March 7, 2020

MENUNGGU PERLANTIKAN KABINET BARU


MENUNGGU  PERLANTIKAN KABINET BARU
(Fikrah Bang:  500),
BBB:  12 Rejab 1441H. =  07 Mac 20210M. (Sabtu).
Selepas seminggu perlantikan (01 Mac 2020) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia Kelapan, maka berita yang ditunggu-tunggu rakyat ialah, siapakah yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteti dan siapakah barisan kabinet yang dilantik.
Beberapa pihak yang merasakan diri tidak lagi sesuai berada di dalam jawatan yang dilantik oleh kerajaan PH yang dahlu antaranya telah mengundurkan diri. Misalnya  Thommy Thomas Peguam Negara  telah meletakkan jawatan dan tempatnya diganti oleh Idris Harun, manakala Latheefah Koya Pengerusi SPRM juga meletakkan jawatan, semuanya ini membuka ruang bagi Perdana Menteri melantik pegawai yang baru bagi memenuhi kekosongan sesuai dengan hasrat kerajaan Perikatan Nasional.
Sementara presiden Umnu, Zaid Hamidi dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presuden Pas dua pemimpin yamg memberi sokongan yang kuat terhadap perlantikan Tan Sri Muhyiddin, mereka kedua bersifat terbuka dan tidak mendesak bagi apa-apa jawatan.  Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa-siapa yang difikirkan sesuai dan layak.
Bagi persediaan bagi perlantikan kabinet yang ditunggu Perdana Menteri telah menemui dan mendapat taklimat dari Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian mungkin bagi mendapat pandangan berhubung dengan pengisian jawatan.
Sebagaimana  disiarkan oleh pihak media, ramai yang berpendapat dan mencadangkan agar barisan kabinet Perdana Menteri, tidak saja dilantik dari kalangan orang-orang politik, tetapi sebahagian daripada mereka adalah dari kalangan profesional dan teknokrat. Mereka yang dilantik hendaklah mereka yang berkelayakan dan berkemahiran di dalam bidang masing-masing. Cadangan juga dibuat hendaklah bersifat semua kaum, termasuklah dari Sarawak dan Sabah. Kita menunggu apakah formula dan adunan yang dilakukan bagi memenuhi kriteria yang telah disebutkan.
Sedang persiapan rancak pada peringkat Pusat, penyesuaian setengah-setengah negeri belum selesai. Bebeapa negeri yang terlibat dengan pengubahsuan ialah Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Johor telah melakukan perubahan peringkat awal dari pemerintahan di bawah PH kepada Bersatu yang disokong oleh Umno dan Pas. Kekecohan berlaku di Melaka hingga didifatkan berlaku perpecahan antara Umnoi dan Bersatu. Walau bagaimana Menteri Besar Neklaja yang baru dijangka mengangkat sumpah pada hari Isnin hampir ini. Kedaan di Perak masih tarik tali dan tidak  pasti bila berlaku perubahan di Perak Namun tanda-tanda perubahan mungkin berlaku pada masa terdekat.
Kedah  walaupun dijangka dari awal berlaku perubahan, tetapi Mukhlis Menteri Besar mendakwa, kerajaan pimpinannya mantap dan dijangka tidak ada perubahan pimpinan dari kerajaan Kedah dalam masa terdekat . Kemantapan pemerintahan perlu bagi kerajaan Pusat dan negeri-negeri bergerak maju. Tempoh bagi kerajaab Perikatan Basional adalah pendek. Kerajaan perlu bekerja keras, khususnya selepas perlantikan barisan kabinet,ianya lebih mantap jika kerajaan-jerajaan negeri sama bergerak dengan kerajaan Pusat.. Walau bagaimana beberapa kerajaan negeri telah menetapkan pendirian. Sabah menurut Ketua Menterinya Shafie Afdal adalah berpihak kepada pihak pembangkang – PH.  Manakala Sarawak, walaupun memberi dokongan terhadap perlantikan Tan Sri Muhyiddin,  tetapi bersifat berkecuali.
Banyak pihak sedang memerhati dari segi perlantikan kabinet dan pemerintahan Kerajaan Pakatan Nasional. Jika perjalanan dapat dikendalikan dengan baik, sudah tentu akan menambahkan sokongan terhadap Kerajaan  Pakatan Nasional. Jangan sampai berlaku sebaliknya, ia akan menyukarkan kedudukan..
Sama-sama kita sokong sebarang usaha pembaikan dan pemantapan yang memperkukuhkan Kerajaan Pakatan Nasional.
Sekian.

1 comment:

  1. If you're attempting to burn fat then you absolutely need to start using this brand new custom keto meal plan diet.

    To create this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and cooks have united to develop keto meal plans that are efficient, decent, cost-efficient, and satisfying.

    From their launch in early 2019, 100's of clients have already remodeled their figure and health with the benefits a good keto meal plan diet can give.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete