ZALIM
(Fikrah Bangi: 508),
BBB:
21 Rejab 1441H. = 16 Mac 2020M. (Isnin).
Zalim ialah melakukan sesuatu terhadap yang lain
secara tidak adil, tidak wajar, berat sebelah dan memihak secara tidak betul.
Zalim boleh terjadi secara individu dengan individu yang lain. Misalnya seorang
yang berhutang dengan sengaja tidak mau melunaskan hutang terhada orang yang
dia berhutang. Seorang bapa atau ibu tiri menzalimi anak tiri, dan seorang
rakan niaga menzalimi rakan niaganya dengan menipu dan memiliki harta rakan
bersamanya dengan tidak adil.
Zalim dari segi pemerintahan adalah banyak
berlaku. Ianya boleh bersifat tempatan
dan bersifat secara luaran. Zalim dalam pemerintahan bersifat tempatan ialah
akibat penguasaan secara berseorangan atau berkelompok terhadap yang lain agar
tidak melawan. Banyak cerita pada zaman tradisi pihak yang berkuasa secara
zalim dan diktator menetapkan aturan dan hukuman terhadap yang melawan agar
tidak timbul tentangan terhadap yang dikuasai dan dizalimi.
Kezaliman bersifat luaran, ialah pengusaan
luar terhadap satu-satu pihak yang dikuasai dengan secara zalim supaya tidak
mereka bangkit melawan. Kezaliman sedemikian dikenali sebagai penjajahan.
Penjajah British yang datang menjajah negara ini, melakukan kezaliman terhadap
mereka yang melawan terhadapnya. Raja Abdullah Sultan Perak yang melawan British ditangkap dan diasingkan
di Pulau Seycheles. Haji Abdul Rahman Limbung yang mencetuskan pemberontakan
Tani di Hulu Terengganu ditangkap dan diasingkan ke Makkah, manakala Tok
Janggut yang memberontak di Kelantan dibunuh dan mayatnya dipamerkan secara terbuka
agar pihak yang mau memberontak, tidak berani memberontak. Pejuang-pejuang
kemerdekaan tanahair seperti Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar al-Baqir, Ishak Haji
Muhammad, Ahmad Boestamam dan beberapa yang lain ditangkap dan dipenjara.
Kezaliman dalam skala besar berlaku dengan
kerjasama antara pihak penjajah. Selepas Perang Dunia Pertama dan jatuhnya
Empayar Islam di bawah pimpinan Turki, kerajaan penjajah membahagi terutama
dunia Islam. Antaranya di bawah Rusia. Mereka memisahkan negara Islam di bawah
Rusia dan mengorientasikan umat Islam dengan ideologi komunis, maka dalam
tempoh tiga generasi tiada lagi pengaruh Islam di dalam tabir besi komunis, manakala
sebahagian lagi dari negara Islam terletak di bawah kuasa-kuasa Barat. Nilai
Islam mereka dihakis dengan ideologi Barat yang secara perlahan menghakiskan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua ada sebahagian
negara Islam cuba bangkit. Afghanistan dan negera Islam sekitarnya terus ditindas oleh Rusia, apabila Rusia
tidak mampu diserahkan kepada Amerika,
tetapi umat Islam tidak pernah tunduk dan Amerika tidak mampu menundukkan
mereka, sehingga terbaru Mac 2020 Amerika
buat perjanjian dengan Penguasa Afghanistan keluar dengan maruah tercalar.
Kezaliman dan penentangan secara berterusan dilakukan oleh
Barat terhadap Umat Islam. Amerika yang kalah berdepan Iran pada tahun 1969
terus menggugat Iran hingga kini. Mereka berusaha menyekat Iran yang kaya
dengan minyak agar tidak bangkit. Negara Islam yang kaya dengan minyak
dilakukan percaturan hingga Saddam Hussein terbunyh dan berlaku huru hara di
negara Iraq itu agar tidak pulih dan
bangkit. Keadaan yang sama dilakukan terhadai Muhammad Al-Ghadapi, sehingga
pemimpin Libya ini terbunuh dan Libya tidak tenteram hingga kini.
Percaturan sedang dilakukan oleh Barat dabn
Rusia terhadap Syria sebuah negara Islam yang kuat dengan tradisi keislaman. Di
bawah kinspirasi Amerika dan Rusia maka Syria kini di dalam kehancuran.
Sebenarnya Barat dan Rusia termasuk
Israil tidak akan menghentikan konspirasi kezaliman selagi ada negara Islam
yang kuat yang perlu dihancurkan. Mungkin kini Barat dan Rusia, Israil dan negara Barat yang lain sedang mengatur
strategi bagaimaa menghancurkan Turki sebuah negara Islam yang masih utuh.
Kezaliman bererti kejahatan. Pihal yang hasad dan cemburu
terhadap yang dihasad atas kemajuan yang dicapai tidak akan membiarkan pihak
yang dianggap lawan baginya tidak akan berhenti dari melakukan kezaliman atas
kepentingan mereka dan kita mesti melawan kezaliman, khususnya dari pihak yang memusuhi Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment