KITA SEDIKIT KETINGGALAN
(Fikrah Bangi: 517),
BBB: 01 Sya`ban 1441H. = 26 Mac 2020M.
(Khamis).
Forum yang dianjurkan oleh tv 3 melalui
saluran Awani 501 secara jarak jauh .
Forum mengenai wabak Covid-19 malam tadi
(Rabu 25.3.2020 jam 9.00 malam) adalah menarik. Forum dipengerusikan oleh pengacara Kamarul
Bahrain itu menampilkan tiga tokoh penting, iaitu Profesor Dr. Adibah Pakar
dalam bidang apademik, Prof Dr.
Bourghiba Bekas Naib Canselor Universiti Malaya dan Profesor Dr. Mahendran
Pakar Ekonomi. Forum dianjur oleh Akademi Sains Malaysia.
Memulakan forum Prof. Adibah berpendapat,
Malaysia masih ketinggalan dari segi sains dan teknologi berbanding dengan
Korea dan Singapura. Kemampuan sains dan teknologi mereka sebaik wabak
bertapak, mereka menggunakan kepakaran di dalam menjejaki wabak dan dapat
menyekatnya dari terus merebak. Berbanding dengan Malaysia, masih bertindak
secara manual di dalam mengesan wabak Covid-19 dan menghimpun satu persatu
mengenai data yang memakan masa dan meletihkan.
Pengerusi Kamarul mencelah dan mengemukakan
pendapat kepada Prof. Mahendran, bahawa Amerika salah satu negara yang teruk
mengalami wabak, asyik dengan pertumbuhan ekonomi, tapi gagal menghadapi wabak
secara efektif dan kini merebak terutama di California, Washington dan New
York. Prof. Mahenfran setuju Amerika lalai dengan ekonomi yang tidak dinafikan
penting, tetapi sains dan teknologi tidak selari dan tidak mampu menggunakannya
di dalam menyekat wabak seperti Cina, Korea dan Singapura.
Menurut Prof. Bourghiba, bahawa data memang
penting, tetapi Malaysia, tidak kurang dari data, masalahnya masih belum
menyusun data secara canggih, sehingga maklumat dapat dikesan secara teknologi
dan segera dapat diatasi. Misalnya jika kepakaran menyusun data, maka wabak di
Teluk Intan dapat dikesan hingga tidak samapai ramai doktor mengalami wabak danb
hospital berkenaan lumpuh. Malaysia perlu tingkatkan dari segi sains dan teknologi
sehingga mampu mengesan wabak dan kedudukan dari segi geografi dan beri tumpuan
memulihkannya dengan tidak perlu meluaskan area tumpuan ke luar dari kawasan
apedemik.
Saudara Kamarul membuat andaian, kiranya
Covid-19 tidak dapat dihentikan dalam tempoh yang diharapkan dan terus merebak,
apakah andaian dan kemungkinan yang perlu dilakukan. Profesor Mahendran
melihat, ekonomi penting di dalam mengatur strategi, perlu menambahkan
peralatan terutama bagi mereka yang berdepan dengan memulihkan penyakit. Prof Bourghiba yang
sentiasa optimis berpendapat, jika wabak ini dapat disekat seperti di China,
Korea dan Singapura, maka ianya adalah sebagai model yang dapat diikuti bagi
mengatasi wabak. Profesor Bourghiba, berpendapat Malaysia tidak kurang dari data yang perlu
ialah memperkemaskannya dengan menggunakan kaedah yang lebih saintifik di dalam
mengesan dan mengatasi penyakit. Pendekatan yang digunakan di Malaysia
secara mengawal dan menjauhi dari segi
kejauhan dan mengikut arahan yang dikeluarkan dapat mengatasi dari merebak. Ia
bukan tugas kerajaan saja, tetapi juga oleh rakyat.
Sebagai penutup, Profesor Adibah, mau
supaya Malaysia lebih memberi tum[uan meningkatkan fasilitis dan tenaga manusia
dan yang lebih penting menggunakan kepakaran dan penyelidikan serta sains dan
teknogi sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh China, Korea dan Singapura.
Dapat difahami, ekonomi saja tidak mampu
menahan wabak sebagaimana kecuaian yang dilakukan oleh Itali, Spanyol, bahkan
Amerika.
Satu pengajaran dapat diambil, bahawa
kemampuan dan kemajuan secara saintifik
seperti menghadapi wabak, tidak mampu dihadapi barat. Sebaliknya dapat dihadapi
oleh Timur seperti China, Korea dan Singapura. Tidak semua Barat Unggul. Kemampuan
juga dapat dilakukan oleh para ilmuan dari Timur.
Sekian.
No comments:
Post a Comment