BERSAMA SOKONG TEGAK KESTABILAN
(Fikrah Bangi: 499),
BBB: 11 Rejab 1441H. = 06 Mac 2020M.
(Juma`at).
Umum
, termasuk golongan muda
bersetuju dengan pertukaran pemerintahan yang berlaku di Malaysia sejak awal
Mac 2020. Dengan peralihan kuasa Mac
2020, negara terlepas dari dominan kuasa individu yang sukar disanggah apa yang
disarankan. Dengan terlepas dari ikatan ini, membuka peluang bagi perancangan
baharu yang hendak dilakukan.
Dengan peristiwa Mac 2020, negara dapat
melepaskan diri dari perbalahan kepimpinan yang tidak berkesudahan yang bukan
saja menjemu, tetapi memuak, bahkan meloyakan.
Dengan peristiwa Mac 2020, pemerintahan
yang baru tidak terikat lagi dengan janji-janji yang dibuat yang tidak
tertunaikan. Perancagan yang baru dapat dirangka dan dilaksanakan.
Kerjaan
baru di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
ada unsur persyarikatan antara Bersatu, Umno (BN), Pas dan beberapa
parti yang lain. Bagi mengukuhkan persyarikatan ini banyak pihak mengesyorkan,
bahawa kabinet Kerajaan Permuafakatan
atau Pakatan Nasional ini, melantik anggota kabinet bukan sahaja terdiri dari
orang-orang parti, tetapi hendaklah
diperkukuhkan dengan para profesional dan teknokrat yang mencerminkan
kepelbagai kaum. Pakar-pakar amat
diperlukan bagi bidang-bidang yang penting, misalnya bagi bidang kewangan,
pendidikan, perumahan, integrasi nasional (Hubungan Antara Kaum), komunikasi,
Kesihatan, Pertahanan dan Ketenteranab dan hubungan luar. Bagi memenuhi
keperluan kepakaran selain dari boleh
didapati dari orang parti, tenaga profesional dan teknokrat boleh didapati dari
pusat-pusat pengajian tinggi, kakitangan perkhidmatan awam dan dari berbagai
sektor yang terdapat di dalamnya tenaga profesional dan teknokrat. Mereka boleh
dilantik melalui senatorship yang kini kekosongan adalah banyak, iaitu sebanyak
16 jawatan (BH, 6.3.2020: 1). Menyebut tentang Dewan Negara, Dewan ini
hendaklah sama dipertingkat dan bukan bersifat rubber stamp.
Misi mereka yang dilantik di dalam kabinet
baru ini, adalah berusaha sebaik mungkin bagi meningkat semua sektor di dalam
pentadbiran kerajaan yang melibatkan
semua sektor. Anggota kabinet hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan
pegawai-pegawai kementerian, jabatan-jabatan kerajaan berkenaan dan juga
kerajaan negeri. Sebaiknya pertikaian politik hendaklah dikurangkan.
Pihak pemerintah di bawah Perdana Menteri dan
kabinet, dari awal perlu mempunyai misi dan visi yang menjadi matlamat dan arah
tuju. Visi dan misi ini ialah menjadikan rakyat
sejahtera di dalam negara yang maju. Negara nembangun dengan identiti
Malaysia yang tersendiri berdasarkan Raja berlembagaan, berasakan undang-undang dan demokrasi
bercirikan Malaysia. Membina kemajuan negara sama dengan membina kekayaan budaya
yang terdapat di negara Malaysia.
Sekiranya pihak pemerintah mempunyai misi
dan visi yang jelas yang dirumus dari
pelbagai unsur oleh pelbagai bidang kepakaran dan semua pihak bekerja ke
arahnya dengan jelas, kita percaya jika setiap orang dan bidang bekerja dengan
ikhlas, maka rakyat memberi sokongan. Jika ada kelemahan mereka sokong dan
sama-sama memperbaiki segala kekurangan.
Dari awal negara dan kepimpinan hendaklah
mempunyai misi danvisi yang jelas yang semua pihak bekerja ke arahnya bagi
me;aksanakan kesejahteraan rakyat dan
kemajuan negara.
Sekian.
Do you understand there's a 12 word sentence you can tell your crush... that will induce deep emotions of love and impulsive appeal to you buried within his chest?
ReplyDeleteThat's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, idolize and look after you with his entire heart...
12 Words Who Trigger A Man's Desire Impulse
This impulse is so built-in to a man's mind that it will make him work better than before to take care of you.
In fact, triggering this influential impulse is so binding to having the best ever relationship with your man that the instance you send your man a "Secret Signal"...
...You will soon find him open his heart and mind to you in a way he haven't experienced before and he will distinguish you as the one and only woman in the universe who has ever truly interested him.