March 2, 2020

PERKUKUH KEDUDUKAN - BERI SOKONGAN


PERKUKUH KEDUDUKAN: BERI SOKONGAN
(Fikrah Bangi:  495),
BBB:  07 Rejab 1441H. = 02 Mac 2020M. (Isnin).
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menjadi Perdana Menteri Ke Lapan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Yang Di Pertuan Agong  pada Ahad  01 Mac 2020 menamatkan era didominasi Tun Mahathir sejak dari 1980an berakhir, walaupun dakwa Tun Mahathir dia masih mendapat sokongan, tapi sikapnya yang tidak tetap perdirian menyebabkan beliau makin hilang sokongan. Kita amat berpuashati dengan tindakan Yang Di Pertuan Agong yang bertindak menginterview seorang demi seorang Ahli Parlimen selama dua hari berturuturut. Keyakinan dengfan pilihan Yang Di Pertuan Agong menjadi lebih kukuh apabila Ketua Menteri Sarawak Abang Johari  mengucapkan, bahawa sikap Tun Mahathir yang berubah-rubah menjadikan Abang Johari bagi pihak GPS  memberi sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin.
Peranan mereka yang cintakan damai dan negara kembali berfungsi dari segi pentadbiran, ialah  semua pihak memberi sokongan terhadap Tan Seri Muhyiddin menjalankan tugas. Kita yakin, walaupun beliau disifatkan berada di atas `Kerusi Panas`, keadaan kembali tenang, kiranya kebijaksanaan dapat diserlahkan.
Selain dari tahniah mencurah-curah dari pemimpin-pemimpin dari luar dan dalam, penyelarasan berlaku bagi penyesuaian kedudukan. Kita melihat Kerajaan Negeri Johor mengambil pendirian awal dengan perubahan pimpinan dan pentadbiran negeri itu dari pimpinan PH kepada pimpinan BN di bawah Menteri Besar yang baru dilantik, iaitu Datuk Hasni Mohammad. Beliau memulai tugas Ahad semalam.
Sementara itu Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin mempunyai dokongan dari pimpinan negeri-negeri di bawah Umno-BN, iaitu Pahang, dan Perlis. Beliau juga mendapat sokongan dari negeri-negeri di bawah pimpinan Pas yang bersama membentuk  Muwafakat Nasional, iaitu Kelantan dan Terengganu. Kwdua-dua negeri di bawah pimpinan Pas ini mantap dan tiada gugatan.
Sementara itu berlaku  usaha ke arah penyelarasan kedudukan di beberapa kerajaan negeri yang majoriti pemerintahan tidak mantap. Pergerakan ke arah pemantapan ini sedang berlaku seperti di Kedah, Perak dan Melaka. Adalah dijangka menunggu masa perubahan akan berlaku di negeri-negeri yang PH tidak mempunyai kedudukan yang teguh. Negeri-negeri di Semenanjung  seperti Selangor dan Negeri Sembilan dijangka dapat bertahan dengan kedudukannya di bawah PH. Sementara Sarawak, walaupun memberi sokongan terhadap Perlantikan Tan Sri Muhyiddin, tetapi negeri itu kukuh dengan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS). Pendirian yang diambil oleh Sarawak ini dijangka memberi pertambahan kekuatan bagi GPS yang akan mengadakan pilihanraya peringkat negeri tidak lama lagi.
Teka teki timbul berhubung dengan kedudukan Sabah. Negeri ini  yang disifatkan sebagai kubu kuat BN, pada pilihanraya ke 14 Mei 2018 adalah dimenangi oleh BN dan Musa Aman telah mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Sabah, tetapi oleh kerana kerajaan  pada peringkat Negara dimenangi oleh PH, maka berlaku lompatan ADUN-ADUN sehingga Shafie Afdal yang meminpin Wawasan di Sabah mendapat majoriti memilih menyokong Kerajan Pusat di bawah PH. Jiwa pemimpin pada peringkat negeri Sabah sebenarnya adalah berjiwa UMNO dan BN. Kita menjangkan, wakil-wakil Rakyat Sabah yang terkenal suka berubah itu, tidak kekal dan akan berubah  kepada penyesuaian pemerintahan dengan Kerajaan Pusat.
Sebagaimana disebutkan era baru mulai tercipta di bawah Perdana Menteri Yang Baru Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada umumnya rakyat merasa sukacita dan berpuashati dengan era baru ini.  Bagi mengukuhkan kedudukan, semua pihak diharap dapat sama memainkan peranan mengukuhkan pemerintahan yang baru ini.
Mulakan tugas dengan penuh azam bagi menjamin Sejahtera  Rakyat dan Maju Negara Malaysia..
Sekian.

No comments:

Post a Comment