March 14, 2020

MANUSIA FAKTOR MUNDUR


MANUSIA FAKTOR MUNDUR
(Fikrah Bangi: 507),
BBB:  19 Rejab 1441H. =  14 Mac 2020M. (Sabtu).
Antara faktor mundur yang utama ialah manusia. Daripada faktor ini banyak pekara berlaku. AntaranyaL
a)      Jahil
Dengan jahil, bererti manusia tidak mengetahui tentang sesuatu, juga bererti bodoh. Jahil musuh utama manusia. Dengan jahil tidak dapat melakukan sesuatu yang positifr dan memberi faedah kepada manusia. Jahil menjadikan manusia mundur dan tidak berinisiatif  bahkan tidak menentang terhadap sesuatu yang tidak baik dan tidak memberi faedah kepadanya.
Pada zaman pemerintahan British di negara ini, membiarkan rakyat negara ini di dalam kejahilan adalah disengajakan. Mereka tidak  diberi pelajaran pada peringkat timggi, agar mereka tidak menentang atau memberontak terhadap kerajaan dan memudahkan mereka mengeksploitasi rakyat. Pelajaran diberi hanya pada peringkat rendah bagi membolehkan mereka menulis, membaca dan mengira pada tahap rendah  bagi memudahkan mereka berurusan seperti membayar cukai dan mengikut arahan-arahan. Pelajaran sedikit lebih tinggi  seperti peringkat menengah  di Kolej Melayu, Kuala Kamgsar diberi hanya kepada anak-anak aristokrat dan elit bagi melayakkan mereka menjadi pentadbir yang lebih sedikit cerdek daripada rakuay biasa. Mereka berperanan mentadbir bagi kepentingan penjajah British. Mereka ini diberi kedudukan yang menyanjug penjajah dan tidak sekali-kali melawan.
Di dalamkehidupan kini, mungkin kurang pehak yang memerntah mengambil sikap membiarkan rakyat tidak berpelajaran. Peluang seharusnya diberi kepada yang berkelayakan,kecuali mereka yang tidak sedar dengan peluang yang ada.
Tetapi cara memperbodohkan rakyat ialah dengan menggunakan media massa bagi mempengaruhi rakyat agar terpengaruh  dengan sesuatu yang dapat menarik rakyat. Misalnya melalui kempen pilihanraya yang mempengaruhi rakyat berpihak kepada yang mungkin sesuatu yang tidak wajar.
b)      Malas
Malas ialah sikap manusia atau rakyat yang tidak mempunyai inisiarif untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan atau kehidupan yang lebih baik. Malas adalah sikap negatif yang tidak produktif. Ianya pula diakbatkan oleh berbaga-bagai faktor. Selain dari jahil sebagaimana telah disebutkan – tidak berilmu, malas sering diakibatkan oleh budaya hidup yang tidak produktif. Misalnya kehidu[an dalam keluarga di kampung yang makan minum bergantung pada keluarga dan orang tua, Jika mereka tidak bekerja mereka tidak lapar, kerana keluarga masih menampung kehidupan. Jika tidak belajar dan tidak bekerja, masih dapat hidup di tengah keluarga secara biasa.  Sebab itu ada yang malas bekerja.
Sikap malas bekerja ini bukan saja berlaku di kalangan masyarakat di kampung, tetapi terjadi juga di kalangan masyarakat di bandar. Sering terjadi, apabila keluarga berjaya dan hidup senang dan ada jaminan, kini ada anak-anak  yang setengahnya mendapat pelajaran yang layak mendapat kerja, lebih rela tidak mau bekerja tetapi hidup bersama keluarga tanpa bekerja.. Kadang-kadang pihak kerajaan juga memanjakan rakyat dengan berbagai subsidi dan bantuan yang mnenyebabkan mereka malas kerja dab mengharapkan bantuan,  wa[aupun fizikal mereka sihat.
Sebab itu kerajaan dalam membantu rakyat, jangan sampai kepada tahap `mua`  hingga malas kerja.. Tiap anggota masyarakat hendaklah dimastikan kerja dan jangan harap bantuan, kecuali yang benar-benar layar.
Jangan biarkan manusia dan rakyat di dalam jahil dan malas, mereka hendaklah digerakkan untuk belajar dan bekerja agar aktif dan produktif.
Sekian.

1 comment:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    At least 160 thousand women and men are using a simple and secret "liquids hack" to drop 2lbs each night as they sleep.

    It's simple and works on everybody.

    Just follow these easy step:

    1) Get a clear glass and fill it up half full

    2) Now do this strange hack

    so you'll become 2lbs lighter when you wake up!

    ReplyDelete