March 20, 2020

MALAM JUMA`AT - COVID-19


MALAM JUMA`AT – COVID 19

Petang  Juma`at sebegini
Jika tidak  kerana Covid – 19 mengancam
Jama`ah solat berduyung datang
Sama mengimarah malam sayyidul ayyam
Bersolat, yasin, tahlil  atau al-kahfi
Serta do`a maghfirah kepada arwah
Dan selepas `isya` sama nikmati juadah
Adalah daya tarikan
Orang muda  anak-anak  sama datang.

Namun  petang ini
Bagi mengelak dari jangkitan covid-19
Masjid lengang  dari jama`ah
Kecuali imam, bilal dan siak
Menunaikan kifayah.

Sayu petang juma`at itu
Dipecah  laungan azan
Namun selepas maghrib
Dengan jama`ah beberapa orang
Tiada kedengaran yasin. wirid dan tahlil
Tiada tikar di ruang legar terbentang
Tiada lagi kemeriahan jamuan.
Ruang sepi dan muram.
Tiada sumbangan meriah jamuan.

Cobid – 19
Mengganggu rutin kehidupan
Perlu semua menghalanginya
Dengan pengasingan
Biar wabak itu musnah sendirian
Dan kita kembali mengimarahkan  masjid
Dengan berbagai kegiatan.

(Fikrah Bangi: 511),
BBB: 25 Rejab 1441H. = 20 Mac 2020M. (Juma`at).

No comments:

Post a Comment