March 3, 2020

SEJAHTERA MINDA DAN JIWA


SEJAHTERA MINDA DAN JIWA
(Fikrah Bangi: 496),
BBB:  08 Rejab 1441H. = 03 Mac 2020M. (Selasa).
Sejahtera minda dan jiwa adalah penting bagi setriap individu bagi melakukan sesuatu tugas. Seminggu yang lepas, bermula dari Ahad 23 Februari hingga Ahad 01 Mac 2020 Negara Malaysia dan penduduknya tidak tenteram akibat dari perbalahan dan perebutan kuasa pemimpin-pemimpin dari satu kem – PH, khususnya Bersatu. Ekonomi merudum dan saham menurun.
Mengejut, berikut dari  Tun Mahathir yang diberi tempoh untuk terus  menjadi Perdana Menteri sehingga selepas persidangan APEC, sehingga ka akhir tahun, tetapi selepas sidang presiden-presiden di dalam PH, keesokannya Tun Mahathir membubar PH dan meletak jawatan dari Bersatu. Bermula dari sini tercetus persoalan siapa sepatutnya mengganti tempatnya yang difahami beliau juga mengosongkan jawatan Perdana Menteri. Ruang perebutan terbuka dari pemimpiun-pemimpin di dalam PH mengambil tempat. Orang dilihat menggantikannya ialah  Anwar Ibrahim. Di dalam hal ini Tun Mahathir juga kembali mau bertanding. Antara mereka muncul Tan Sri Muhyiddin pengasas Bersatu turut dicalonkan  untuk mengambil tempat  Perdana Menteri. Timbul dakwaan antara mereka tentang jumlah sokongan ahli parlimen terhadap mereka.. Dari pertikaian ini Seri Paduka Yang Di Pertuanb Agong mengambil inisiatif memanggil ahli-ahli Parlimen menentukan siapa yang disokong. Di dalam hal ini Anwaryang asalnya dicalon untuk  bertanding, memberi sokongan terhadap Tun Mahathir yang bersendirian tanpa parti itu, kerana meletakkan jawatan. Sebagaimana telah maklum, Tan Sri Mahyuddin ketika mendapat 96 undi, berjaya mengatasi Tun Mahathir, lantaran mendapat sokongan dari  GSP Sarawak, walaupun dakwaan terus dibuat oleh Tun Mahathir, bahawa dia mempunyai sokongan yang mencukupi. Rakyat yakin dengan tindakan Yang Di Petuan Agong yang membuat kepastian dari setiap oranbg ahli Parlimen dengan diperkukuhkan pada peringkat akhir oleh Abang Johari Ketua Menteri Sarawak menyokong Tan Sri Muhyiddin.
Rakyat berpuashati di atas inisiatif yang diambil oleh Yang Di Pertuan Agong dan Perlantikan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kelapan pada Ahad 01 Mac yang lepas. Rakyat berpuashati. Minda dan jiwa mereka kembali tenang. Namun begitu tuduh menuduh masih berlaku. Misalnya  tuduhan  Tun Mahathir dan anaknya Mukhrij terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai derhaka. Namun ini dinafikan oleh Tan Sri Muhyiddin. Sebaliknya orang memahami motif Tun Mahathir yang selama ini begitu liat melepaskan jawatan. Dan selepas  membubarkan PH dan meletakkan jawatan dari Bersatu, tiba-tiba kembali untuk merebut kembali jawatan Perdana Menteri. Orang memaham,i beliau tiada pendirian. Lobang yang beliau gali akhirnya memerangkap dirinya sendiri.
Dengan situasi sekarang, sepatutnya  pihak media mengurangkan tumpuan terhadap Tun Mahathir. Tumpuan hendaklah diberi bagi mengukuhkan kerajaan yang didukung oleh Bersatu,  Perikatan Nasional dan beberapa parti yang lain yang sama bergabung.
Pihak kerajaan perlu memikirkan, bahawa jika negara mempunyai akta pilihanraya, sudah sampai waktunya diwujudkan  Akta Politik bagi melindungi rakyat dari berterusan diganggu oleh politik. Waktu aktif politik hanya dibenarkan dalam tempoh setahun dari pilihanraya. Selepas piilihanraya hendaklah dikendurkan dari kegiatan politik. Garis panduan akta politik hendaklah ditentukan Sebarang kesalahan melampau dan tidak mengikut peraturan hendaklah diambil tindakan. Biarlah rakyat sejahtera minda dan jiwa, di dalam melaksanakan tugas.
Berpolitik hendaklah dikawal secara akta.
Sekian.

No comments:

Post a Comment