March 31, 2020

KETIKA COVID-19 MENINGKAT KAMI MUNAJAT DAN BERDO`A


KETIKA COVID-19 MENINGKAT KAMI MUNAJAT DAN BERDO`A

Mendekati  tempoh pengasingan
Dan mengawal kedekatan jarak satu meter
Dari 18  hingga 31 Mac – dua minggu
Tapi covid-19 makin meningkat
Statistik menunjukkan keadaan
Sedunia lebih 700,000  kes mangsa terlibat
Itali mengatasi China dengan kes 97,689
Dengan kematian 10,779
Sedang China kes  33,591
Dengan kematian 3,182         
Amerika meningkat dengan kes 136,880
Sedang kematian di Spanyol 6,660.

Sedang di negara kita
Statistik mutakhir kes  2,626
Dengan kematian 37 orang
Sekadar 1.4%, yang pulih 479
Demikian maklumat  Kementerian Kesihatan.

Kini dikenalpasti  beberapa kawasan merah
Simpang Renggam, Lembah Pantai,
Sungai Lui, Hulu Langat dan Sungai Ramal                  
Pihak Kementerian Kesihatan, Polis
Angkatan Tentera, beberapa agensi dan sukarelawan
Mengenyah kuman mempastikan kebersihan.

Sedang malam tadi,
Jabatan Mufti Selangor
Ambil inisiatif dari segi  rohani
Menganjurkan Munajat dan Do`a
Serentak seluruh negeri selepas `Isya`
Ia adalah rintihan hamba terhadap Yang  Maha Esa
Mohon diangkat  wabak sedang melanda
Ia adalah akibat dosa dan ketelanjuran manusia
Tiada Yang Berkuasa melainkan Engkau Ya Allah
Pulihkan segera, kembalikan sejahtera
Engkaulah Yang Berkuasa
Qabulkan permohonan hamba
Amin ya Rabbal  `Alamin. 

(Fikrah Bangi:  522),
BBB:  06 Sya`ban 1441H. = 31 Mac 2020M. (Selasa).                                                    

No comments:

Post a Comment