March 27, 2020

PETANG JUMA`AT KEDUA DI MUSIM WABAK


PETANG JUMA`AT KEDUA DIMUSIM WABAK
Ini  Juma`at kedua datang bawa kesepian
Sejak petang tidak seperti biasa
 Dengan ramai jama`ah yang datang
Berjama`ah dan membaca Yasin-tahlil
Tapi petang ini aku sedikit lewat kerana berbuka,
Tiba, ruang utama ditutup dari ke dalam
Dan aku berjama`a di sayap luaran
Hanya dibuka selepas salam
Katanya, ``Bimbang dimasuki tak dikenali.`
Semuanya ini, kerana Imam Jurunikah
Meng`akad sepasang pengantin
Di aras bawah kes wabak dipasti
L,alu imam   dikuarantim elak dari dijangkiti
Jama`ah hanya  iman lain, nazir, bilal dan siak
Kemudian sama bersolat hajat
Memohon Tuhan lindungi dari wabak
Acara itulah hanya solat dan hajat
Diakhiri denganb solat berjama`ah `Isya`
Kemudian pintu pagar kembaki dikunci
Elak dari dicerobohi
Ianya amat berbeda
Sebelumnya bebas untuk dhadiri
Ini penaka  wabak Covid-19
Amat digeruni
didoa segera dibasmi.

(Fikrah Bangi:  518),
BBB: 02 Sya`ban 1441H. = 27 Mac 2020  (Juma`at).

No comments:

Post a Comment