March 12, 2020

KONSEP NEGARA UNGGUL


KONSEP NEGARA UNGGUL
(Fiktah Bangi: 505),
BBB: 17 Rejab 1441H. = 12 Mac 2020M. (Khamis).
Konsep Unggul yang dibicarakan adalah luasan dari Teori Takmilah yang pernah diaplikasikan kepada bidang sastera dan senibina masjid. Kali ini Takmilah diaplikasikan kepada bidang politik pemerintahan dan  pentadbiran dengan mengertikan konsep Takmilah ini kepada `Unggul`.Maksud unggul dapat diertikan kepada sempurna, baik dan lengkap. Ada istilah-istilah yang lain dapat diertikan, tetapi untuk pembicaraan di sini dihadkan kepada tiga erti disebutkan. Ianya digunakan pada tempat yang bersesuaian.
Konsep Negara Unggul, ialah Negara Sempurna. Istilah ini terdapat di dalam Al-Qur`an dengan ungkapan `Baldah Tayyibah` bermaksud ` Negara Baik` Juga digunakan oleh Al-Farabi dengan istilah `Al-Madinah al-Fadhilah` Pendekatan bagi Negara Unggul lebih bersifat semasa dan kekinian.. Negara Unggul akan banyak melihat Malaysia sebagai bahan pembicaraan, termasuklah tentang perkembangan politik semasa.
Secara skop menyeluruh tapi ringkas, Negara Unggul Malaysia akan dilihat, misalnya dari segi fizikal, sejarah dan politik kini. Dari segi fizikal unggul Malaysia berada  sebagai jantung Asia dan berada di laluan jalan utama melalui Selat Melaka dari lautan India ke Lautan Pasifik. Semenanjung ini pernah dikenali sebagai `  Semenanjung Emas. Semenanjung Emas mewarisi kerajaan besar seperti Funan, Langkasuka, Seriwijaya dan Melaka. Kawasan ini mempunyai artifek purba yang menunjukkan ketuaan sejarah  kawasan ini, antaranya dikenalpasti berusia 17 ribu tahun,bahkan ada artifek yang dijangka berusia 40 ribu tahun (dalam kajian). Dalam kata lain Malaysia  adalah negara yang unggul dari segi fizikal dan sejarah.
Dengan kedudukan terkininya, Malaysia  hendaklah berjiwa besar dan mampu menjadi Negara Unggul di dunia. Namun bagi membina negara ` Unggul Malaysia, tidak mudah dicapai. Berbagai Unggul diperlukan bagi mencapai hasrat berkenaan.
Antara pra syarat ialah:
Unggul dari segi manusianya yang melibatkan pimpinan, pendukung-pendukung pimpinan dan rakyat sebagai penduduknya.
Unggul dari segi ekonominya. Misalnya melibatkan kekayaan muka buminya, kemudahan infra-strukturnya, dan keaktifan dan kreativiti penduduknya.
Unggul yang paling penting ialah kemampuan keilmuan penduduknya. Potensi ilmu adalah menjadi keperluan bagi kelahiran pimpinan, pendukung-pendukung dan rakyat. Faktor keilmuan adalah melebihi dari faktor-faktor yang lain, bahkan dengan ilmu tanpa sumberkekayaan muka bumi dapat ditingkatkan unggul dan kemajuan dengan ilmu dan kreativiti yang berhubung dengan keilmuan. Dalam kata lain ianyalebih merupakan pembangunan manusianya.
Unggul hasil dari  segi fizikal sebagai keperluan dari kemajuan  seperti kemajuan dari segi perumahan, berbagai pembinaan, perhunumgan dan berbagai-bagai kemudahan kehidupan.
Satu lagi Unggu lalah hasil dari ketinggian daya fikit, penghasilan dan nilai yang melahirkan nilai kemanusiaan, seni, estetika dan budaya yang dikenali sebagai peradaban.
Semua aspek ini sedang berlaku dan berlangsung di dalam kehidpan masyarakat di Malaysia, tetapi pada tahap manakan mereka berada dari segi keunggulan ?
Jangan lupa di sebalik Unggul ada lawannya yang kita istilahkan sebagai `Mundur` Mungkinkah kita atau sebahagian dari kita berada di dalam kategori `Mndue` dan pecahan-pecahan darinya ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment