagai faktor alam dan berlakunya kerosakan kerosakan alamiah
yang antaranya di luar dari kemampuan manusia mengatasinya, tapi cuba diatasi,
faktor manusia adalah faktor utama bagi unggul dan mundurnya manusia dan negara.
Faktor utama ini akan dibicarakan berikutnya.
Sekian.
March 12, 2020
KONSEP NEGARA UNGGUL
KONSEP NEGARA UNGGUL
(Fiktah Bangi: 505),
BBB: 17 Rejab 1441H. = 12 Mac 2020M.
(Khamis).
Konsep Unggul yang dibicarakan adalah
luasan dari Teori Takmilah yang pernah diaplikasikan kepada bidang sastera dan
senibina masjid. Kali ini Takmilah diaplikasikan kepada bidang politik
pemerintahan dan pentadbiran dengan mengertikan
konsep Takmilah ini kepada `Unggul`.Maksud unggul dapat diertikan kepada
sempurna, baik dan lengkap. Ada istilah-istilah yang lain dapat diertikan,
tetapi untuk pembicaraan di sini dihadkan kepada tiga erti disebutkan. Ianya
digunakan pada tempat yang bersesuaian.
Konsep Negara Unggul, ialah Negara
Sempurna. Istilah ini terdapat di dalam Al-Qur`an dengan ungkapan `Baldah
Tayyibah` bermaksud ` Negara Baik` Juga digunakan oleh Al-Farabi dengan istilah
`Al-Madinah al-Fadhilah` Pendekatan bagi Negara Unggul lebih bersifat semasa
dan kekinian.. Negara Unggul akan banyak melihat Malaysia sebagai bahan
pembicaraan, termasuklah tentang perkembangan politik semasa.
Secara skop menyeluruh tapi ringkas, Negara
Unggul Malaysia akan dilihat, misalnya dari segi fizikal, sejarah dan politik
kini. Dari segi fizikal unggul Malaysia berada
sebagai jantung Asia dan berada di laluan jalan utama melalui Selat
Melaka dari lautan India ke Lautan Pasifik. Semenanjung ini pernah dikenali
sebagai ` Semenanjung Emas. Semenanjung
Emas mewarisi kerajaan besar seperti Funan, Langkasuka, Seriwijaya dan Melaka.
Kawasan ini mempunyai artifek purba yang menunjukkan ketuaan sejarah kawasan ini, antaranya dikenalpasti berusia 17
ribu tahun,bahkan ada artifek yang dijangka berusia 40 ribu tahun (dalam
kajian). Dalam kata lain Malaysia adalah
negara yang unggul dari segi fizikal dan sejarah.
Dengan kedudukan terkininya, Malaysia hendaklah berjiwa besar dan mampu menjadi Negara
Unggul di dunia. Namun bagi membina negara ` Unggul Malaysia, tidak mudah
dicapai. Berbagai Unggul diperlukan bagi mencapai hasrat berkenaan.
Antara pra syarat ialah:
Unggul dari segi manusianya yang melibatkan
pimpinan, pendukung-pendukung pimpinan dan rakyat sebagai penduduknya.
Unggul dari segi ekonominya. Misalnya
melibatkan kekayaan muka buminya, kemudahan infra-strukturnya, dan keaktifan
dan kreativiti penduduknya.
Unggul yang paling penting ialah kemampuan
keilmuan penduduknya. Potensi ilmu adalah menjadi keperluan bagi kelahiran
pimpinan, pendukung-pendukung dan rakyat. Faktor keilmuan adalah melebihi dari
faktor-faktor yang lain, bahkan dengan ilmu tanpa sumberkekayaan muka bumi
dapat ditingkatkan unggul dan kemajuan dengan ilmu dan kreativiti yang
berhubung dengan keilmuan. Dalam kata lain ianyalebih merupakan pembangunan
manusianya.
Unggul hasil dari segi fizikal sebagai keperluan dari
kemajuan seperti kemajuan dari segi
perumahan, berbagai pembinaan, perhunumgan dan berbagai-bagai kemudahan
kehidupan.
