March 8, 2020

MEMPERTINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA


MEMPERTINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA
(Fikrah Bangi: 501),
BBB:  13 Rejab 1441H. =  08 Mac 2020M. (Ahad).
Tiada siapa menafikan kepentingan pendidika. Pendidikan yang bermaksud mendapat bimbingan dan keilmuan adalah satu daripada keperluan manusia dari segi  minda dan jiwa di samping keperluan fizikal seperti makan minum dan keperluan lindungan – rumah. Pendidikan diperlukan sejak dari kandungan ibu, bayi, anak-anak kepada remaja, hingga dewasa,bahkan sepanjang hayat.
Pendidikan di negara kita pada dasarnya baik, bahkan terdapat berbagai-bagai pendidikan di negara kita.. Pendidikan terdapat pada peringkat pra-sekolah seperti tadika,, sekolah rendah, menengah, menengah atas, vokesyional,  teknikal, STPM dan kolej seterusnya universiti.
Perkembangan pengajian tinggi di negara kita begitu pesat berlaku, jika pada tahun 1970an terdapat hanya beberapa buah pengajian tinggi di negara kita, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pertanian  Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), tetapi kini terdapat berpuluh-puluh buah universiti di negara ini.
Universiti yang utama  dikenali dengan universiti Awam, selain dari empat universiti awam yang telah disebutkan di atas terdapat lagi universiti-universiti awam yang lain seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, UITM dan cawangan-cawangan, Universiti Sains Islam Malaysia dan universiti-universiti pada peringkat negeri, dibawah Kerajaan Malaysia.
Hingga kini  kelahiran dan perkembangan univeriti-universiti swasta begi pesat, iaitu Universiti Islam antarabangsa Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Petronas, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Multo Media,  Lim Kok Weng University,  Cawangan Nottingham University Infra-Struktur Universiti,  Cawangan Manipal Universitu, Nilai,Management Universty,  Sunway Universiti, Taylor Universiti, Cawangan Universiti Madinah, Unisel  Selangor, Universiti Sultan Azlan Shah, Perak,, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,Universiti Tengku Abdul Rahman,Kolej Uninersit  Islam Selangor dan beberapa universiti dan cawangan universiti yang lain.
Bidang pendidikan amat besar dan banyak. Kita bertanya, selain dari peringkat pengajian persekolahan yang dilihat teratur dari segi pentadbiran dan diyakini mutu dan ketulinan, kita bertanya dengan begitu banyak universiti, apakah wujud pengawalan dan pentadbiran secara  teratur, bagaimanakah dengan mutu pengajian khususnya pada peringkat pengajian swasta. Pengajian-pengajian, khususnya pada peringkat swasta adakah pengawalan dijalankan dengan baik ?
Dengan bidang pendidikan yang begitu besar dan luas, bahkan begitu banyak, maka sesuai dengan permulaan Perdana Menteri Malaysia Kelapan dilantik, maka sebagai permulaan bidang pendidikan hendaklah diberi perhatian yang utama dan perlu disusun dari peringkat  awal secara teratur dan lengkap.
‘Sebagai bidang yang begitu luas dan banyak, kita bersetuju dengan pendapat yang mau pentadbiran pendidikan dipecah kepada dua,iaitu  diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian pada peringkat persekolahan
Kementerian  pendidikan perlu kepada  Perluasan Dasar Pendidikan. Kalau pada peringkat persekolahan sudah ada Dasar Pelajaran Razak, maka perlu ada Dasar Pengajian Tinggi Negara. Kedua-dua dasar ini ialah bagi mengawal dan  mengurus pendidikan secara teratur dan meningkatkan mutu pendidikan kepada taraf Global dan antarabangsa.
Sekian

No comments:

Post a Comment