March 10, 2020

KABINET PILIHAN KHIDMATLAH KE TAHAP CEMERLANGNG


KABINET PILIHAN KHIDMATLAH  KE TAHAP CEMERLANG
(Fikrah Bangi:  503),
BBB:  15 Rajab 1441H. = 10 Mac 2020M. (Selasa).
Setelah sepuluh hari perlantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka semalam telah diumumkan barisan Kabinet Menteri seramai 31 orang dan Timbalan Menteri seramai 38 orang. Jumlah semua ahli kabinet termasuk Perdaa Menteri ialah 70 orang. Satu jumlah yang agak besar.
Beberapa kelainan yang dapat dikatakan juga sebagai pembaharuan bahawa di dalam kabinet yang dilantik, buat kali pertama di dalam sejarah politik pemerintahan negara, bahawa pada kali ini tiada dilantik Timbalan Perdana Menteri. Tentulah bukan tiada calon yang layak, tetapi pertimbangan agar tidak berbangkit  kekanan dari segi parti sama ada Bersatu, Umno, Pas dan lain-lain. Sebaliknya fungsi Timbalan dipikul bersamna oleh empat tiang seri Menteri Kanan, iaitu Azmin Ali (Bersatu) selaku Mentteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.  Juga Ismail Sabri (Umno) selaku Menteri Pertahanan,  Fadhillah Yusof  (GPS) Menteri Kerjaraya, Dr. Md. Radzi Mat Jidin (Bersatu ) selaku Meneri Pendidikan. Salah seorang daripada mereka layak mengambil tugas ketika Perdana Menteri di luar negara dan sebagainya.
Ada beberapa kejutan di dalam perlantikan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin nampaknya mengambil kira bahawa perlantikan kabinet tidak seharusnya dari kalangan ahli politik yang memetintah, tetapi seharusnya sama dipertimbangkan dari kalangan profesional dan teknokrat. Nampaknya pandangan ini diterima Perdana Menterim tetapi yang mengejutkan antara muka baru bukan dari ahli politik diambil dari kalangan profesional agama dalam mana Dato` Seri Zulkifli al-Bakri dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Agama. Tahniah dan diharap beliau dapat mengendalikan kementerian ini secara profesional dan terbaik. Antara tokoh bukan politik yang dilantik ialah Tengku Datuk Seri Zafrul bagi Menteri Kewangan, beliau dari kalanganm koperat yang berpengalaman dari segi kewangan. Antara kementerian yang besar dan banyak tugas ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini kembali dipecahkan kepada dua. Selain dari perlantikanm Menteri Pendidikan yang disebutkan di atas dilantik Menteri Pengajian Tinggi yang diberi tugas kepada Dato` Dr. Noraini Ahmad  (Umno).
Perlantikan mengambil kira menteri-menteri yang dilantik dari GPS di Sarawak 4 menteri dan dua dari Sabah. Dalam kabinet yang dilantik selain dari Presiden Umno Zahid Hamidi tidak dilantik ke sebarang jawatan, juga Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak dilantik ke sebarang jawatan.  Pas diwakili di dalam kabinet oleh Datuk Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar,  Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Menteri Perusahaan, Perladangan  dan Komogoti. Kita berharap mereka, walaupun dari parti yang bersifat agama dapat memberi khidma terbaik tidak kurang dari tokoh-tokoh politik yang lain.
Dilihat kepada taburan perlantikan ia bukan saja mengimbangi dari parti-parti yang memerintah, antara profesional dan koperat, mengimbangi dari segi zon, terutama antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah, tetapi juga dari segi kaum.  Walau bagaimana di dalam kabinet kurang memperlihatkan kalangan muda. Tetapi perkiraan yang diambil adalah merekayang berkelayakan dari segi parti, profesional dan expertis.
Kabinet hanya mempunyai masa lebih kurang tiga tahun, maka semua pihak hendakla bekerja dengan tekun dan menzahirkan kecemerlangan di dalam bidang masing-masing. Amanah diletakkan oleh Perdana Menteri kepada setiap yang dilantik dan  Masa depan terletak pada kejayaan kabinet,terutama bagi menghadapi pilihanraya ke 15. Pemilihan dilihat sebagai mantap, tetapi kemantapan sebenar bergantung pada kejayaan melaksanakan amanah yang diberi.
Selamat bertugas dengan cemerlang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment