March 4, 2020

JANGAN JADI KERAJAAN SEPARUH PENGGAL


JANGAN JADI KERAJAAN SEPARUH PENGGAL
(Fikrah Bangi: 497)
BBB:  09 Rejab 1441H. =  04 Mac 2020M. (Rabu).
Kerajaan PH tumbang belum sempat separuh penggal usia. Kini Pakatan Nasional mengambilalih pemerintahan dan masa berbaki lebih dari separuh penggal sebelum pilihanraya ke 15. Kita harap usia Pakatan Nasional tidak setakat melengkapkan  separuh penggal berbaki atau kurang dari itu, misalnya jatuh melalui sidang parlimen pertama, tetapi harap kekal kepada penggal-penggal seterusnya.
Ada baiknya mengambil ibrah daripada apa yang berlaku pada kerajaan PH yang tumbang itu. Ianya diakibatkan oleh beberapa perkara yang patut diambil perhatian oleh pimpinan Pakatan Nasional sekarang.
Selepas  enam bulan PH memerintah, Tun Daim Zainuddin Penasihat bagi pemimpin PH membuat teguran, bahawa kelemahan ketara pada pemerintahan PH ialah kabinet yang tidak berpengalaman dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Sepatutnya kelemahan tidak dibiarkan berterusan, tindakan reshuffle kabinet sepatutnya dilakukan  selepas enam bulan, setelah dipastikan kelemahan dan ditukarkan, tetapi tidak dilakukan. . Pengajaran bagi Pakatan Nasional, pemilihan barisan kabinet hendaklah dilakukan sebaik mungkin mulai dari peringkat awal. Mereka hendaklah orang-orang yang berkelayakan. Sebaiknya jangan ada pertukaran sekepas itu.
Selepas setahun PH memerintah dan presrasi PH menurun, berlaku kekalahan di dalam beberapa pilihanraya kecil secara seturut. Tun Daim Zainuddin menasiatkan Kerajaan PH agar menunaikan  janji pilihanraya agar rakyat kembali mempercayai Keajaan PH. Sememangnya ada tindakan yang dilakukan sejak awal seperti menggantikan GST kepada SST, tetapi kesan tidak jelas, harga barang  berterusan naik, rakyat makin tersempit, pengangguran makin meningkat, Antara meeka tidak mampu untuk memiliki rumah Mampu Milik. Kekalahan PH berterusan dan terakhi di Kimanis Sabah (18.1.2020). Pengajaran kepada Pakatan Nasional supaya tidak membuat janji bagi sesuatu yang tidak dapat ditunaikan, tetapi lakukan pembangunan menurut kemampuan secara jujur.
Setelah satu setengah tahun memerintah, Tun Daim Zainuddin mengkritik kalangan Menteri PH yang di antara mereka dikatakan angkuh dan sumbung, sedangkan sebelum menjadi menteri tidak bersikap sedemikian. Memang ada kalangan menteri yang menyifatkan  profesor universiti sebagai `profesor kangkung`. Ini melukai tenaga di universiti.  Ada menteri secara angkuh menyanggah apabila dikatakan, bahawa Kerjaan PH sebagai kerajaan separuh penggal. Kenyataannya terjadi.
Pengajaran yang  dapat diambil supaya para menteri tidak  bersikap kasar dan tidak beradab terhadap rakyat,  jika tidak mereka mendapat tentangan dari  rakyat.  Sesungguhnya tidak berpengalaman menjadikan mereka bersikap sedemikian.
 Sebaiknya  wakil-wakil rakyat perlu menjalani kursus budaya,nilai dan adab agar tidak bersikap kasar terhadap rakyat, khususnya mereka yang diwakili. Satu contoh yang baik dalam kegiatan parti anggota-anggotanya dikehendaki menghadiri kursus-kursus tarbiah, misalmya sebagaimana dilakukan olehPAS terhadap ahli-ahlinya yang  sering kelihatan beradab, Bandingkan dengan ahli-ahli di dalam PKR yang sentiasa berbalah yang kita berpendapat mereka tidak mempunyai konsep tarbiah terhadap ahli. Melalui tarbiah dapat menghendarkan ahli-ahli dari terlibat dengan rasuah.
Beringat-ingat dari awal insya Allah dapat mengelak dari terjebak di dalam berbagai-bagai kesalahan. Usahakan bagi mendapat kepercayaan  rakyat, bukan  menjadikan mereka marah terhadap pimpinan dan pemerintahan.
Semoga Pakatan Nasional tidak menjadi Kerajaan separuh penggal, sebaliknya kekal memerintah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment