BEKERJASAMALAH !
Semasa menghadapi sengkita
Wabak virus Covid-19 merbahaya
Tidak mengenali sempadan,
Warna kulit, bangsa, miskin dan kaya
Covid-19 merebak ke seluruh dunia
Dengan ancaman kematian meningkat
Ego kekuasaan turun mendadak
Menyedari senjata paling canggih
Tiada mampu menghapus virus ancaman
Bahkan negara maju Itali, Perancis, Spanyol
Termasuk Amerika tidak terkecuali
Tiada mampu menunjukkan kelebihan.
Berdepan ancaman dari kecil virus
Terbaik
adalah kerjasama
Buangkan ego kekuasaan dan kekayaan
Contohi Cina tempat awal virus berkembang
Berjaya menyekat dan memberi khidmat
Kepada Malaysia pernah membantunya
Juga Itali dengan menghantar pakar
Kaedah `Menyekat dari merebak`.
Dalam suasana gawat tentu ada perlumbaan
Mencari vaksyin sebagai jaguh menemui
Tetapi tidakkah lebih baik
Wujudkan kerjasama sedunia
Di bawah PBB menyelaraskan penyelidikan
Mencari penawar bagi menghapus virus ini
Dan berbagai ancaman lagi.
Tetapi di
negara kita
Sedang wira-wirawati di barisan hadapan
Menentang kemaraan virus ini bergadai nyawa
Tiada kita mendengar pembangkang
Menyatakan sokongan dan kesanggupan
Bekerjasama menghadapi ancaman bersama
Yang kita dengar ancaman mau rebut jawatan
Alangkah tidak manis pemimpin
Mementingkan diri di tengah kegawatan
Nilailah antara Yang Berjiwa Besar
Dengan Yang Kerdil jiwa
Dari segi kepimpinan.
(Fikrah Bangi: 513)
BBB: 27
Rejab 1441H. = 22 Mac 2020M. (Ahad).
No comments:
Post a Comment