Satu lagi Unggu lalah hasil dari ketinggian
daya fikit, penghasilan dan nilai yang melahirkan nilai kemanusiaan, seni, estetika
dan budaya yang dikenali sebagai peradaban.
Semua aspek ini sedang berlaku dan
berlangsung di dalam kehidpan masyarakat di Malaysia, tetapi pada tahap manakan
mereka berada dari segi keunggulan ?
Jangan lupa di sebalik Unggul ada lawannya
yang kita istilahkan sebagai `Mundur` Mungkinkah kita atau sebahagian dari kita
berada di dalam kategori `Mndue` dan pecahan-pecahan darinya ?
Sekian.
March 11, 2020
MEMBINA UNGGUL MALAYSIA
MEMBINA UNGGUL MALAYSIA
(Fikrah Bangi 504),
BBB:
16 Rejab 1441H. = 11 Mac 2020M.
(Rabu).
Kabinet Malaysia telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Di
Pertuan Agong semalam (Selasa: 10.3.2020) dan padahari ini menteri-menteri dan
Timbalan-Timbalan mulai masuk pejabat bagi memulakan kerja. Apakah yang akan
dilakukan pada peringkat permulaan kerja ? Mereka tentulah disambut oleh
Ketua Setiausaha Kementerian dan
kakitangan dan jika mereka datang pada sebelah pagi akan merakam masa kehadiran,jika
tidak disambut hormat tentu sekali. Kemudian
Menteri dan Timbalan Menteri jika
datang bersama, sepatutnya, mereka akan diberi takmimat oleh ketua-ketua
jabatan dan kemudian mungkin dipersilakan menandatangan buku bagi menandakan permulaan kerja.
Adakah selepas itu Menteri atau Timbalan
Menteri menyambung kerja-kerja lama sebagai penerusan bagi tugas-tugas yang ditinggalkan
oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang lama. Namun sewajarnya Mentei dan
Timbalan Menteri seharusnya tidak terus menyambung saja kerja lama tanpa memulakan perancangan baru. Tiap Menteri dan
Timbalam, tentulah sebelum masuk pejabat telah membaca berhubung dengan perkara
yang ada hubungan atau telah mendapat taklimat secara keseluruhan dari Perdana
Menteri berhubung dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam kata lain
tidakterus kerja tanpa ada mukadimah kerja yang mau dilakukan.
Sebaiknya pada perigkat negara mempunyai
visi dan misi jelas disampaikan kepada semua kementerian dan misi dan visi ini
diperturunkan kepada Kementerian dan Jabatan yang melaksanakan tugas.
Kita melihat dari peringkat awal ini
kerajaan baru seharusnya meletakkan visi dan misi
sebagai landasan kerja dan berterusan bagi mencapainya.
Visi dan misi yang wajar ialah membina:
`Unggul Malaysia`
Unggul Malaysia ialah peringkat tertinggi
dari segi ideal kesempurnaan yang mau dicapai. Ia adalah Teori Takmilah Negara
yang mau dicapai. Dalam pembicaraan seterusnya istilah Takmilah ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Melaysia, ialah `Unggul`. Kata unggul ini
diterapkan kepada negara. Ianya dapat diperturunkan kepada semua peingkat
seperti Unggul Kepimpinan, Unggul Pendidikan, Unggul Ekonomi, Unggul Kesihatan
dan sebagainya.
Konsep Unggul Malaysia akan diolah menurut
bidang-bidang yang releven, bahkan dapat diolah melalui kementerian-kementerian
yang dari keseluruhan dapat dikelompokkan kepada sepuluh bidang secara rumusan.
Sekian.
March 10, 2020
KABINET PILIHAN KHIDMATLAH KE TAHAP CEMERLANGNG
KABINET PILIHAN KHIDMATLAH KE TAHAP CEMERLANG
(Fikrah Bangi: 503),
BBB:
15 Rajab 1441H. = 10 Mac 2020M. (Selasa).
Setelah sepuluh hari perlantikan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka semalam telah diumumkan barisan Kabinet Menteri
seramai 31 orang dan Timbalan Menteri seramai 38 orang. Jumlah semua ahli
kabinet termasuk Perdaa Menteri ialah 70 orang. Satu jumlah yang agak besar.
