March 15, 2020

NEGARA LALAI - HIBURAN DAN DADAH


NEGARA LALAI,  HIBURAN DAN DADAH
(Fikrah Bangi: 507).
BBB:  20 Rejab 1441H. = 15 Mac 2020M. (Ahad).
Negara mundur yang diakibatkan oleh faktor manusia. Antaranya kita namakan:
Negara Lalai
Negara lalai antaranya  terjadi pada generasi yang mewarisi kesenangan dari generasi sebelumnya. Generasi sebelumnya bertungkus lumus berusaha mencari kesenangan bagi  diwarisi oleh generasi turunan. Misalnya pada zaman yang lepas orang British adalah bijaksana, Mereka mencipta, mereka penjelajah dan menguasai banyak bahagian dunia. Hampir tiga perempat duniia dijajah. Mereka begitu berkuasa dan berpengaruh dan negara mereka England begitiu kaya. Pengaruh mereka berkekalan dari abad ke 17 hingga 20, khususnya sehingga perang dunia kedua.
Kini dikatakan generasi baru tidak sebijak generasi dahulu. Pemuda kini tidak bersemangat seperti generasi dahulu. Mereka tidak semaju dulu, bahkan disifatkan sebagai lalai.  Mereka tidak bersemangat. Ada yang menyifakan generasi baharu adalah malas. Negara mereka tidak lagi semaju negara yang maju.  Walau bagaimana kesan dari kemajuan mereka masih dilihat di banyak tempat, termasuk pengaruh bahasanya. Generasi lalai bukan saja dapat dilihat kepada bangsa, tetapi keluarga bagi satu-satu keturunan. Berapa banyak keluarga yang dulu, berkat dari usaha gmereka yang dahulu senang lenang, tetapi oleh kerana turunan lalai dan tidak berusaha sebagaimana generasi dulu, mereka jatuh miskin. Susah dan merana.
Kesan lalai boleh berlaku kepada sebarang negara yang pimpinan berkuasa dan mau mengekalkan kuasa bagi masyarakat yang lalai, ialah dengan melalaikan masyarakat. Misalnya tidak mementingkan pelajaran bagi masyarakat. Untuk mereka lalai dan tidak sedar ialah dengan membiar atau disengajakan mereka mabuk dalam hiburan. Misalnya bidang komunikasi sengaja dipenuhi dengan bahan-bahan hiburan dan melalaikan secara berterusan. Banyak kegiatan adalah bersifat hiburan yang melalaikan. Generasi muda lebih suka berpoya-poya.. Bagi sesuatu pemerintah hendaklah secara sedar di dalam menggunakan media komunikasi, jangan sampai ianya merupakan hidangan yang lebih banyak melalaikan dari yang berfaedah. Keilmuan hendaklah melebihi dari kelalaian.. Amalan hampir semua saluran tv memenuhi ruangan siaran pada hari minggu – Sabtu dan Ahad dengan hiburan (malam), adalah tidak sihat. Ia seolah-olah mau melalaikan generasi dengan hiburan-hiburan yang tidak berfaedah. Dengan hiburan sedemikian seolah-olah mendidik generasi meminati segala yang bersifat hiburan dan tidak meminati yang bersifat keilmuan dan yang berfaedah. Apabila minda, terutama generasi muda diracun dengan elemen hiburan berterusan adalah sebagai meracuni generasi supaya  lalai dan tenggelam dengan hiburan.
Hiburan melampau adalah sebagai dadah yang meracuni minda dan jiwa terutama generasi muda agar tidak ada generasi pelapis yang dapat diharapkan mengambil alih pimpinan.  Dadah sendiri sebenarnya adalah sebagai cara memusnahkan generasi. Sebab itu dadah digunakan bukan saja oleh mereka yang mencari keuntungan, tetapi ada kesengajaan oleh pihak tertentu, khususya sendiket-sendiket bagi merosakkan generasi, Fokus utama bagi mereka ialah terhadap generasi muda, bahkan banyak melalui hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan. Hiburan yang melalaikan adalah dadah bagi minda dan jiwa, manakalah dadah debenar adalah pemusnah fizikal dan segala.
Kini sebagai trend yang membimbangkan, bahawa kalangan pemuda jauh ketinggalan di dalam bidang pelajaran dan mereka juga makin ketinggalan dalam bidang kerjaya. Jangan biarkan kalangan muda diracuni dengan dadah hiburan dan dadah meracunkan.
Generasi pewaris perlu dipertingkat maju dengan ilmu dan nilai positif, bukan dengan elemen meruntuhkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment