March 9, 2020

KEPIMPINAN BERSATU TIDAK SEPATUTNYA TERUS BERTELAGAH


KEPIMPINAN BERSATU TIDAK SEPATUTNYA TERUS BERTELAGAH
(Fikrah Bangi:  502),
BBB: 14 Rejab 1441H. = 09 Mac 202-M. (Isnin).
Kini setelah Tun Mahathir aman dari perbalahan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka dihalakan pula perbalahan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kepimpinan  Parti Bumiputra Bersatu (Bersatu). Parti ini ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin selepas beliau dipecat dari Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Parti ini pada mulanya berkembang di Johor, tapi tidak diterima pendaftaran oleh ROS hinggalah PH memenangi pilihanraya  pada 9 Mei 2018. Dalam pilihanraya ke 14 parti ini tidak banyak memenangi kerusi, kecuali 15 kerusi. Di dalam mesyuarat Agungnya Tun Mahathir yang menjadi ahli parti ini dilantik menjadi Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin menjadi Presiden. Parti ini menjadi kuat kerana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri. Kerana kekurangan jumlah  kerusi parti ini menerima ahli yang melompat, terutama dari Umno, walaupun sikap ini tidak disetujui oleh seperti PKR dan DAP, kerana menganggap tidak wajar menerima `sampah` yang mengotori PH. Jumlah kerusi Bersatu bertambah, walaupun tidak mengimvangi kerusi PKR dan DAP di dalam PH.
Masalah yang timbul ialah selepas Langkah Sharaton, yang membenarkan Tun Mahathir meneruskan jawatan Perdana Menteri sehingga selepas Persidangan EPEC pada akhir tahun 2020, tiba-tiba satu yang mengejut dan luar jangka Tun Mahathir meletakkan jawartan dari  PH dan Bersatu, bahkan dari jawatan Perdana Menteri. Ini menyebabkan kemelut politik dari akhir Februati ke akhir minggu Ahad. Beliau sepatutnya tidak wajar lagi bertanding, tapi ambil keputusan bertanding untuk merebut jawatan Perdana Menteri melawan  Datuk Seri Anwar. Dalam masa tersebut Tan Sri Muhyiddin yang mengeluarkan Bersatu dari PH menjadi watak ketiga bagi merebut kerusi Perdana Menteri dan disokong oleh Umno dan Pas melalui Perikatan Nasional. Apabila melihat Muhyiddin mendapat sokongan kuat Tun Mahathir merubah perdirian dan menyokong Anwar menentang Muhyiddin. Tun Mahathir menunjukkan sikap tidak tetap pendirian. Bila Yang Di Pertuan Agong, membuat kepastian dari sokongan ahli Parlimen, Tun Mahathir kembali bertanding bagi merebut kerusi Perdana Menteri yang telah dilepaskannya. Sebagaimana termaklum dengan sokongan majoriti, termasuk dari GPS Sarawak, Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri Kelapan pada Ahad 01 Mac 2020.
Masalahnya  setelah tak terpilih menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir masih menganggap dirinya masih Pengerusi Bersatu dan mau diadakan mesyuarat menentukan siapa pemimpin bagi Bersatu. Beliau tidakmengiktiraf Tan Sri Muhyiddin yang memangku jawatan Pengerusi, di samping Presiden Bersatu  biarpun pada dasarnya Tun Mahathir tidak lagi mempunyai jawatan dan kedudukan di dalam Bersatu. Sepatutnya semua kepimpinan Bersatu dari negeri,  bahagian dan cawangan memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.
Perebutan kepimpinan Bersatu yang sepatutnya tidak berlaku memberi kesan kepada pimpinan negeri-negeri. Ada negeri yang menyingkir Adun-Asun  Bersatu seperti di Selangor, kerana mereka bukan lagi dalam PH, tetapi ada pula  Agun-Adun PH memberi sokongan kepada PH seperti di Kedah yang Menteri Besarnya dari Bersatu. Keadaan tidak menentu berlaku di Perak. Bahkan di Melaka dan Johor masih dianggap tidak tenteram. Sepatutnya semua Wakil Rakyat  termasuk di DUN memberi kepatuhan kepada Tan Sri Muhyiddin. Keadaan tidak tenteram ini menggugat pemerintahan kerajaan pada peringkat Pusat  dan negeri-negeri.
Sepatutnya Tun Mahathir tidak lagi campur tangan terhadap pemerintahan yang sudah berjalan. Tindakan menyebabkan tidak stabilnya pemerintahan dan politik negara. Sepatutnya Tun Mahathir memberi peluang orang baru dan tidak menghalakan meriamnya dari Datik Seri Anwar kepada Tan Sri Muhyiddin. Mungkin tidak senang dengan situasi perbalahan yang tidak habis-habis ini  Profesor Chandra Muzaffar mencadangkan agar Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar mengundur diri, bagi memberi laluan kepada suasana politik yang baru.
Sekian.

No comments:

Post a Comment