Beberapa kelainan yang dapat dikatakan juga
sebagai pembaharuan bahawa di dalam kabinet yang dilantik, buat kali pertama di
dalam sejarah politik pemerintahan negara, bahawa pada kali ini tiada dilantik
Timbalan Perdana Menteri. Tentulah bukan tiada calon yang layak, tetapi
pertimbangan agar tidak berbangkit
kekanan dari segi parti sama ada Bersatu, Umno, Pas dan lain-lain.
Sebaliknya fungsi Timbalan dipikul bersamna oleh empat tiang seri Menteri
Kanan, iaitu Azmin Ali (Bersatu) selaku Mentteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. Juga Ismail Sabri (Umno)
selaku Menteri Pertahanan, Fadhillah
Yusof (GPS) Menteri Kerjaraya, Dr. Md.
Radzi Mat Jidin (Bersatu ) selaku Meneri Pendidikan. Salah seorang daripada
mereka layak mengambil tugas ketika Perdana Menteri di luar negara dan
sebagainya.
Ada beberapa kejutan di dalam perlantikan,
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin nampaknya mengambil kira bahawa perlantikan
kabinet tidak seharusnya dari kalangan ahli politik yang memetintah, tetapi
seharusnya sama dipertimbangkan dari kalangan profesional dan teknokrat.
Nampaknya pandangan ini diterima Perdana Menterim tetapi yang mengejutkan
antara muka baru bukan dari ahli politik diambil dari kalangan profesional
agama dalam mana Dato` Seri Zulkifli al-Bakri dilantik menjadi Menteri Hal
Ehwal Agama. Tahniah dan diharap beliau dapat mengendalikan kementerian ini
secara profesional dan terbaik. Antara tokoh bukan politik yang dilantik ialah
Tengku Datuk Seri Zafrul bagi Menteri Kewangan, beliau dari kalanganm koperat
yang berpengalaman dari segi kewangan. Antara kementerian yang besar dan banyak
tugas ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini kembali dipecahkan kepada
dua. Selain dari perlantikanm Menteri Pendidikan yang disebutkan di atas
dilantik Menteri Pengajian Tinggi yang diberi tugas kepada Dato` Dr. Noraini
Ahmad (Umno).
Perlantikan mengambil kira menteri-menteri
yang dilantik dari GPS di Sarawak 4 menteri dan dua dari Sabah. Dalam kabinet
yang dilantik selain dari Presiden Umno Zahid Hamidi tidak dilantik ke sebarang
jawatan, juga Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak dilantik ke
sebarang jawatan. Pas diwakili di dalam
kabinet oleh Datuk Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri
Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin
Menteri Perusahaan, Perladangan dan
Komogoti. Kita berharap mereka, walaupun dari parti yang bersifat agama dapat
memberi khidma terbaik tidak kurang dari tokoh-tokoh politik yang lain.
Dilihat kepada taburan perlantikan ia bukan
saja mengimbangi dari parti-parti yang memerintah, antara profesional dan
koperat, mengimbangi dari segi zon, terutama antara Semenanjung, Sarawak dan
Sabah, tetapi juga dari segi kaum. Walau
bagaimana di dalam kabinet kurang memperlihatkan kalangan muda. Tetapi
perkiraan yang diambil adalah merekayang berkelayakan dari segi parti,
profesional dan expertis.
Kabinet hanya mempunyai masa lebih kurang
tiga tahun, maka semua pihak hendakla bekerja dengan tekun dan menzahirkan
kecemerlangan di dalam bidang masing-masing. Amanah diletakkan oleh Perdana
Menteri kepada setiap yang dilantik dan Masa depan terletak pada kejayaan
kabinet,terutama bagi menghadapi pilihanraya ke 15. Pemilihan dilihat sebagai
mantap, tetapi kemantapan sebenar bergantung pada kejayaan melaksanakan amanah
yang diberi.
Selamat bertugas dengan cemerlang.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)