March 5, 2020

HANGIT DAN SHIT POLITIK - KEMBALIKAN KETENANGAN


HANGIT DAN SHIT POLITIK – KEMBALIKAN KETENANGAN

Betapa selepas tiga dekad,
Bahkan setengah abad
Dialah watak digeruni
Bahkan yang berani mendepaninya
Terpelenting keluar gelanggang kekalahan
Tiap yang berada di samping
Kemungkinan mengganti
Letak jawatan atau undur diri
Yang keras pendirian terseret ke pengadilan.
Namun atas hilang sokongan  undur sementara
Mengatur strategi pulang.
Ketika wira bakal disambut pulang
Halus dan teknikal dia dilihat pembela
Saat sejarah dikuasai
Dialah pemimpin yang pulang
Dan wira itu terlepas peluang !
Di atas retorik janji terus menunggu.

Tapi atas muslihat
Berikut dari syura presiden
Tiba keesokan 24 Feb Isnin
Berlaku perletakan jawatan
Bagi terputus tuntutan ?
Yakin kembali pertahan kedudukan ?
Kemelut pengisian berlaku
Antara dua watak utama berebutan
Atas bijaksana Agong
Mengatur pertemuan seorang demi seorang
Ahli parlimen – ketika itu muncul watak ketiga
Menyebabkan satu watak utama mengundur diri
Beri peluang pertahan pada jangkaan menang
Atas sokongan Pakatan Nasional, GPS
Dan lain-lain penyokong
Kemenangan bagi watak alternatif
Segera mendapat sokongan
Lantaran rakyat jemu muak politik
Mengharapkan kemelut seminggu mendebarkan
Berakhir kembali tenang
Walaupun diketahui ada tidak puashati
Kembali mengatur strategi
Diharap majoriti pertahan keamanan
Beri peluang watak pilihan.
Sekian,
(Fikrah Bangi{ 498)
(12 Rejav 1441`H. = 06 Mac 2020).

No comments:

Post a Comment